Kejadian berlaku sekitar jam 7.00 petang.
Tiba-tiba abang saya datang dan duduk di sebelah. Dia nak tau tentang bisnes Tone Excel.
Ok fine.
Saya terangkan macam biasa. Sebenarnya ni bukan kali yang pertama saya buat sales presentation kat abang saya yang sorang ni.
Masalah beliau bukan duit.
Setakat simkad harga RM90... langsung tak ada masalah untuk dia.
Kalau nak terus beli 10 keping pun dia tak ada masalah.
Cuma dia perlu fikir. Fikir dan terus berfikir.
Ok ini sebenarnya sindrom.
Saya petik semula situasi yang pernah di ingatkan oleh seorang lecturer saya masa zaman-zaman study dulu.
Gelarannya ialah paralysis by analysis.
Bukan masalah tak kaji, tapi terlebih kaji. Sendiri tak gerak dan tak maju ke depan.
Wal hal semua info dah ada dalam tangan, hanya perlu tindakan.
Saya dah terangkan tentang Big Point. Ada ruang nak close sale kat situ.
Bisnes tone excel ni, promote secara online memang lagi mudah. Kita tak perlu keluar rumah dan tak perlu nak jumpa orang.
Sebenarnya bila kita dapat jumpa orang itu lagi berkesan.
Kita nampak apa-apa perubahan yang berlaku pada riak wajah orang yang berada di depan kita.
So dari situ kita faham, nak fokuskan penerangan kita di mana dan pada point apa.
Tengoklah. Ada rezeki, mungkin satu keluarga abang saya ni akan tukar kepada sim kad Tone Excel.
Lagipun dia nampak suka dengan pelan dan keistimewaan sebagai pengguna.
Wallahua'lam
Allah Maha Mengetahui
Tiada ulasan:
Catat Ulasan