Jumaat, 23 Mei 2014

Kenapa Malaysia Beli Panda?

Baru je sekejap tadi saya semak balik posting tentang isu panda : Pembaziran atau perlaburan. 

Kot-kot saya ada tersalah tulis. 

Baru-baru ni saya terbaca dalam satu blog kot kalau tak silap. 

Sebab tak sabar-sabar nak hentam pasal panda, dia pergi tulis yang Malaysia beli panda.

Sebenarnya panda tu Malaysia tak beli. 

Perjanjian dia ialah sewa... dan menurut sumber yang saya baca, tempoh sewaan adalah selama 10 tahun. 

Bila dah cukup masa nanti akan dipulangkan semula kepada China. Beri panda ni kira simbolik kepada hubungan diplomasi antara kerajaan Malaysia dengan China. 

Nak tolak pun mungkin susah, lebih-lebih lagi lepas berlakunya tragedi MH370 yang banyak melibatkan rakyat China. 

Cerita sebenarnya saya tak tau. 

Tapi kalau ada kaitan, ini bagi menjaga hubungan baik between government, maka nak tak nak perlu ambil juga panda tu. 

Entah kenapa, saya pun rasa tak sedap hati pasal panda yang dah sampai ke tanah air kita ni. 

Macam ada benda tak best. 

Entahlah... tengokkan je la. Sambil-sambil tu doa-doalah tak ada benda buruk akan berlaku. 

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...