Memaparkan catatan dengan label tune talk tone excel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tune talk tone excel. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

Bentang Sekali Lagi Tentang Bisnes Tone Excel

Kejadian berlaku sekitar jam 7.00 petang. 

Tiba-tiba abang saya datang dan duduk di sebelah. Dia nak tau tentang bisnes Tone Excel

Ok fine. 

Saya terangkan macam biasa. Sebenarnya ni bukan kali yang pertama saya buat sales presentation kat abang saya yang sorang ni. 

Masalah beliau bukan duit. 

Setakat simkad harga RM90... langsung tak ada masalah untuk dia. 

Kalau nak terus beli 10 keping pun dia tak ada masalah. 

Cuma dia perlu fikir. Fikir dan terus berfikir. 

Ok ini sebenarnya sindrom. 

Saya petik semula situasi yang pernah di ingatkan oleh seorang lecturer saya masa zaman-zaman study dulu. 

Gelarannya ialah paralysis by analysis. 

Bukan masalah tak kaji, tapi terlebih kaji. Sendiri tak gerak dan tak maju ke depan. 

Wal hal semua info dah ada dalam tangan, hanya perlu tindakan. 

Saya dah terangkan tentang Big Point. Ada ruang nak close sale kat situ. 

Bisnes tone excel ni, promote secara online memang lagi mudah. Kita tak perlu keluar rumah dan tak perlu nak jumpa orang. 

Sebenarnya bila kita dapat jumpa orang itu lagi berkesan. 


Kita nampak apa-apa perubahan yang berlaku pada riak wajah orang yang berada di depan kita. 

So dari situ kita faham, nak fokuskan penerangan kita di mana dan pada point apa. 

Tengoklah. Ada rezeki, mungkin satu keluarga abang saya ni akan tukar kepada sim kad Tone Excel.

Lagipun dia nampak suka dengan pelan dan keistimewaan sebagai pengguna. 

Wallahua'lam


Allah Maha Mengetahui

 

Jumaat, 16 Mei 2014

Bisnes Tone Excel Dapat Komisyen dan Cash Rebate

Komisyen topup yang boleh kita dapat hasil daripada bisnes Tone Excel ialah seperti berikut

Level 1 = 6% 

Level 2 = 3%

Level 3 = 11%

Ianya dalam bentuk peratusan. Ini bermakna ianya berkadaran secara terus dengan berapa banyak nilai RM yang di topup oleh mereka yang berada dalam rangkaian kita. 

Kalau kebetulan kita dapat yang jenis topup sebulan sampai beratus-ratus ringgit... 

Alhamdulilah. 

Untung besar dan berganda. 

Kalau dulu, hasil daripada topup untuk kegunaan personal, langsung tak ada sebarang pulangan untuk diri sendiri. 

Tapi sekarang nampaknya syarikat dah perkenalkan plan yang lebih mesra pengguna. 

Untuk topup personal yang kita buat untuk kegunaan secara peribadi, cash back 3% akan diberikan. 

Jadinya, kita akan dapar cash back rebate sebanyak 3% atas nilai topup yang kita buat untuk kegunaan peribadi. 

Lepas tu akan dapat free credit lagi. 

Then network kita pulak akan menyumbangkan komisyen secara autopilot pulak daripada nilai topup mereka.

No wonder memang sangat pantas orang buat bisnes Tone Excel ini. 

Jom muat turun panduan bisnes tone excel ini dulu. 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...