Ini yang saya lihat berlaku dewasa ini.
Ulama yang melaungkan syiar Islam rupa-rupanya adalah hak milik parti politik. Amat susah nak cari ulama yang berceramah atas tiket Islam semata-mata.
Kalau ada pun, dia mesti tak popular.
Mengajar di surau-surau kecil atau guru sekolah agama.
Tak dipanggil untuk berceramah di pentas agama yang mempunyai skala audiens yang besar gamaknya.
Soalan kenapa mesti begini, saya kira langsung tak relevan dengan situasi semasa.
Hari ini saya sangat sakit hati, melihat ulama yang dah pandai guna FB.
Lepas tu duk sindir parti politik sekian sekian.
Ulama yang dulunya saya cukup sanjung dan respek, kini yang tinggal hanya rasa benci.
Wow!
Saya dah berubah dari seorang fan kepada haters. Dulu nama beliaulah yang saya akan rekemen pada kawan-kawan dan kenalan yang side track dan ingin kembali kepada ajaran Islam.
Tapi setelah saya follow dan lihat cara dan corak penyampaian dakwah beliau, hampeh.
Semangat kepartian begitu tebal mengalir darah biru.
Saya cuma harap beliau beri statement yang lebih adil.
Bab tudung, bab aurat. Come on la. Kamu pun pendakwah. Kita semua pendakwah.
Itu tanggungjawab kita bersama. Kalau beliau boleh senang lenang menghentam parti politik bukan kerajaan, kenapa layanan yang serupa tak diberikan kepada pihak kerajaan yang ada masalah aurat dan masalah tudung.
Saya tak nak sebut mana-mana nama, sebabnya saya tak nak anda bersekongkol dengan saya untuk dapat dosa mengumpat serta beri pahala free pada beliau.
Sekarang ni saya rasa cukup bosan dengan perangai ulama parti yang terang-terangan milik parti politik, bukan lagi milik penganut agama Islam.
Saya harap ulama dapat kembali berkhidmat untuk agama Islam dan umat Islam, bukan jadi alat politik yang asyik nak membodek parti politik dan turut berkempen politik sedangkan dah tau parti politik yang di kempennya tu bukan yang paling baik untuk Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan