Jumaat, 16 Mei 2014

Macam-macam cara kumpul likes FB Fanpage

Ini satu contoh cara yang melibatkan paksaan untuk tarik likes ke fan page

Boleh rujuk screenshot kat bawah ni ya

Dulu memang lah saya pernah guna skrip yang seakan-akan sama. Tapi tak ada lah sekejam skrip yang ni. 



Ini terus jadi gelap. 

Langsung tak ada timer, dan mungkin selagi tak klik like, selagi tu skrin akan jadi macam tu je sampai bila-bila. 

Memang kejam betul orang yang guna kaedah ni.

Saya pun dah tak ingat, ini saya ambik dari laman blog mana. Cerita yang ditulis tu pun kalau tak silap, bukannya kisah original pun. 

Cara yang radikal macam ni memang saya dah lama tinggalkan untuk tujuan kumpul likes. 

Ini antara cara-cara keji (hehe) yang saya pernah guna untuk kumpul likes. 

Macam mana cara nak dapatkan likes FB Fanpage 

Skrip paling ganas yang saya pernah guna pun setakat samseng Facebook. Apa yang saya perasan, lepas guna skrip tu, bilangan likes memang naik jadi lagi banyak, tapi bilangan pelawat makin berkurangan. 

Maka tahu lah saya lepas tu, yang sebenarnya orang tak suka bila kena paksa likes likes macam tu.

Disebabkan itu, maka saya terpaksa ubah sikit cara. 

Guna cara yang lebih halus untuk dapatkan likes. 

Sekarang ni saya guna cara warrior.

Cara warrior ini adalah seperti yang sedang saya gunakan dalam blog ni. Pelawat akan terklik like secara tak sengaja. 

Masih lagi dalam kategori paksa, ye dak?  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...