Soalan-soalan ini pernah ditanya kepada saya satu masa dulu.
"Adakah anda mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk jadi boss kepada diri sendiri?"
Orang putih kata, Be your own boss
Jawapan saya? Dah tentulah
SAYA NAK
Bila difikirkan semula, tak sanggup rasanya nak kerja untuk orang lain seumur hidup dan untuk selama-lamanya.
Lebih-lebih lagi bila saya mula fikirkan, hidup atas muka bumi ini hanyalah persinggahan. Kita bukan nak diami bumi ini selama-lamanya.
Satu masa nanti dan entah bila ketikanya, kita akan dipanggil untuk mengadap ilahi.
Saya nak, pada waktu itu terjadi, adalah ketika saya benar-benar sedia dan ketika itu saya adalah hamba Allah yang benar-benar taat.
Bukannya hamba manusia yang taat kepada majikan.
Perkara ini abstrak.
Tak semua orang akan setuju dengan apa yang saya kata.
Saya pernah berhadapan dengan satu situasi dimana saya pelu pilih, sama ada nak ikut cakap tuan atau nak patuh perintah Tuhan.
Situasi dia macam ni.
Waktu Asar. Dah sampai ke hujung-hujung waktu pun.
Saya terpaksa escort boss saya untuk ke satu lokasi. Bila dah kena sentiasa follow boss ni, maknanya saya perlu berada kat mana dia ada.
Kalau tiba-tiba saya hilang, dan pada waktu tu, dia perlukan saya ada kat sebelah dia, maka habis... dia akan bising.
Jadi saya perlu berhadapan dengan situasi sama ada nak tinggalkan boss dan pergi solat, ataupun stay dengan boss dan tinggalkan solat.
Itu contoh satu.
Contoh sebelum tu. Juga berkaitan dengan solat.
Especially time solat Jumaat. Kan perlu masa yang panjang. Kalau kebetulan hari jumaat saya cuti, maka senang saya nak keluar solat.
Kalau kebetulan waktu tu saya kena kerja, ha... cerita dia panjang. Walaupun boss (bukan Islam) tak larang saya keluar solat (Hei mana boleh larang) tapi saya tak suka tengok dia masam muka.
Kerja pun jadi tak best.
Jadi kat situ saya lihat solusi yang terbaik untuk saya ialah untuk jadi bos pada diri sendiri.
Itu yang buatkan saya nak jadi bos kepada diri sendiri!
kalau anda, saya tak pasti lah macam mana dan atas sebab apa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan