Rabu, 21 Mei 2014

Macam mana nak dapat ayat power?

"Salam bro, macam mana nak dapatkan ayat power?" 

Satu emel menerjah masuk ke dalam inbox akaun gmail saya. 

Hasil daripada pemerhatian saya, emel ini adalah merupakan respons kepada artikel saya yang sebelum ini berjudul tulis blog pun perlu tahu guna ayat power.

Saya harap si penanya tu tak salah anggap mahupun salah faham. 

Saya harap juga ayat power yang beliau maksudkan adalah ayat-ayat untuk tujuan menjual dan melembutkan hati prospek supaya tak berbelah bahagi untuk melakukan transaksi dengan kita. 

Sebenarnya, di blog utama saya, anda juga boleh muat turun koleksi ayat power. 

Saya dah sediakan borang opt in untuk anda muat turun koleksi ayat power tersebut. 

Hanya perlu rujuk artikel berjudul tarik audience dengan ayat power

Dalam tu boleh kata ada banyak juga koleksi ayat yang hanya perlu copy n paste sahaja. 

... semua ayat tu dah boleh dikira power. 

Namun saya tak galakkan anda terus copy paste. 

Sebaik-baiknya kena edit jugak serba sedikit. 

Setidak-tidaknya anda patut sesuaikan dengan bisnes yang anda jalankan sekarang ni. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...