Jumaat, 16 Mei 2014

Masalah Tak Ada Idea nak tulis apa?

Tak idea nak tulis apa dalam blog... 

Dulu... mungkin ya. 

Sekarang, saya terpaksa fikirkan semula. Adakah saya benar-benar tak ada idea untuk menulis atau sebenarnya tak ada kekuatan nak menulis. 

Senang cerita, malas nak tulis. 

Baru-baru ini saya baca semula buku berjudul An Idea A Day - 365 Great Business Idea For Each Day Of The Year. 

Saya petik kandungan yang saya sempat baca, katanya

"Masalah sebenar bukan pada idea, (iaitu tak ada idea atau kurang idea)  tetapi masalah sebenar kebanyakkan dari kita ialah untuk laksanakan idea yang difikirkan tu" 

Cuba kita fikirkan semula. 

Kita dah fikirkan satu idea yang nampak bernas. Tiba-tiba kita tak laksanakan. Apa yang kita akan rasa?

Kalau saya... saya akan mula rasa tak best. Akan mula persoalkan dan salahkan diri atas kegagalan diri untuk laksanakan idea yang dah difikirkan dengan susah payah. 

Kemudian, bila dah banyak sangat idea bernas yang kita fikirkan tapi banyak yang kita tak laksanakan, kita mula beralasan apabila kita nak fikirkan idea yang baru. 

Alah... idea sebelum ni pun aku banyak yang tak buat lagi. 

Tak kan nak cari idea baru. Ah... jem jem... then, kita akan mula jadi... "TAK ADA IDEA" 

Adakah benda yang sama pun jadi pada anda?

Walau sekecil dan seremeh mana pun idea tu. HARGAI! 

Ingat... bila kita tak execute idea yang kita dapat tu, samalah dengan kita tak hargai idea tu. 

Nanti otak kita merajuk baru tau. Dia akan rasa tak hargai dan mula buat perangai, tak nak fikirkan idea-idea baru lagi dah. 

Kan payah tu...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...