Sambung kisah pasal pelanggan kategori bodo. Posting ini tidak berniat nak menghentam mahupun merendahkan IQ sesiapa pun.
Posting ini mengajak pembaca untuk jadi cerdik sikit.
Berita baiknya ialah, proses pembacaan sebenarnya ada potensi untuk bantu anda jadi cerdik. Jadi, baca molek-molek.
Beberapa kes menuntut kesabaran yang penuh.
Mungkin ada lagi yang tak tau, salah satu sumber pendapatan online saya adalah menerusi hasil jualan ebook.
Ini salah satu ebook yang saya hasilkan dan yang saya jual. 100 rahsia psikologi pelanggan.
Produk ini mengisahkan tentang bagaimana anda selaku jurujual boleh memanipulasi psikologi pelanggan sehingga mampu untuk mendorong mereka untuk lakukan pembelian.
Ni bukan ebook tentang cara nak buat marketing.
Ini ebook untuk bantu anda memahami bagaimana manusia berfikir dan bertindak, dan dari situ barulah anda boleh rangka strategi pemasaran anda dan sesuaikan dengan platform pemasaran sama ada nak guna blog, FB, FBAds, emel dan sebagainya.
Jelas, kan?
Yang buat saya rasa sakit jiwa... Bila ada pelanggan emel dan marah-marah.
Buku yang saya beli bila nak pos?????
Pfft
Beli ebook ni, mana ada nak kena pos-pos tuan, puan, makcik...
Download je la dekat ruangan pelanggan... Adeh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan