Memaparkan catatan dengan label bisnes tone excel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes tone excel. Papar semua catatan

Selasa, 17 Februari 2015

Promosikan Produk Yang SAMA Di 4 Blog Berbeza

Assalamualaikum dan salam kejayaan, 

Inilah yang saya amalkan, bila sesuatu produk yang saya promosikan tu dah memang terbukti 

1. Boleh dijual

2. Boleh menghasilkan keuntungan

3. Boleh buat duit

4. Boleh jana pendapatan

... saya dah tak toleh belakang dah! Jalan terus!

.

..

Sebab tu sekarang ni saya tak mau sia-siakan setiap trafik yang saya terima di blog-blog yang saya jaga. Selagi boleh tulis tentang produk yang saya promosikan, selagi tu saya akan terus tulis. 

Tapi jangan salah faham, tak bermakna keempat-empat blog yang saya tulis tu confirm akan hasilkan jualan untuk saya. Bukan begitu. Cuma bila saya buat promosi di empat blog yang berbeza, ataupun di empat platform pemasaran yang berbeza, sebenarnya saya sedang meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan jualan. 

Bekerja dalam bidang sales ni memang begitulah fitrahnya. 

Ada sales, maka adalah income. Kalau tak ada sales... income pun akan menyepi sahaja. 

Sebenarnya bukan produk simkad Tone Excel sahaja yang memberi saya income secara konsisten setiap bulan, malah ada lebih banyak lagi.



.

.

.

Sebagai contoh produk dari Ashadee. Kita semua sedia maklumkan, kat Ashadee ni ada terlalu banyak produk yang kita boleh promosikan. Cuma masalahnya ialah, kita nak fokus pada produk apa? 

Produk apa yang ada kat Ashadee tu yang mudah untuk hasilkan jualan? Ada ke? 

Jawapannya? 

Dah tentulah ada. 

Nak tahu produk yang mana satu? Ah... yang tu anda kena cari sendiri. Saya dah habiskan masa sekurang-kurang 2 minggu untuk kenal pasti produk yang sesuai dan berkenan dihati untuk dipromosikan. Dan hasilnya? Terbukti produk tersebut memang HOT dan boleh dijual. 

Jadi, tak kanlah saya nak kongsi kat semua orang produk yang mana satu kan. Bukan ke itu namanya saya menjemput persaingan yang tak perlu? 

.

..

Berbeza pulak halnya dengan produk yang satu lagi tu. 

Ala... produk simkad Tone Excel la. Kalau anda join menerusi rangkaian saya, tak ada rahsia antara kita.

Apa yang saya tahu, semuanya saya akan bagitahu. 

Apa yang anda nak tahu, semuanya saya akan jawabkan. Tak ada selindung-selindung. 

Ok mungkin saya akan bagi anda 95% daripada ilmu yang saya ada. Baki lagi 5% adalah untuk kegunaan saya sendiri la ha ha 

Tak mungkin saya akan beri semua. Lebih-lebih lagi hal-hal yang hanya sesuai untuk saya gunakan. So, faham-faham sendiri lah ye. 

.

..

Inilah yang membezakan antara bisnes jenis networking dan juga jenis konvensional. 

Kalau dalam bisnes networking, saya akan berusaha sehabis baik untuk pastikan anda boleh buat apa yang memang saya terer bila buat. Sebabnya saya nak anda duplikasi segala teknik pemasaran yang saya gunakan, supaya ia dapat membantu anda dapat sales.

.

..

TETAPI... 

Kalau bisnes konvensional... Sorry la bro... saya terpaksa simpan sendiri ha ha   

Ahad, 5 Oktober 2014

Tips SEMPOI mempromosikan Bisnes Tone Excel di Facebook

Apa nak buat selepas anda dah join Tone Excel?

Saya perasan ramai jugak yang blur dalam bab-bab tone excel ni. Lepas dah join tone excel, diorang ni macam tak tau nak buat apa. Blur semacam... 

Entah apa yang ditunggu-tunggu.

Mungkin mereka ni tak berapa jelas, apa sebenarnya sebab dia join Tone Excel

Adakah sebab anda nak buat duit, atau sebab anda sekadar nak jadi pengguna Talian Tone Excel? Ok fine. Kalau nak jadi pengguna, anda tak perlu risau dalam bab-bab komisyen. 


Anda just fokus untuk jadi pengguna sahaja, itu pun dah cukup. 



Tapi, kalau anda ada niat nak buat duit dengan Tone Excel, macam mana sekalipun anda mesti buat kerja. 

Kena buat marketing. 

Marketing paling tidak pun, gunalah facebook. 

Kenapa facebook?

Kat facebook kita boleh berinteraksi dengan ramai orang tanpa perlu kita jumpa mereka satu per satu.

Sebenarnya, hanya buat marketing di facebook masih belum betul-betul mencukupi. Melainkan anda dah pernah tonton video mudahnya berniaga di facebook

Kalau anda dah pernah tonton video tu, setidak-tidaknya saya tahu yang anda dah ada ASAS yang kuat tentang pemasaran di media sosial seperti Facebook.

Sekarang ni, saya nak cerita tentang teknik marketing di Facebook yang paling sempoi. 

Caranya ialah? 

Bercerita. 

Cerita adalah salah satu tools pemasaran yang power. 

Kat FB ni, kawan-kawan kita lebih minat nak baca cerita yang kita sampaikan berbanding ayat-ayat promosi yang kita asyik ulang-ulang. 

Ceritalah tentang pengalaman anda guna sim tone excel. 

Ceritalah tentang betapa anda rasa excited apabila jadi pengguna tone excel. 

Ceritakan juga apa perasaan anda bila buka akaun ewallet.

Walaupun amount dalam ewallet anda masih tak banyak, hata masih belum layak nak cash out sekalipun, anda ceritakan je pengalaman tu. 

Ramai yang nak tahu. 


Ramai yang nak baca. 

Ramai yang berkenan nak tahu kisah dan cerita anda. 

Biar lagi ramai yang tahu tentang sim kad ini. Biar mereka dengar sendiri cerita sebenar dari pengguna biasa macam anda. 

Sebab setengah orang ni dia skeptikal bila orang yang tak dikenali bercerita tentang benda-benda ajaib macam ni. Terus dia label sebagai skim cepat kaya. 

Akan tetapi... kalau yang bercerita ialah kawan sendiri, ia jadi lagi mudah. Sebenarnya bisnes ni lagi mudah kita promosikan kat kawan-kawan sendiri berbanding kat orang asing. 

Sempoi je kan teknik ni? 

Nak baca teknik lain pulak. Ok klik kat sini. Saya ada tulis kat blog saya yang satu lagi tu. 

Tajuk pun lebih kurang je ha ha 

Klik:  
 
 

Khamis, 22 Mei 2014

Promote Bisnes Tone Excel Dengan Teknik SEO

Walaupun sebenarnya ramai yang join bisnes tone excel ni tak berapa cerdik bab SEO, tapi, saya perhatikan ramai jugak yang gunakan teknik SEO ni secara tak sedar. 

Ye ke tak sedar? 

Hmm tak sedar la kot. 

Cuba ditanya. 

Adakah anda guna teknik SEO untuk promot bisnes Tone Excel ni? Kalau tengok riak muka macam blur-blur je, maknanya memang confirm. 

Dia pun tak tau apa yang digunakan tu adalah teknik SEO

Teknik SEO ini bagus untuk mempromosikan bisnes Tone Excel ini. 

In fact saya akan kata, teknik SEO ni bagus untuk mempromosikan apa jenis bisnes sekali pun. 

Tetapi, sama ada teknik SEO ini mampu untuk hasilkan income, itu cerita lain. 

Kiranya, kalau korang nak pakai teknik SEO untuk tujuan create awareness mengenai bisnes ni, memang sesuai sangatlah. 

Namun, tak perlu nak expect tinggi sangat. 

Melainkan anda ada pasang special software/promotion tools pada laman web anda. 

Yang mana laman web anda mempunyai kemampuan untuk buat follow up kepada prospek anda sampai mereka setuju untuk membeli sim kad dari anda.


 

Rabu, 21 Mei 2014

Teknik Mempromosikan Bisnes Sim Kad Tone Excel

Macam mana cara saya buat promosi bisnes simkad tone excel ni? 

o ho ho

Cara saya ni cara orang malas. 

Saya cuma guna teknik pemasaran online. Itupun, most of the time saya hanya share pada kawan-kawan terdekat. 

Manfaatkan kuasa Facebook

Saya tahu, setiap kali saya update status, sekurang-kurangnya ada beberapa ratus orang akan terbaca status update yang saya hasilkan. 

Jadi apa yang saya perlu buat hanyalah buat status update mengenai tone excel ini. 

Tak perlu susah payah nak buat banyak-banyak status update dan paste sana sini di group iklan. 

Saya hanya tulis kat wall saya sahaja. 

Itu pun dah cukup memadai. 

Cara lain yang saya buat... Ok cara lain, saya cerita dalam post yang akan datang ya :-)

Anda dah tukar line telefon ke line Tone Excel? 

Tone Excel ini menggunakan line Tune Talk. Tune Talk ni pula sebahagian sahamnya milik Celcom Axiata Berhad dan Tune Group. 

Kat mana ada line celcom, kat situlah ada line Tune Talk.

Nak join boleh sertai network saya ya. 

Nanti kita boleh cerita insider secret sekali. 

 

Bentang Sekali Lagi Tentang Bisnes Tone Excel

Kejadian berlaku sekitar jam 7.00 petang. 

Tiba-tiba abang saya datang dan duduk di sebelah. Dia nak tau tentang bisnes Tone Excel

Ok fine. 

Saya terangkan macam biasa. Sebenarnya ni bukan kali yang pertama saya buat sales presentation kat abang saya yang sorang ni. 

Masalah beliau bukan duit. 

Setakat simkad harga RM90... langsung tak ada masalah untuk dia. 

Kalau nak terus beli 10 keping pun dia tak ada masalah. 

Cuma dia perlu fikir. Fikir dan terus berfikir. 

Ok ini sebenarnya sindrom. 

Saya petik semula situasi yang pernah di ingatkan oleh seorang lecturer saya masa zaman-zaman study dulu. 

Gelarannya ialah paralysis by analysis. 

Bukan masalah tak kaji, tapi terlebih kaji. Sendiri tak gerak dan tak maju ke depan. 

Wal hal semua info dah ada dalam tangan, hanya perlu tindakan. 

Saya dah terangkan tentang Big Point. Ada ruang nak close sale kat situ. 

Bisnes tone excel ni, promote secara online memang lagi mudah. Kita tak perlu keluar rumah dan tak perlu nak jumpa orang. 

Sebenarnya bila kita dapat jumpa orang itu lagi berkesan. 


Kita nampak apa-apa perubahan yang berlaku pada riak wajah orang yang berada di depan kita. 

So dari situ kita faham, nak fokuskan penerangan kita di mana dan pada point apa. 

Tengoklah. Ada rezeki, mungkin satu keluarga abang saya ni akan tukar kepada sim kad Tone Excel.

Lagipun dia nampak suka dengan pelan dan keistimewaan sebagai pengguna. 

Wallahua'lam


Allah Maha Mengetahui

 

Jumaat, 16 Mei 2014

Bisnes Tone Excel Dapat Komisyen dan Cash Rebate

Komisyen topup yang boleh kita dapat hasil daripada bisnes Tone Excel ialah seperti berikut

Level 1 = 6% 

Level 2 = 3%

Level 3 = 11%

Ianya dalam bentuk peratusan. Ini bermakna ianya berkadaran secara terus dengan berapa banyak nilai RM yang di topup oleh mereka yang berada dalam rangkaian kita. 

Kalau kebetulan kita dapat yang jenis topup sebulan sampai beratus-ratus ringgit... 

Alhamdulilah. 

Untung besar dan berganda. 

Kalau dulu, hasil daripada topup untuk kegunaan personal, langsung tak ada sebarang pulangan untuk diri sendiri. 

Tapi sekarang nampaknya syarikat dah perkenalkan plan yang lebih mesra pengguna. 

Untuk topup personal yang kita buat untuk kegunaan secara peribadi, cash back 3% akan diberikan. 

Jadinya, kita akan dapar cash back rebate sebanyak 3% atas nilai topup yang kita buat untuk kegunaan peribadi. 

Lepas tu akan dapat free credit lagi. 

Then network kita pulak akan menyumbangkan komisyen secara autopilot pulak daripada nilai topup mereka.

No wonder memang sangat pantas orang buat bisnes Tone Excel ini. 

Jom muat turun panduan bisnes tone excel ini dulu. 


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...