Jumaat, 16 Mei 2014

Pening Kepala Sebab Banyak Hutang

Dah sampai masa yang di tunggu-tunggu. Setiap bulan, satu lagi rutin wajib untuk dipenuhi ialah... 

"Bayar Hutang" 

Zaman sekarang ni... susah nak jumpa orang yang tak ada hutang. Paling teruk pun mesti ada hutang belajar. Study loan. 

Ini salah satu jenis hutang yang jadi mangsa untuk tak dibayar. Bukan sengaja tak nak bayar, tapi dikemudiankan untuk dibayar. 

Apa-apa hal mesti kena bayar hutang kereta dulu. 

Tak bayar kereta... alamak, kena tarik la nanti kereta tu. Dah biasa pakai kereta, tiba-tiba kereta kena tarik... malu la nanti. 

Hutang kedua yang mesti bayar, hutang rumah. Tak bayar rumah... nak duduk kat mana? 

Ok... sekarang ni mungkin tak ramai yang ada rumah sendiri. Kita boleh gantikan dengan komitmen bayar sewa. 

Selagi kita masih belum bayar sewa untuk bulan tu, selagi tu kita akan dikira sebagai masih berhutang. 

... dan seterusnya. 

Saya tertarik dengan hutang jenis puluh-puluh ribu ni. 

Hutang kereta + hutang rumah + hutang belajar + hutang peribadi ni... macam mana nak bayar balik ni sebenarnya? 

Pinjam duit tu tak pening sangat. Nak pulangkan balik duit tu yang masalah sikit. 

Kita kembali ke realiti. 

Andaikan kita ada hutang sebanyak RM30,000. Macam mana nak bayar balik? 

Adakah kita terpaksa ikut je jadual pembayaran balik yang dah ditetapkan atau kita patut jadi lebih proaktif dan bayar lebih daripada yang sepatutnya. 

Dengan harapan hutang kita tu nanti akan jadi lebih cepat surut? 

Sayangnya saya tak dapat nak beri jawapan secara spesifik kepada pelawat dan pembaca blogpost saya ni. 

Jika anda ada hutang sebanyak RM30,000 dan anda ingin cepat bayar, saya cadangkan anda belajar-belajar berniaga. 

Cari produk yang boleh beri anda untung sekurang-kurangnya RM25 untuk setiap jualan yang terhasil. 

Sebagai contoh produk latihan Jobdirumah ni.

Kena target dapatkan jualan sekurang-kurangnya 1,200 unit, In Shaa Allah boleh dapat kumpul RM30,000 

Tak mustahil untuk dilakukan, walaupun ia bukanlah sesuatu yang senang kacang. 

Hmm kalau dah memang nak, akan beri seribu daya, kan?   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...