Blog percuma macam blogspot ini ada kelebihan dia yang tersendiri.
Begitu juga blog berbayar yang menggunakan self hosted dan nama domain sendiri. Lazimnya di pasang menggunakan platform dari wordpress.
Alhamdulilah... kedua-duanya saya gunakan untuk kerja-kerja pemasaran secara online saya.
Walaupun fungsi berbeza, namun tujuannya adalah sama.
Marketing.
Kemudian nak buat sales.
Apalah gunanya buat marketing sana sini kalau bukan sebab nak dapatkan sales?
Sekarang ni dah tak ramai yang nak gunakan kaedah blogging untuk dapatkan sales. Cara ini kelihatan kurang popular sekarang ni kalau nak bandingkan dengan cara pengiklanan di FB.
Kesan yang lebih pantas.
... dan anda akan tahu dengan segera sama ada anda bakal menjadi jutawan segera, atau anda bakal kehilangan modal-modal dengan segera.
Saya bukan otai.
Masih jauh lagi kalau nak dinobatkan sebagai seorang otai.
Saya juga masih lagi perlu banyak belajar dari otai, especially cara para otai ini uruskan bisnes mereka.
Alkisahnya begini. Sekarang ni memanglah saya buat kerja sendiri. Buat masa terdekat ini, segalanya terkawal.
Order yang saya terima, saya masih lagi boleh kawal.
Pendek kata, walaupun ada masa-masa tertentu, order tu banyak, namun ia masih lagi boleh dikira sebagai manageable.
Dalam pada tu, saya masih lagi ada sedikit kerisauan... macam mana kalau satu masa nanti tiba-tiba bisnes saya jadi besar?
... dan ia tak mustahil untuk berlaku, sama ada pada saya ataupun pada anda!
Adakah pada waktu tu, kita akan masih ada banyak masa seperti yang kita ada sekarang?
Ataukah pada waktu itu kita lebih banyak terpaksa korbankan masa untuk uruskan macam-macam tempahan, komplen, feedback pelanggan dan sebagainya?
Bila difikir-fikirkan semula, rasanya ia sedikit menakutkan.
Kita nak buat bisnes sendiri sebab tak nak terlalu terikat dengan masa orang lain. Kita nak ada masa terluang kita sendiri.
Namun kalau kita tak ada perancangan yang betul, satu masa nanti, masalah pasti akan timbul.
Lihat sahaja syarikat-syarikat besar, mereka juga akan menekankan topik seperti pengurusan masa dan pengurusan peribadi.
Kerana apa ya?
Dah tentu kerana ia turut berkait rapat dengan bisnes kita, dan apa yang kita akan lakukan seharian.
Jika kita gagal urus masa, masa yang akan uruskan kita.
Jika kita gagal mengurus peribadi kita sendiri, peribadi kita tu yang akan urus kita.
Dan ia tak akan kelihatan baik.
Jadi, sementara keadaan masih lagi terkawal, ada baiknya kita fahami dan kaji baik-baik, bagaimana gayanya sang otai menguruskan perniagaan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan