Rasa seram jugak kadang-kadang tu bila ada yang hantar emel macam ni...
"Boleh ajar saya sekian... sekian... sekian..."
Bukan sebab saya tak nak ajar.
Cuma saya dah terkena banyak kali. Saya beriya-iya nak ajarkan, alih-alih saya pulak yang syok sendiri.
Mula-mula je dia bersemangat nak belajar.
Bila saya dah mula ajar apa yang saya tahu dan apa benda yang dia patut tahu, maka bermulalah proses untuk saya beri mereka homework.
Dah bagi homework, memang kenalah follow up untuk tahu apa hasilnya?
Ada buat ke tidak.
Ada masalah ke dengan homework tu.
Yang buatkan saya kecewa ialah, homework pun tak buat.
Alasan standard la...
Tak ada masa lah... tak sempat la nak buat... saya sibuk sangat lah dengan bla bla bla
Macam-macam alasan. Banyak sangat...
Bagus jugak sebenarnya bila ada orang minat nak belajar dari kita.
So kat situ kita boleh lihat ada yang appreciate skil dan pengetahuan yang kita ada.
... dan dari segi market, nampaknya ada peluang untuk tawarkan personal coaching.
Maksud saya personal coaching berbayar.
Ini lebih baik berbanding free of charge.
Saya dah malas nak layan orang-orang yang tak serius nak belajar, Mungkin dia ingat masa saya ni tak berharga kot.
Masa dia je yang paling berharga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan