Waktu ni sepatutnya saya fokus untuk siapkan ebook terbaru saya yang berjudul "Jurnal Pemasaran Affiliate" tu.
Terpesong sekejap.
Cari mood.
Nampak sangat... dah sampai masa untuk saya turn off semua gangguan. Facebook terutamanya.
Cis
Nak salahkan FB pulak.
Klien ajak chatting tak kan nak buat tak endah.
Prospek tanya pasal produk yang dia nak beli, tak kan nak buat sombong. Mungkin rezeki saya ada disitu pada waktu tu, menanti untuk saya ambil, tapi kalau saya layan macam nak tak nak...
Jangan menyesal.
Ebook "Jurnal Pemasaran Affiliate" ini mengisahkan tentang buat duit dengan program affiliate.
Ia dalam bentuk ebook. Bukan video, bukan audio.
Sebabnya saya lebih selesa menulis. Saya pun pernah kata sebelum ini, jari jemariku ni lebih mudah dan tangkas apabila menaip berbanding melukis, merakam dan sebagainya.
In Shaa Allah tak lama lagi nak siap dah.
Tak target pada golongan yang dah expert dalam bab-bab affiliate.
Nanti kang tak pasal-pasal korang label produk ni sampah pulak.
Bukan boleh percaya sangat that so called otai ni.
Dia yang beli salah produk, produk yang bukan khas untuk dia, then suka-suka hati je pergi label produk orang ni sampah, produk orang tu tak ada kualiti bagai.
Apapun, pengalaman melancarkan produk-produk sebelum ini banyak beri saya pengalaman berharga.
Sekarang ni saya ubah game plan. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan