Perkataan bebas sememangnya beri makna yang sangat besar pada diri saya.
Ya
Saya nak hidup bebas.
Saya nak hidup bebas hutang. Saya nak kebebasan kewangan. Saya nak jadi penulis bebas. Saya nak jadi penceramah bebas. Saya nak jadi motivator dan fasilitator bebas.
... dan banyak lagi.
Apa-apa yang berkaitan dengan kebebasan, saya nak jadi.
Selagi mana ia masih lagi dalam batas-batasan hidup beragama. Islam agamaku, dan ianya sudah tentu.
Tak mustahil untuk hidup bebas daripada hutang hanya dengan menjadi seorang penulis.
Satu cabaran yang masuk akal. Walaupun kelihatan agak sukar, namun tak mustahil untuk dilakukan.
Saya pernah bincangkan tentang rancangan ini sebelum ini diblog saya, iaitu dalam artikel berjudul hidup bebas hutang menerusi jalan penulisan.
Peluang untuk capai cita-cita tu ada.
Semakin banyak saya menulis, semakin dekat saya dengan cita-cita tersebut.
Moga-moga sentiasa diberi kekuatan untuk gapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan