Memaparkan catatan dengan label jurnal pemasaran affiliate. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jurnal pemasaran affiliate. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Mei 2014

Jurnal Pemasran Affiliate Nak Keluar dah...

In Shaa Allah tak lama lagi ebook terbaru saya Jurnal Pemasaran Affiliate akan siap dan mula dijual.

Ebook ini menghimpunkan teknik, strategi, dan tips-tips buat duit dengan program affiliate yang saya pasti, anda tak pernah baca di lain-lain ebook yang sama niche dengan ebook terbaru saya ni. 

Macam mana saya boleh terlalu yakin? 

Sebab seperti anda, saya juga gemar untuk beli produk baru dan ebook terbaru mengenai topik pemasaran affiliate. 

Saya memang suka untuk belajar sesuatu yang baru mengenai program affiliate. 

Sebab tu saya boleh kata, majoriti yang saya pernah baca, tak ada lagi yang menceritakan teknik yang sama yang saya gunakan. 

Jadi, anda tidak akan rugi dengan membeli produk yang bakal saya keluarkan ini. 

Ia akan jadi pelengkap bagi ilmu affiliate yang anda dah sememangnya kuasai. 

 

 

Projek Ebook Jurnal Pemasaran Affiliate

Waktu ni sepatutnya saya fokus untuk siapkan ebook terbaru saya yang berjudul "Jurnal Pemasaran Affiliate" tu.

Terpesong sekejap. 

Cari mood. 

Nampak sangat... dah sampai masa untuk saya turn off semua gangguan. Facebook terutamanya. 

Cis 

Nak salahkan FB pulak.

Klien ajak chatting tak kan nak buat tak endah. 

Prospek tanya pasal produk yang dia nak beli, tak kan nak buat sombong. Mungkin rezeki saya ada disitu pada waktu tu, menanti untuk saya ambil, tapi kalau saya layan macam nak tak nak... 

Jangan menyesal. 

Ebook "Jurnal Pemasaran Affiliate" ini mengisahkan tentang buat duit dengan program affiliate. 

Ia dalam bentuk ebook. Bukan video, bukan audio. 

Sebabnya saya lebih selesa menulis. Saya pun pernah kata sebelum ini, jari jemariku ni lebih mudah dan tangkas apabila menaip berbanding melukis, merakam dan sebagainya. 

In Shaa Allah tak lama lagi nak siap dah. 

Tak target pada golongan yang dah expert dalam bab-bab affiliate. 

Nanti kang tak pasal-pasal korang label produk ni sampah pulak. 

Bukan boleh percaya sangat that so called otai ni. 

Dia yang beli salah produk, produk yang bukan khas untuk dia, then suka-suka hati je pergi label produk orang ni sampah, produk orang tu tak ada kualiti bagai. 

Apapun, pengalaman melancarkan produk-produk sebelum ini banyak beri saya pengalaman berharga. 

Sekarang ni saya ubah game plan. :-) 

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...