Sabtu, 17 Disember 2016

Senangnya bersenam secara "In Door" sambil menonton TV


Anda nak bersenam tetapi selalu tak ada masa nak keluar ke taman? Setiap kali nak keluar, ada-ada je benda yang buatkan anda tak jadi nak keluar.


Sama ada sebab tak ada kawan, cuaca yang tak menentu, keadaan di luar rumah yang terlalu panas, tiba-tiba ada tetamu datang... dan mungkin pada waktu tu, rancangan kegemaran anda sedang ditayangkan di kaca TV. 


Memang susah la kalau macam ni.

   
Kita sedia maklum, bersenam adalah perlu dan baik untuk kesihatan. Cara hidup kita dewasa ini, akan menentukan tahap kesihatan kita. 


Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang kurang sihat, mereka lagilah perlukan senaman. 


Masalahnya ialah ... SELALU TAK ADA MASA.


Masa selalu jadi penghalang. Apa yang peliknya, dalam pada waktu kita kata tak ada masa nak bersenam, tak ada masa nak berbasikal, kita masih ada masa untuk shopping online, ada masa untuk bersosial di laman web media sosial, dan masih ada masa untuk duduk berjam-jam di sofa untuk menonton rancangan kegemaran kita! 


Pelik, kan! 


Nampaknya, istilah "tak ada masa" ni lebih kepada alasan. Kalau betul kita tak ada masa, tak mungkin kita boleh ada kesempatan untuk buat benda-benda lain, selain daripada kerja seharian kita. 




Lakukan senaman secara "in door", penyelesaian kepada mereka yang sentiasa sibuk 

 

Sayangi kesihatan anda.  Sakit tu lebih mahal daripada sihat, dan ya... orang kita akan lebih menghargai nikmat kesihatan apabila sedang sakit.  Waktu tengah terlantar atas katil, masa tu lah baru mula rasa menyesal sebab tak jaga kesihatan dengan betul...


Jangan tunggu dah sakit baru nak hargai nikmat sihat.  Masa tu dah agak terlambat.


Jadi, apa kata lepas ni kita ubah sedikit cara hidup atau life style kita. Mana-mana benda yang kita boleh buat "dua dalam satu" kita buatlah.


Tak perlu pun nak tunggu Pak Menteri bagi nasihat ala-ala "... buat dua kerja dalam satu masa untuk tambah pendapatan..."


Memandangkan kali ini kita tengah cerita tentang bab kesihatan, mungkin nasihat yang lebih sesuai ialah "... buat dua aktiviti dalam satu masa untuk tingkatkan tahap kesihatan..."


Sambil tengok TV tu boleh buat senaman seperti berbasikal tanpa perlu berganjak dari skrin TV anda... 

 
Mudah sahaja. Gunakan basikal yang diberi nama Stationery Exercise Bicycle ini. Ada pelbagai rekaan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan bajet anda. 


Kalau exercise bicycle yang macam dalam gambar kat atas tu, harganya adalah lebih kurang RM170 - RM230. Pada waktu catatan ini dihasilkan, harga paling rendah yang anda boleh dapat ialah RM162 sahaja. 


Tetapi, harga tersebut hanya boleh diperolehi jika anda klik pada link ini sahaja. Saya tak rasa harga ini akan kekal lama. Ia mungkin akan dinaikkan apabila habis tempoh promosi ataupun mungkin terus dihentikan jualannya. 


Apapun, cubalah anda lihat pada link tersebut. Jika stok masih ada lagi, anggap sahajalah anda adalah seorang yang sangat beruntung. 


Anda tak perlu mengayuh basikal selama satu jam!  

Secara purata, cerita-cerita yang disiarkan di tv adalah lebih kurang satu ke dua jam. Kalau TV Series atau drama biasanya dalam satu jam sahaja. Kalau movie, paling lama pun dua jam lebih. Tak sampai tiga jam pun. 


Cubalah bayangkan... selama ni dalam hidup anda, anda hanya duduk sahaja didepan kaca TV selama berjam-jam tanpa ada manfaat. Well, kalau manfaat dari segi keseronokkan, menambah pengetahuan, itu memang ada, tapi ia tidaklah beri impak yang begitu besar kepada tahap kesihatan anda. 


Kali ini, anda luangkan dalam lebih kurang 15 minit ke 20 minit untuk berkayuh basikal di hadapan TV. 


Anda masih boleh dapat manfaat bersenam secara in door. Pada masa yang sama, anda juga tidak akan terlepas untuk menyaksikan rancangan kegemaran anda. 


Seronok boleh dapat, manfaat kesihatan pun akan dapat. 

  
Alat senaman ini boleh digunakan untuk seisi keluarga. Jadi, bukan anda seorang yang akan dapat manfaatnya, malahan seluruh isi keluarga boleh bersenam secara in door sahaja lepas ni kalau mereka juga tak sempat nak keluar dari rumah.


Ps: Buat tempahan disini sementara harga promosi masih lagi ditawarkan ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...