Selasa, 27 Disember 2016

Perniagaan yang menguntungkan di universiti


Masuk universiti nak berniaga ke nak belajar ni? Cuba jawab dengan jujur!

bisnes-yang-sesuai-untuk-pelajar-universiti

Ya, saya faham. Kat universiti tu memang nak pakai banyak duit. Nak makan kena ada duit. Nak pergi mana-mana naik public transport pun kena ada duit. Balik kampung? Pun pakai duit. Beli baju, beli buku, siapkan assignment, semua tu perlukan kos.


Untuk bergerak dan hidup dengan selesa memang perlu ada duit. Antara buat kerja part time dengan buat perniagaan secara part time, mana satu lebih bagus untuk student universiti?


Saya secara peribadi, akan kata buat bisnes part time. Itu lebih bagus.


Sekarang ni agak susah nak cari majikan yang sanggup nak terima pekerja yang boleh datang kerja ikut suka-suka hati. Kalau free, boleh datang kerja. Kalau tak free tak payah datang.


Student ni bukannya free sepanjang masa. Ada masa kena datang kelas. Ada kuliah. Ada group project nak kena siapkan. Ada presentation, quiz, exam, field trip, seminar, community service, praktikal dan macam-macam lagi.


Memang la akan ada masanya, student ni nampak macam FREE je. Itupun sebab semua kerja dah disiapkan. Tak bermakna student ni FREE sepanjang masa. Ok.


Apa bisnes yang untung untuk student? 



1. Buat kek, cup cake, biskut, then jual


kek-buah-sedap
Kalau duduk rumah sewa, sesuai lah buat bisnes macam ni. Luangkan beberapa jam dalam sehari dan buat produk-produk bakeri ni.


Ya, kena ada minat dan kena tau serba sedikit macam mana nak buat kek yang sedap. Rujuk laman web ni. Orang yang tak pandai pun boleh jadi mahir lepas ni.


Lepas ni boleh buat kek untuk kawan-kawan, untuk jamuan, dinner, function, program dan macam-macam lagi. Dapat support bisnes kawan-kawan, apa salahnya.


Dulu masa saya student, saya pun lebih suka order makanan kat kawan-kawan, daripada order kat mana-mana katering. Kalau setakat kek Premium Moist Walnut Fruitcake ni memang tak ada masalah nak kongsi-kongsi duit untuk beli.  


2. Buat bisnes jual produk kesihatan, barang make up, pakaian, tudung dan sebagainya 


koleksi-tudung-kekaboo-online 

Ada dua cara bisnes yang rendah dari segi risiko. Cara pertama ialah melalui sistem dropship, manakala cara yang kedua adalah menerusi sistem affiliate.


Kalau nak buat cara pertama, iaitu dropship. Kena tau mana nak cari supplier yang boleh dipercayai. Deal harga dan sebagainya. Biasanya orang yang ada butik atau kedai sendiri kita boleh approach untuk jadi ejen dropship dia. 


Cara kedua, sistem affiliate. Ini cara yang paling saya suka. Sebab ia lebih mudah. Cuma perlu update blog, update fanpage, hantar emel promosi pakai sistem autoresponder dah siap.


Apabila prospek klik pada link affiliate kita lepas tu dia buat tempahan, time tu kita akan dapat komisen. Yang ni pada saya memang tak ganggu masa belajar. Sehari spend dalam sejam atau dua jam untuk buat kerja-kerja promosi dah cukup. Selebihnya masa yang ada guna untuk buat ulangkaji. 


Maksud saya dengan kerja-kerja promosi adalah seperti tulis artikel dalam blog, update fanpage, hantar emel promosi, itu sahaja. Mula-mula buat memang tak nampak sangat hasilnya, tapi kalau lama-lama mesti akan berjaya dapat sale secara automatik.


3. Offer servis 


Servis printing, servis photostat, servis dobi, dan sebagainya. Tengoklah apa yang sesuai lepas tu buatlah.


Kalau jadi class representative memang senang nak buat duit bila lecturer mintak tolong photostat nota. Kita caj satu keping 10 sen. Tapi biasanya kedai photostat akan caj sekeping dalam 3 - 5 sen je. Kalau banyak dan kerap, memang untung dan boleh buat duit banyak jugak.


Bisnes printing pun sama. Ini kalau nak buat t-shirt untuk kelas, t-shirt program dan sebagainya. Bukan kena guna duit sendiri pun.    


4. Jual air, keropok, dan makanan ringan 


Letak dalam bekas, kemudian sediakan tabung kat sebelah. Tinggal. Konsep macam vending machine. Tapi kaedah ini ciri-ciri keselamtan memang OUT. Cuma berharap pada kejujuran pembeli. Kalau ada yang sabotaj... memang sedih la.


Ataupun boleh juga kalau nak buat style dari bilik ke bilik. Eh tapi kita kan student, mana ada masa nak jadi penjaja macam tu.


5. Buka booth waktu ada program 


perniagaan-air-balang-untuk-student 

Biasanya kalau yang memang mendapat sambutan ni bisnes jual air.


Dari segi modal ianya tak adalah besar sangat. Balang air, meja, payung ni semua boleh pinjam atau sewa. Kalau nak beli sendiri pun boleh, tapi kena pastikan lepas ni akan berniaga air macam ni beberapa kali. Supaya boleh cover semula kos untuk beli balang air tu.


Apa pun, nak berniaga tu tak ada masalah. Sesetengah univerisiti memang menggalakkan pelajarnya untuk ceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Namun, jangan leka, jangan lalai. Jangan sampai pelajaran terabai pula. 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...