Memaparkan catatan dengan label basikal untuk senaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label basikal untuk senaman. Papar semua catatan
Sabtu, 17 Disember 2016
Senangnya bersenam secara "In Door" sambil menonton TV
Anda nak bersenam tetapi selalu tak ada masa nak keluar ke taman? Setiap kali nak keluar, ada-ada je benda yang buatkan anda tak jadi nak keluar.
Sama ada sebab tak ada kawan, cuaca yang tak menentu, keadaan di luar rumah yang terlalu panas, tiba-tiba ada tetamu datang... dan mungkin pada waktu tu, rancangan kegemaran anda sedang ditayangkan di kaca TV.
Memang susah la kalau macam ni.
Kita sedia maklum, bersenam adalah perlu dan baik untuk kesihatan. Cara hidup kita dewasa ini, akan menentukan tahap kesihatan kita.
Bagi mereka yang mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang kurang sihat, mereka lagilah perlukan senaman.
Masalahnya ialah ... SELALU TAK ADA MASA.
Masa selalu jadi penghalang. Apa yang peliknya, dalam pada waktu kita kata tak ada masa nak bersenam, tak ada masa nak berbasikal, kita masih ada masa untuk shopping online, ada masa untuk bersosial di laman web media sosial, dan masih ada masa untuk duduk berjam-jam di sofa untuk menonton rancangan kegemaran kita!
Pelik, kan!
Nampaknya, istilah "tak ada masa" ni lebih kepada alasan. Kalau betul kita tak ada masa, tak mungkin kita boleh ada kesempatan untuk buat benda-benda lain, selain daripada kerja seharian kita.
Langgan:
Catatan (Atom)



