Kurang dari beberapa jam sahaja lagi tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya. Bila saya bukak FB, atau twitter, sana sini orang mula kongsikan resolusi untuk tahun baru 2017 nanti.
Orang yang kononnya sebelum ni kata tak nak tetapkan sebarang azam sebab ianya sangat klise pun turut buat benda yang sama.

Pada saya, pasang azam tahun baru ni kiranya macam kita pasang niat la. Pasang niat yang baik-baik, In Shaa Allah akan diperkenankan. Tak kisahlah sama ada ianya akan tercapai atau tidak. Pada saya ia lebih baik berbanding langsung tak ada azam.
Saya pun ada banyak azam tahun 2016 yang tak tercapai.
Ada banyak juga benda-benda yang tak best langsung yang berlaku pada saya pada tahun 2016. Bukan semua adalah benda yang baik. Hidup ni memang macam tu la.
Hasrat nak bebas dari hutang sepenuhnya masih belum tercapai. Lagi tak best sebab ada hutang yang saya tak dapat nak bayar langsung. Specifically hutang yang saya buat dengan kawan-kawan.
Walaupun awak tak mintak dan masih belum tuntut hutang tu, saya akan tetap ingat dan akan usaha lebih keras untuk bayar hutang tu. Itu janji saya.
Azam Tahun 2017 berkenaan dengan bidang penulisan di Blog

1. Saya nak menulis di blog ni dengan lebih kerap. Saya letak target dalam 30 artikel atau posting dalam sebulan.
Sebelum ni saya rasa cukup malas nak menulis. Mungkin sebab masa tu masih belum beli nama domain lagi kot untuk blog ni. Sekarang bila dah ada nama domain sendiri, feeling untuk rajinkan diri bagi menulis memang lain macam.
Untuk anda yang belum pernah beli domain untuk blog anda, saya syorkan anda belilah sekarang.

Boleh beli dari syarikat NetKL dan anda boleh mintak tolong mereka untuk settingkan domain anda tu sekali. Cuma beli domain sahaja. Anda masih lagi guna blogspot macam biasa.
2. Ada banyak artikel-artikel lama yang saya pernah siarkan dalam blog ni dan blog-blog saya yang lain yang dah tak relevan. Untuk itu, saya nak edit dan tulis semula bagi versi yang lebih baik.
Mungkin ada beberapa artikel yang patut dah kena delete je. Ye la... masa saya tulis artikel tu, saya masih muda lagi ha ha. Ilmu pun baru setahun jagung orang kata.
3. Saya dah daftar sebagai salah seorang publisher untuk program pengiklanan Mobicow. Kalau tengok pada perkembangan semasa, ada harapan untuk buat duit sekurang-kurangnya USD10 setiap bulan.
Memandangkan income dia dalam USD, saya plan nak beli domain baru setiap bulan dari syarikat domain luar negara atau mana-mana syarikat yang terima bayaran dalam USD.
Hari tu saya cuba buat bayaran dalam USD untuk pembelian domain di syarikat NETKL. Mereka kata tak boleh. Pembayaran menerusi PayPal hanya dalam matawang RM sahaja yang mereka boleh terima. Jadi terpaksalah saya beli dari syarikat luar negara.
4. Harap-harap income dari program affiliate akan meningkat 4 - 5 kali ganda! Ya, usaha pun akan saya tingkatkan lagi.
5. Mudah-mudahan income dari servis advertorial juga akan meningkat. Ha ha walaupun saya guna perkataan "mudah-mudahan" namun ini tak bermakna saya anggap ianya sebagai sesuatu yang mudah.
6. Teknik SEO dan Advertorial masih lagi teknik pilihan dan kegemaran saya untuk tahun 2017 nanti. Bila dah mula biasa guna teknik ni, makin saya nampak di mana sebenarnya kekuatan sebenar teknik ni. Siapa yang masih lagi nak fokus pada media sosial semata-mata, itu ikut pilihan masing-masing la.
7. Saya nak tambahkan lagi ilmu tentang copywriting, advertising, content marketing dan lain-lain ilmu keduniaan beserta ilmu akhirat. Makin banyak ilmu kita belajar, makin kita sedar yang kita ni tak adalah pandai sangat.
Makin banyak saya belajar, makin saya sedar yang saya ni "bodoh". Jadi, better duduk diam dan cerita benda yang saya memang tau sahaja. Tak mau jadi tin kosong yang asyik berbunyi tapi tak ada satu pun yang boleh di pakai.
.
..
...
Ok cukup la kot 7 perkara ni.
Letak banyak-banyak nanti, saya sendiri rasa susah nak capai. Makin stress pulak jadinya. Jadi In Shaa Allah, 2017 nanti saya doakan semoga ia menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan