Sabtu, 24 Disember 2016

Betul ke Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal daripada Islam?


Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal daripada Islam? Ini adalah ayat dalam bentuk SOALAN. Bukannya kenyataan. Ayat ini juga dijadikan sebagai tajuk buku terbitan PTS yang anda boleh dapatkan di laman web ini.

semua-agama-berasal-dari-satu

Buku ini adalah berkaitan tentang bidang teologi atau berkenaan dengan ketuhanan. Mungkin tak berapa ramai yang suka baca buku-buku genre macam ni, sebab isi kandungannya yang agak berat.


Tapi kalau anda memang biasa dan suka follow ceramah-ceramah Ahmad Deedat, Dzakir Naik, dan lain-lain penceramah dalam bidang perbandingan agama, pasti anda juga akan suka buku-buku macam ni.


Kita tengok dia punya isi kandungan pulak.



BAHAGIAN SATU: MANUSIA DAN AGAMA

ASAL-USUL AGAMA

- Manusia Terpilih Setiap Zaman
- Membersih Salah Fahaman Kronologi Islam
- Hanya Satu Agama Langit
- Evolusi Agama Samawi

FAKTOR PENYIMPANGAN AGAMA
- Bid'ah Melahirkan Agama-Agama
- Satu-satunya Nabi yang Melarang Bid'ah
- Hikmah
- Ideologi yang Mengubah Sejarah
- Liberalisme
- Idea Semua Agama daripada Allah swt

PRINSIP ISLAM
- Kewajipan Umat Islam
- Ayat Tauhid
- Ayat Solat
- Ayat Zakat
- Ayat Puasa
- Ayat Haji

BAHAGIAN DUA: AGAMA-AGAMA BESAR BERASAL DARIPADA ISLAM

AGAMA YAHUDI BERASAL DARIPADA ISLAM
- Yahudi dan Yahuda
- Nabi-Nabi Bani Israel
- Kitab Agama Yahudi
- Ayat Tauhid dalam Taurat
- Nabi Terakhir dalam Perjanjian Lama
- Perayaan Paskah dan Anjuran Nabi Muhammad SAW
- Pandangan Professor Moshe Sharon

AGAMA KRISTIAN BERASAL DARIPADA ISLAM
- Sejarah Jesus
- Ajaran dan Mukjizat Jesus
- Perjuangan Jesus
- Kitab Injil
- Himpunan Kitab Bible
- Tauhid Dalam Injil
- Nabi Muhammad SAW dalam Perjanjian Baru
- Bukti Kisah Raja Najashi
- Agama Islam yang Diseleweng
- Islam Dibangkitkan Semula pada Zaman Nabi Muhammad SAW
- Nabi Muhammad SAW Nabi Terakhir
- Al-Quran Adalah Kitab Terakhir
- Islam Agama Para Nabi
- Misi Tauhid
- Berpegang Kepada Islam

AGAMA HINDU BERASAL DARIPADA ISLAM
- Hindu, Vedanta, Sanatana Dharma
- Aryan dan Kesan Dakwah Nabi Ibrahim AS
- Kitab Suci Agama Hindu
- Tauhid Veda
- Tuhan Brahma itu Nabi Ibrahim AS?
- Sungai Sarah dan Sungai Hajar
- Kaabah dalam Veda
- Konsep Rasul Dalam Hinduisme
- Nabi Muhammad SAW dalam Kitab Hindu
- Ayat Ramalan Kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam Kitab Hindu
- Kesimpulan

AGAMA BUDDHA BERASAL DARIPADA ISLAM
- Sejarah Sidhrata Gautama
- Anutan Buddha
- Agama Buddha Tidak Memperkenalkan Tuhan?
- Tuhan Maha ESA
- Muhammad dalam Agama Buddha
- Benarkah Sidhrata Gautama Buddha Seorang Nabi?
- Nabi Zulkifli?
- Ajaran Buddha Diseleweng

AGAMA ZOROASTER BERASAL DARIPADA ISLAM
- Polemik Usia Zoroaster
- Kehidupan Zarathustra
- Konsep Ketuhanan
- Konsep Malaikat
- Konsep Kepercayaan Hari Akhirat
- Zoroaster dan Ibrahim
- Genesis dalam Avesta
- Muhammad SAW dalam Zoroaster
- Koresh Agung dan Para Nabi Yahudi
- Wahyu Islam yang Sudah Diseleweng 

Hanya baca isi kandungan, mungkin masih belum cukup. Sebab tu saya syorkan anda baca juga beberapa muka surat buku ini secara percuma kat sini.


Satu lagi perkara yang menarik pasal buku ni ialah, ianya mengundang kontroversi sampai ada pihak yang membuat laporan polis untuk siasat penulis buku ini.

 

Sumber berita: Laman web Malaysia Kini

Tajuk: Siasat penulis dakwa 4 agama berasal dari Islam

Gerakan Kebangsaan Sikh Malaysia (Geraksikh) mahu polis menyiasat penulis buku "Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha berasal daripada Islam?", Ahmad Iqram Mohamad Noor atas 'kesilapan' itu, kata Setiausaha Agungnya, Amarjit Singh Gill.

"Tajuk buku yang silap ini adalah percubaan penulis untuk cuba mencampur-adukkan agama Sikh dengan Islam yang boleh mengelirukan orang ramai, mungkin juga percubaan membawa mereka yang berlainan agama ke dalam agama Islam.

"Ini benar-benar salah dan tidak berasas. Ini adalah tindakan yang tidak boleh diterima terutamanya di Malaysia dengan semua agama hidup dalam harmoni," ujar Amarjit dalam kenyataan.

Buku tersebut yang dijual di kedai buku MPH di Kinta City menyarankan pengasas Sikism Guru Nanak mengerjakan haji di Mekah dan penyair India Muslim, Kabir yang mula-mula mendatangi asas agama Sikh sebelum Guru Nanak mengasaskannya.

"Penduduk Sikh Malaysia kecewa dengan penerbitan buku dengan fakta salah mengenai Sikh yang merupakan usaha untuk cuba mengubah sejarah atau meremehkan fakta atas asas Sikh kepada orang ramai. Ini salah," tegas Amarjit.


1. Pada waktu catatan ni saya tulis, saya masih belum sempat baca buku ini.


2. Tapi kalau baca pada beberapa muka surat buku ini, yang anda juga boleh baca secara percuma disini, kandungannya tidaklah begitu asing bagi saya.


3. Macam saya pernah cakap sebelum ni, kalau anda juga biasa ikuti video ceramah Dzakir Naik dan Ahmad Deedat di Youtube, anda pasti pernah dengar maklumat yang dimuatkan dalam buku ini.


4. Untuk baca buku macam ni memang kena tenangkan fikiran dan bersikap terbuka.


5. Untuk pembaca yang beragama Islam, buku ini akan lebih mudah faham kalau anda pernah atau biasa baca buku-buku sejarah dan sirah Islam. Kat sekolah pun dulu pernah belajar sejarah kan.


6. Baca juga tafsir Al-Quran. Lihat maksud ayat yang dipetik dalam buku ini. Adakah penerangannya SAMA ataupun lain.


7. Selain daripada itu, biasakan juga baca kitab-kitab hadis.


8. Kena tau sejarah dunia secara keseluruhannya.


9. Sejarah dunia, kita pernah belajar masa di sekolah. Cuma ianya tidaklah begitu terperinci. Tak apa, sekarang ni boleh buat bacaan sendiri. Mungkin silibus di sekolah tak begitu terperinci sebab tak nak beratkan kepala budak-budak sekolah nak jawab exam nanti.


10. Dah baca sejarah, cuba kaji sejarah. Pastikan minda sentiasa bergerak dan berfikir. Siapakah yang paling beruntung dan paling banyak dapat manfaat dalam sejarah-sejarah dan tamadun tertentu?


11. Adakah kumpulan-kumpulan tersebut telahpun lenyap di telan sejarah, atau kita boleh lihat sampai sekarang ni masih ada lagi saki baki kumpulan tersebut?


12. Ada banyak point yang saya setuju dengan penulis. Antaranya ialah, pada masa dahulu, agama telah dirosakkan oleh tangan-tangan yang tak bertanggungjawab. Hinggalah saat ini, agama yang ada adalah berbeza sama sekali dengan keadaan ketika ia mula diturunkan.


13. Situasi tak banyak beza pun dengan agama Islam. Ianya juga telah melalui banyak percubaan dan ujian untuk merosakkan agama ini dari dalam. Pernah dengar kes-kes surah palsu? Hadis palsu? Ajaran sesat? Aliran dan fahaman yang diada-adakan. Ada individu mengaku sebagai Nabi walaupun kita tahu tiada lagi Nabi dan Rasul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.


14. Semoga dengan terbitnya buku ini, generasi kita akan mula suka dan kembali dekat dengan Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.    


Minat nak dapatkan senashkah buku ni? Senang. Order kat sini dan kita akan hantar buku ini terus ke rumah anda... (atau ke mana-mana lokasi pilihan anda)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...