Jumaat, 30 Disember 2016

Kawan sekolah, kawan kolej, kawan universiti... Tak ada yang jadi blogger ke?


Dalam sebulan, biasanya saya akan peruntukkan beberapa hari untuk tujuan blog marketing. Cara promosi untuk blog pun bukannya susah sangat. Bagi saya, saya lebih gemar kaedah blogwalking, iaitu berjalan dari satu blog ke satu blog.


Dari aktiviti yang sangat mudah ni, saya dapat temui pelbagai blog yang ditulis oleh penulis blog yang berbeza. Ada blog tentang travel, blog tentang makanan, blog tentang fesyen, tentang kesihatan, tentang perniagaan, tentang topik kewangan dan macam-macam lagi.


Pemilihan topik blog ini pula bergantung kepada siapa penulis blog tu dan apa matlamat yang ingin dicapai.


Some people are motivated by the income that they may get. Others just do it for fun.


Untuk yang menulis bagi tujuan buat duit, saya nak ajak anda untuk mula pilih salah satu daripada topik-topik blog atau niche yang proven boleh buat duit dari senaraian ini.

Klik untuk dapatkan maklumat tambahan: 10 Niche Blog yang TERBUKTI mampu untuk buat duit online

aku-seorang-penulis-blog

Kadang-kadang saya teringin jugak nak jumpa semula kawan-kawan lama, especially kawan-kawan yang dah lama terpisah yang saya pernah kenal sama ada pada zaman sekolah, zaman belajar kat kolej matriks dan juga kawan semasa zaman belajar di universiti.


Kebanyakkan dari mereka ni memang ada akaun Facebook. Ada juga yang ada akaun Instagram.


Tapi yang saya dapat perhatiakan, tak ramai yang maintain blog personal. Bila saya kata tak ramai, mungkin it is an understatement. Kalau ada yang ada blog sendiri pun, mungkin seorang dua. Itupun tak begitu kerap dikemaskini dan tak berapa agresif menulis dalam blog.



Come on.


Korang tak nampak ke, dari aktiviti menulis dalam blog ni sebenarnya korang boleh buat duit. Itu bukan sekadar janji, tapi memang saya PASTI korang boleh jana pendapatan.


Syaratnya kena rajin. Konsisten menulis dalam blog. Paling koman pun, korang akan dapat income dari program pengiklanan Nuffnang.


Saya teringin juga nak jumpa kawan-kawan lama yang ada blog sendiri. Saya membayangkan mungkin satu masa nanti, saya boleh buat JV dengan mereka ni. Sama-sama ada blog, apa kata lepas ni kita sama-sama tolong naikkan blog sesama kita. Buat sama-sama lebih cepat nampak hasil kalau nak bandingkan dengan buat sendiri-sendiri.


Ada blog tapi tak rajin nak update... 

 

Ini masalah yang "biasa" yang dialami. Alahai... semua orang ada masalah ni. Saya pun ada masalah macam ni juga. Lebih-lebih lagi kalau blog yang ditulis tu adalah blog jenis yang percuma yang kita boleh daftar tanpa sebarang bayaran dengan blogger.com


Sikit pun kita tak rasa bersalah atau rasa ada tekanan untuk update blog tu. Kadang-kadang sampai bertahun-tahun tak update pun kita tak ada rasa apa-apa.


Tetapi, kalau nak jadi lebih serius dalam bidang penulisan ni, sikap macam ni memang kena buang. Tahun 2017 nanti, In Shaa Allah perangai dan sikap yang tak membantu macam ni memang kena letak jauh-jauh.


Untuk yang nak jadikan bidang penulisan blog sebagai salah satu karier atau setidak-tidaknya sebagai salah satu sumber pendapatan, maka saya terpanggil untuk berikan sedikit tips yang mungkin berguna untuk anda.


1. Untuk pengguna blogspot, bolehlah mula beli nama domain. Murah je. RM45 - RM50 untuk setahun. Bila ada domain sendiri, In Shaa Allah akan rasa lebih semangat nak tulis blog. Kalau masih tak tau nak beli kat mana, saya syorkan anda beli dari laman web NetKL. Saya juga adalah salah seorang pelanggan NetKL.

 

2. Tetapkan matlamat kewangan. Contohnya, setiap bulan saya nak hasilkan pendapatan sebanyak RM500 dari blog secara konsisten. Bila ada matlamat yang cukup JELAS macam ni, anda boleh rangka gerak kerja yang lebih baik. Jadi anda boleh tentukan, berapa kerap atau berapa banyak artikel yang perlu ada untuk capai matlamat tersebut.


3. Pilih topik atau niche yang memang anda mahir dan ada pengetahuan tentangnya. Mungkin topik yang ada kena mengena dengan apa yang anda belajar, kerja yang anda lakukan, atau sebarang aktiviti yang anda suka buat bila ada masa lapang. Topik tentang hobi pilihan anda juga bagus untuk dijadikan topik perbincangan dalam blog.


4. Jangan takut untuk buat silap. Buat silap dalam bidang ni biasalah. Bukan ada orang nak marah pun.


5. Tak perlu takut untuk tulis topik yang pelbagai dalam blog. Kadang-kadang bila kita tulis pelbagai topik, ianya juga sangat membantu.

Baru-baru ni saya tulis tentang topik mengenai bisnes bakeri dari rumah. Adakah saya tulis topik ni sebab saya memang pakar dalam bidang pembuatan kek? Sudah tentulah tidak. In fact, saya langsung tak pernah bakar kek dalam hidup saya.

Akan tetapi, disebabkan saya suka memerhatikan model-model bisnes yang ada kat luar sana tu, maka saya terpanggil untuk tulis tentang topik bisnes bakeri dalam blog saya. Part yang mencabar bagi saya adalah tentang pembuatan. Namun, dari segi promosi dan perjalana bisnes, saya berpendapat ianya tidaklah sesukar mana.        


Sebenarnya tulis blog ni SERONOK.


Cuma mungkin ramai yang tak nampak, kat mana keseronokkannya. Ada seseorang nasihat pada saya, bila tulis blog macam ni, sebenarnya kita dah buka peluang kepada diri sendiri untuk buat pahala tanpa perlu bersusah payah. 


Betul atau tidak? Ia bergantung kepada niat semasa menulis tu.


Apa pun, saya harap, mungkin satu hari nanti, saya dapat jumpa kawan-kawan lama, sama ada yang pernah sekolah sama-sama, yang pernah belajar kat kolej dan kat universiti sama-sama, ada yang jadi penulis blog jugak. 


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...