Rabu, 7 September 2016

Dua kisah Ajaib yang menakutkan yang berlaku di sekeliling kita


Saya pernah tonton sebuah filem, dan dalam filem tersebut ada satu dialog yang bunyinya lebih kurang begini... 


"As long as you have someone to blame, then you may proceed with whatever things that you want to do..."



Maksudnya jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu kita adalah lebih kurang begini. 


"Selagi mana kamu ada seseorang untuk dipersalahkan, maka kamu boleh buat apa sahaja yang kamu suka." 


Sayangnya, saya tak dapat ingat, dialog ni saya ambil dari movie apa. 


Situasi yang lebih kurang sama baru je berlaku kat negara kita ni.

kisah-ajaib



Kisah pertama: Seorang selebriti wanita yang membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung

Dia akui, sepanjang tempoh dia mengenakan hijab atau tudung pada beberapa tahun yang lepas, imannya sentiasa turun dan naik. Keputusan untuk terus bertudung adalah tergesa-gesa kerana pada waktu itu, dia baru sahaja putus cinta. 


Ada masa-masa tertentu, dia sering menerima kritikan dari individu (yang tidak disebutkan namanya) yang mengatakan kata-kata seperti "kalau perangai buruk macam ni, lebih baik tak payah nak bertudung, konon nak tunjuk baik..." 


Of course ayat tersebut adalah rekaan dan imaginasi saya sahaja, kerana ayat sebenar hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. 

Isnin, 30 Mei 2016

Beli set Apple iPhone refurbished set yang murah lagi menjimatkan secara online


Kat mana saya boleh beli set Apple iPhone refurbished set yang murah lagi menjimatkan secara online? Ok... saya difahamkan, ada banyak tempat atau laman web yang jual set Apple iPhone Refurbished ni.


Ada yang jual melalui FB Fanpage, ada yang jual menerusi Instagram, dan ada juga yang menjual menerusi laman web sendiri. In fact, kalau tengok kat laman-laman web seperti lelong, mudah.my pun ada jual juga iPhone murah ni.


Kat mana tempat yang paling dipercayai untuk beli barang ni? 


Ok ini pendapat saya secara peribadi. Memandangkan saya kerap juga membeli belah secara online di laman web ini, saya dapati ia lebih menyakinkan kalau nak shopping secara online di situ.


Saya tak pernah beli handphone kat laman web tu. Tapi, ada banyak juga barang yang saya pernah beli kat situ. Dari makanan kucing, oven, susu untuk kucing, botol susu untuk kucing, pasir untuk kucing, dan macam-macam lagi. 



http://ho.lazada.com.my/SHFeJl
Kalau nak beli barang secara online, memang saya akan rekemen untuk beli kat sini. 


Pada saya la kan, dari segi khidmat pelanggan atau customer support, ianya lebih menyakinkan. 


Lagipun laman web ini, (Lazada) ada reputasi yang agak baik. Macam mana pun, mereka perlu jaga reputasi mereka, dan untuk itu mereka akan pastikan hanya barang-barang yang original sahaja yang dijual di laman web mereka. 


Jadi, kalau betul-betul suka nak pakai iphone, dan nak dapatkan iphone dengan harga yang lebih rendah dan menjimatkan, mungkin boleh pilih untuk pakai yang Apple iphone refurbished set


Minat nak beli? 


Boleh klik kat sini dan buat perbandingan harga.


Oh mungkin anda tak berapa yakin untuk beli yang set refurbished. Kalau begitu tak ada masalah, boleh beli yang set baru. Selesai masalah. Cuma kena tambah duit la.   



Sabtu, 21 Mei 2016

Memang seronok lepak dan shopping di Borders Bookstore


Kedai buku Borders. Salah satu tempat lepak paling best untuk penggemar buku, macam saya. Kedai buku Borders yang paling best (bagi saya) adalah di Berjaya Times Square. 


Bukan yang sekarang ni, yang terletak kat level Lower Ground Floor tu, tetapi masa dia masih lagi berada di level 1 dan 2. Ya, dulu kedai buku Borders ni dua tingkat. Dalam tu siap ada starbuck. Memang best bila lepak kat situ. 


Ambik je mana-mana buku, kemudian cari tempat duduk dan baca. Konsep dia dah jadi macam konsep perpustakaan pun ada. Kita boleh baca mana-mana buku yang kita suka tanpa perlu membayar. Bacalah sepuas-puasnya tanpa rasa bersalah hahah. Kalau kebetulan kita jumpa buku yang kita minat, dan buku tu pulak masih lagi berbalut dalam plastik, kita siap boleh mintak tolong staf kat situ untuk tolong bukak pembalut tu. 


Ok itu dulu. 


Saya just cerita pengalaman saya, sekitar tahun 2006 - 2007 macam tu. Sekarang ni, kalau anda pergi Berjaya Times Square, kedai buku ni dah pun berpindah ke LG. 


Dari segi konsep, mungkin dah berubah kot. Dah jadi konsep kedai buku biasa. Nak baca kena beli la. Saya pun dah agak jarang pergi ke Borders


Cuma yang pasti sekarang ni, kalau nak beli buku yang dijual di Borders, kita boleh beli secara online sahaja. 


Betul. Beli secara online, kadang-kadang ada promosi yang menarik, dan buku tersebut akan dihantar terus ke rumah kita. Tak perlu pun susah payah nak kena keluar rumah. 


Macam mana nak beli buku dari Borders secara online? 


Mudah sahaja. Beli kat laman web ini. Ini adalah pautan ke laman web Lazada. 


Sekarang kita dah boleh beli buku kat situ. Ada macam-macam pilihan buku yang menarik dan best ada kat situ. Salah satu yang anda patut beli ialah buku ni. 


Buku ni memang sesuai sangat untuk mereka-mereka yang masih konfius lagi macam mana nak lakukan ibadah solat dengan sempurna. 


Saya rasa semua orang patut ada satu buku ni. Kalau tak ada buku ni, at least kena ada buku rujukan lain khusus membincangkan bab solat. 


Bukan apa, saya perasan, kadang-kadang orang kita ni ada banyak benda yang dia tak tau, dia jahil, tapi dia malu nak bertanya. 


Sudahnya, kita boleh tengok waktu solat berjemaah kat masjid tu ha... ada macam-macam gaya yang pelik-pelik akan keluar bila tengah solat. 


Persoalannya, betul ke cara solat awak tu? Tak kan tak nak tahu. 


Ok la, buku ni, Formula Solat Sempurna adalah salah satu buku yang boleh dibeli secara online sahaja melalui Borders


Kalau minat, bolehlah klik sini untuk beli


Dah baca entri saya tentang iPhone refurbished set? Kalau belum baca, klik sini ya

Jumaat, 13 Mei 2016

Patut ke saya beli iPhone REFURBISHED yang murah lagi JIMAT?


"Saya nak beli iPhone tapi harganya sangat mahal. Satu hari saya terjumpa iklan tentang iPhone dan saya dapati harganya sangat murah. Siap ada diskaun lagi. Cumanya ditulis kat situ iPhone Set REFURBISHED. Apa benda ya ni?"

http://ho.lazada.com.my/SHFeJl

Pernah nampak iklan iPhone yang ada tulis set refurbished? Kalau anda perasan, mesti anda dapat lihat yang harganya lebih murah berbanding harga pasaran set iPhone yang tak tulis perkataan refurbished kan. 


Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa benda set Apple iPhone Refurbished ni ek? 


Berbaloi ke kalau beli iPhone refurbished ni?


Ok jom kita bincangkan. Saya nak kongsikan serba sedikit hasil daripada pembacaan yang saya buat tentang set Apple iPhone Refurbished ni. 


Pertama sekali, kat mana saya boleh beli set Apple Iphone refurbished ni? 


Kalau nak beli online, saya cadangkan dapatkan kat laman web ini. Sebabnya? 

(1) Kat situ ada macam-macam model 

(2) Boleh compare harga dengan macam-macam seller 

(3) Ada jaminan barang pasti sampai dan kalau tak puas hati boleh tukar 

(4) Sesetengahnya boleh COD. Barang akan dihantar ke rumah, dan bayar bila barang dah sampai. Katakanlah waktu bayar tu, kalau barang tu tak memuaskan hati tak payah la bayar. 

(5) Boleh tengok review pembeli-pembeli lain sebelum anda nak beli. 


Ok... itu kalau nak beli secara online. Kalau anda nak beli secara offline, saya rasa ini agak tricky. Anda perlu tanya di kedai-kedai handphone yang agak besar.


Tanyalah pada jurujual tu, ada tak set Apple iPhone Refurbished set? Kalau nasib baik, kedai tu ada jual. Kalau nasib tak berapa nak baik, 

(1) Set second hand, tapi dia kata refurbished

(2) Set refurbished dia kata sama je dengan second hand 

(3) Susah nak belek-belek, sebab setengah jurujual akan push dan psycho kita untuk beli. Lepas dah banyak tanya, nanti rasa tak best untuk kata tak jadi nak beli ha ha

(4) Sesetengah jurujual akan tanya kita balik, "Apple refurbished tu apa benda?" hahaha


Apa benda sebenarnya set refurbished ni? 

Dalam konteks produk Apple iPhone ini, ia merupakan produk yang mengalami proses pengubahsuaian semula akibat masalah teknikal pada produk yang kemudiannya ia dikembalikan semula kepada pihak pengilang untuk diperbetulkan.


Produk yang melalui proses pengubahsuaian semula

(1) Telah diuji sepenuhnya

(2) Bahagian yang bermasalah telahpun digantikan dengan spare part yang baru

(3) Telah melalui proses pembersihan dan pemeriksaan

(4) Telah dipakejkan semula

(5) Mempunyai operating software yang original

(6) Mempunyai nombor siri pada set yang diubahsuai

(7) Perlu melalui proses pengesahan kualiti sebelum dipek semula sebagai set refurbished


Ini adalah benar jika kita beli set refurbished terus dari pihak Apple. Namun, situasi kita kat Malaysia ni mungkin sedikit berbeza berbanding jika di luar negara. (di US misalnya) 


Kat negara kita, saya masih tak tau sama ada, ada ke cara untuk tahu dengan tepat sama ada set refurbished tu benar-benar refurbished ataupun barang second hand. (jika saya ada update tentang topik ni, nanti saya kongsikan dalam blog ni)


Patut ke saya beli set refurbished ni? 

Soalan ini, jawapannya terletak pada anda. Set refurbished ni ada kelompok dan target marketnya yang tersendiri. Pada saya la kan, bukan semua orang patut beli set refurbished ni. 


(a) Anda mementingkan gaya dan penampilan? 


Orang kata dress to impress. First impression adalah segala-galanya. Untuk sesetengah individu yang bekerja dalam bidang jualan yang selalu perlu bersama dengan klien, anda mungkin perlu ada gadget terkini yang berupaya memberi tanggapan baik pelanggan anda. 


Dalam situasi ini, memiliki set refurbished Apple iPhone ini adalah lebih baik berbanding anda menggunakan phone model lain. 


(b) Anda tak sanggup tunggu untuk kumpul duit beli yang set ori

Ya, kita sedia maklum, set yang original, harganya sangat mahal. Anda mungkin terpaksa tunggu lama untuk pastikan duit anda cukup. Kalau tak sanggup nak tunggu, boleh beli set yang ini.    


Fikir sebelum, semasa dan selepas... 

Sebelum kita beli memang kita sangat excited untuk dapatkan sesuatu barangan tu. Jadi, bila kita ditawarkan untuk beli barang yang kita nak dengan harga yang berkali ganda lagi murah, memang agak sukar untuk kita lepaskan tawaran ni. Betul tak? 


Namun, kena fikirkan. Bagaimana agaknya pengalaman penggunaan anda ketika barang tersebut dah pun sampai di tangan anda. 


Biasa kedengaran kan, pelanggan rasa tertipu kerana tidak membeli set yang original. Bukannya penjual menipu, tetapi pelanggan sahaja yang rasa seolah-olah dirinya tertipu. Itula... suruh baca betul-betul tak nak buat. Tak cari maklumat dan info yang secukupnya. 


Masalah bila iPhone refurbished perlu di servis.... 


Ini biasa berlaku selepas sekian lama kita menggunakan iPhone tersebut. Selepas beberapa bulan, ia akan mula tunjukkan tanda-tanda nak rosak. 


Sebenarnya ini perkara yang normal. 


Beli phone apa pun, selepas satu tempoh masa, bergantung pada cara penggunaan, sampai satu masa dia pasti akan timbul masalah juga. 


Bila iPhone mula bermasalah, waktu tu cabarannya ialah nak dapatkan khidmat after sales service

 
Jika anda beli dari laman web ini, anda perlu perhatikan betul-betul, siapa yang beri waranti jika berlaku sebarang kerosakkan terhadap iPhone anda. Kebanyakkannya waranti adalah jenis "local supplier warranty" dan bukannya "local manufacturer warranty"


Ini bermakna, jika iPhone tersebut bermasalah, anda perlu berhubung dengan penjual, dan hanya penjual sahaja. Bukannya berhubung dengan Apple. Mungkin inilah satu-satunya perkara yang tak berapa best. 


Jimat banyak di awal-awal, namun bila ada masalah di kemudian hari, kita tak boleh claim waranti dengan pihak Apple. 


Itulah dia harga yang perlu dibayar. 


Apa pun, saya tak kata yang set ini tak bagus, sebaliknya set ini memberi kelebihan kepada golongan atau kelompok sasarannya yang tersendiri. 


Kalau anda berminat nak beli secara online sahaja, boleh pilih mana-mana satu model yang anda berkenan kat sini



Rujukan: Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli?
 

 
 
 

Jumaat, 29 April 2016

Cara Mudah menyediakan Kertas kerja perniagaan


"Berapa ramai pembaca dan pelawat blog ni yang tau macam mana cara-cara nak tulis kertas kerja perniagaan sendiri?"


Ada tak? 


Kalau saya dapat tugasan untuk tulis kertas kerja perniagaan dari ZERO, memang saya terpaksa surrender. Saya menyerah kalah je la. Ingat senang ke nak sediakan kertas kerja yang lengkap, padat, mantap dan mempunyai semua info-info yang diperlukan didalamnya. 


Saya sendiri, kalau tak ada contoh-contoh kertas kerja dari perniagaan terdahulu, memang garu kepala. Tak tau apa nak tulis.


Saya pernah dapat tugasan untuk menulis kertas kerja tentang bisnes kolam ikan atau bisnes penternakan ikan, tetapi contoh kertas kerja yang ada kat tangan saya, adalah kertas kerja tentang bisnes pembekalan susu di restoran-restoran.


Pernah juga pada satu masa tu, saya perlu sediakan kertas kerja tentang perniagaan yang syarikat sedang jalankan, which is dalam bidang training and consultancy, tetapi saya tak ada contoh yang sesuai untuk saya kaji.


Memang susah la. Garu kepala, garu peha, habis semua tempat yang tak gatal terpaksa digaru. Saja nak buang masa punya hal... 


Bisnes berasaskan training ni dah tentu ia sedikit berbeza. Dari segi keperluan perniagaan, bahan mentah (eh ada ke kena ada bahan mentah) dan sebagainya sangat berbeza. Lebih-lebih lagi pada waktu tu, syarikat training yang saya bekerja dulu memang tak ada sebarang ruang pejabat untuk dijalankan training. 


Konsep kita dulu lebih kepada orang tengah. 


Bila ada klien, masa tu la baru kita cari tempat (biasanya tempat latihan dijalankan di tempat klien sendiri), buku-buku rujukan, file dan sebagainya. Itu pun kos ini diambil daripada yuran penyertaan yang dikutip siap-siap. Punyalah tak ada duit company tu. 
 

Company baru kot... memang faham-faham je la kalau tak ada duit.


Sebab tu, pada satu tahap, bila pihak majikan ingin besarkan lagi operasi, macam mana pun kita perlu yakinkan pembiaya untuk suntik modal dalam perniagaan syarikat. 


Maka pada waktu tu, kita perlu ada Pelan Perniagaan, atau Kertas Kerja Perniagaan. Fungsinya adalah untuk menceritakan secara menyeluruh, lengkap dan komprehensif mengenai apa perniagaan yang kami sedang jalankan. 


Bukan itu sahaja, kertas kerja tersebut juga perlulah menyakinkan supaya pihak yang membaca berminat untuk tanam modal. 


Ha... nampak kan, betapa besarnya fungsi yang dimainkan oleh kertas kerja ni. Bukannya remeh-temeh punya tau.


Sebelum anda fikir nak upah someone untuk buatkan kertas kerja perniagaan untuk anda, baik anda tengok dulu laman web ni.


Laman web ni pastinya akan menjimatkan beratus-ratus RM duit anda. Sebabnya kat situ ada bermacam-macam perniagaan yang anda boleh jadikan contoh, jika anda perlu sediakan kertas kerja.


Cakap je anda perlukan kertas kerja untuk bisnes apa. Semuanya ada kat situ. Oh mungkin kalau bisnes anda dalam bidang oil and gas, ia tak ada kat situ ho ho


Tapi kalau untuk bisnes yang common, saya rasa anda mesti dapat cari bidang anda kat laman web ini.    


Kalau ada yang berkenan, tunggu apa lagi? Download la... oh dalam kes ni anda mungkin tak boleh nak download, tapi anda boleh dapatkan CD yang mengandungi kertas kerja peniagaan tu dari pihak admin. 




  

Khamis, 28 April 2016

Panduan menjalankan Bisnes Air Balang sempena bulan Ramadhan


"Apakah agaknya bisnes yang sesuai dijalankan pada bulan Ramadhan?"


Kalau boleh nak bisnes yang cepat rolling modal, dan sebelum raya, boleh dapat untung at least dalam 5 - 7 ribu ringgit. Jadi hari raya nanti, bolehlah beraya dengan penuh kegembiraan...


Reality check... apa la orang kita ni kan. Sepatutnya bulan puasa, atau bulan Ramadhan ni kita ambik peluang ni untuk banyakkan beramal. Penuhkan masa-masa yang ada untuk beribadah, ini tak... dalam kepala sibuk sangat nak cari duit. Asyik-asyik duit... duit... duit. 



Antara tuntutan adat dan agama

Inilah kisahnya. Kehidupan kita ni banyak berlegar dan dipengaruhi oleh adat dan kebiasaan masyarakat dimana kita tinggal. Masyarakat kita orang Melayu, umumnya memang akan berhabis banyak duit ketika musim perayaan. 


Masa ni la kita nak beli sofa baru, baju raya baru, kelengkapan dan set pinggan makan, karpet, tikar getah, alas kaki, kereta (kalau boleh) semua ini adalah kemahuan yang mendesak, yang perlu ditukar kepada yang baru... DENGAN SEGERA.


Salah ke? Tak salah. Ia jadi salah apabila kita dah jatuh membazir. Kalau memang dah uzur betul, memang dah tak boleh pakai, dan bila tetamu datang, ia boleh membahayakan keselamatan pengguna, maka memang dah jatuh harus untuk tukar. 


Saya tahu orang kita ni memang tak suka membazir. Kalau dah sampai masa nak kena tukar tu, maknanya memang kena tukar la. Tak boleh nak tangguh-tangguh, tak boleh nak nanti-nanti. 


Cuma isunya sekarang ni ialah... mungkin kedudukan ekonomi dan kewangan kita tak berapa nak cantik. Ye la... masalah negara, hutang negara pun rakyat marhaen biasa macam kita yang nak kena bayar. 


GST tu misalnya. Apakah anda menyangka duit kutipan GST tu digunakan untuk pembangunan negara, atau digunakan untuk bayar hutang negara? Kedua-duanya. Tak tau la sampai bila bala ni akan terus ditanggung oleh rakyat biasa macam kita. 


So nampaknya, kita ada pilihan yang jelas sama ada terus menerus kutuk tampuk pemerintahan negara yang terpalit dengan macam-macam skandal tu, ataupun kita memilih untuk buat sesuatu untuk diri kita dan ekonomi keluarga kita.


The truth is, suara kita ni tak ada nilainya pun bhahaha 


Lebih baik kita pilih untuk berniaga dan tambah pendapatan daripada kita sia-siakan tenaga kita untuk fikirkan masalah yang bukan dalam circle of influence kita, untuk kita selesaikan.
 

Sebenarnya saya nak cerita pasal Panduan Bisnes Air Balang ni.



Buat para usahawan dan bakal usahawan, ini satu cara mudah untuk kita pelajari teknik dan strategi perniagaan tanpa perlu bersusah payah. 


Tak payah nak datang seminar, tak perlu nak pergi kelas, training dan sebagainya. (saya bukanlah berkata begini untuk mengatakan yang training, seminar dan kelas itu tak bagus, sebaliknya saya ingin tekankan bahawa tanpa ke tempat-tempat ini, proses untuk mendapatkan ilmu masih tetapi boleh berlaku)


Studi ebook Panduan Bisnes Air Balang ni. 


Nanti anda pasti terkejut bila tahu, yang conversion bisnes air balang ni, terutama sekali sewaktu bulan puasa, boleh mencecah sehingga 500%!


Bayangkanlah... menurut penulis ebook ini, berdasarkan pada pengalaman dia sendiri, dengan modal sekitar RM100 itu sendiri, boleh menghasilkan jualan sehingga RM1,000 ++ 


Saya kata jualan mencecah RM1,000 ++ bukannya untung banyak tu ya. Jangan salah fikir atau salah anggap pulak. 


Now... apa barang lain yang boleh lawan bisnes air sempena bulan Ramadhan nanti? 


Korang rasa kalau jual baju, tudung, kurma, serunding boleh lawan pulangan dari bisnes air ke? 


Oh by the way, penulis ini adalah salah seorang yang bergiat aktif dalam bisnes bazar ramadhan. 


So untuk anda dapat hasil seperti yang beliau dapat ni, anda juga perlu berniaga seperti beliau. 


Kalau anda rasakan, berniaga di bazar ramadhan atau di tapak pasar bukan untuk anda, bukan standard anda, maka panduan ini bukannya untuk anda. 


Kalau saja-saja nak baca boleh klik sini. Tapi kalau nak beli then anda tak ada perancangan pun untuk berniaga... saya khuatir anda menyesal pula nanti. 


Apa pun, saya share sahaja peluang ni untuk anda, kalau anda masih belum tahu. Tindakan seterusnya, saya serahkan pada anda. 


Semoga panduan bisnes air balang ini akan membantu anda.     





 


Selasa, 5 April 2016

Tips buat para pembeli Panduan Jobdirumah: Setiap wang yang dibelanjakan adalah bernilai


Memandangkan keadaan ekonomi kita di Malaysia ni agak unik, saya melihat hampir setiap orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kerja dalam satu-satu masa. 


Pekerjaan yang pertama adalah kerja hakiki kita. 


Manakala pekerjaan yang kedua pula adalah suatu kerja yang boleh kita lakukan dimasa terluang dan kita dibayar untuk melakukan kerja-kerja tersebut.


Pilihan yang cukup popular? 


Jobdirumah.


Pihak Jobdirumah sebenarnya tidak menawarkan sebarang peluang pekerjaan. Sebaliknya, modus operandi mereka adalah menghasilkan panduan untuk rakyat Malaysia yang ingin mempelajari bagaimana caranya untuk bekerja hanya dari rumah.


Sekiranya anda lebih berminat nak bekerja untuk pihak Jobdirumah, anda perlu mendaftar sebagai ejen affiliate. Kerjanya mudah sahaja, iaitu menjalankan pemasaran dan mendapatkan jualan bagi panduan Jobdirumah ini. 


Kalau anda memang berbakat dalam hal-hal berkaitan jualan, maka saya percaya kerja ini memang sesuai untuk orang seperti anda. 


Baca juga: Jawatan kosong pegawai pemasaran online Jobdirumah.com 


Dalam post kali ini saya nak kongsikan beberapa tips buat para pembeli panduan ini.


1. Sila ambil masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk study panduan ini. Apabila saya kata 48 jam, saya bukannya maksudkan dua hari. Walaupun dua hari bersamaan dengan 48 jam, namun bukan itu maksud saya. 


Katakanlah hari ini anda menonton panduan dalam bentuk video yang anda perolehi apabila membeli Panduan Jobdirumah selama 1 jam, bermakna selepas selesai menonton video tersebut, anda masih lagi berbaki 47 jam. 


Itu cara perkiraan jam yang sebenarnya. 


Bukannya ikut masa berapa hari anda dah beli panduan tersebut, sebaliknya berapa jam masa yang anda dah peruntukkan untuk mendalami info-info yang terkandung dalam panduan tersebut. 


2. Dah habis belajar ke? Terus mula dengan kerja-kerja yang mudah. Ada satu laman web yang anda boleh apply kerja-kerja yang mudah. Ia ada dinyatakan dalam Panduan Jobdirumah dalam kategori Mikro Jobs.

 


Buat yang tu dulu, untuk biasakan diri dengan cara kerja dan supaya anda boleh lihat wang masuk dalam akaun anda. 


3. Puas hati dengan panduan ini? Apa kata anda ceritakan dengan kawan-kawan anda apa komen, pandangan ataupun kritikan yang anda ada tentang panduan ini. Pastikan, semasa anda berbuat demikian anda telah pun mendaftar sebagai ejen affiliate.


Sebab mana tahu, ada antara rakan-rakan anda yang berminat untuk beli panduan tersebut menerusi link affiliate anda. Kalau ada yang beli, anda dapat komisyen dengan begitu mudah. 


4. Terus appy kerja-kerja yang anda yakin untuk siapkan. Tak ada siapa yang kata kerja yang ada adalah kerja-kerja yang senang. Namun, jika anda mempunyai kemahiran untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut, anda patut segera memohon pekerjaan tersebut.  


5. Terus belajar skil yang baru. Adakalanya skil yang diperlukan untuk melayakkan anda untuk mendapat sesuatu job, anda tak milikinya. So what? Anda boleh belajar skil tersebut kemudian. 


Contohnya macam skil untuk membina artikel advertorial. Ini adalah satu skil yang boleh dipelajari. Ya, ia mungkin akan ambil masa namun selepas anda kuasai skil advertorial ini, ada banyak job yang anda boleh dapat selepas itu. 

 

Semoga anda dapat memanfaatkan panduan Jobdirumah yang anda telah beli sebelum ini. Semoga anda berjaya mengumpul dollar anda yang pertama. 


Tolong jangan simpan sahaja panduan ini buat perkasam. Anda dah beli, kini masa untuk anda dapat hasil berganda daripada pembelian tersebut. 




    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...