Kedai buku Borders. Salah satu tempat lepak paling best untuk penggemar buku, macam saya. Kedai buku Borders yang paling best (bagi saya) adalah di Berjaya Times Square.
Bukan yang sekarang ni, yang terletak kat level Lower Ground Floor tu, tetapi masa dia masih lagi berada di level 1 dan 2. Ya, dulu kedai buku Borders ni dua tingkat. Dalam tu siap ada starbuck. Memang best bila lepak kat situ.
Ambik je mana-mana buku, kemudian cari tempat duduk dan baca. Konsep dia dah jadi macam konsep perpustakaan pun ada. Kita boleh baca mana-mana buku yang kita suka tanpa perlu membayar. Bacalah sepuas-puasnya tanpa rasa bersalah hahah. Kalau kebetulan kita jumpa buku yang kita minat, dan buku tu pulak masih lagi berbalut dalam plastik, kita siap boleh mintak tolong staf kat situ untuk tolong bukak pembalut tu.
Ok itu dulu.
Saya just cerita pengalaman saya, sekitar tahun 2006 - 2007 macam tu. Sekarang ni, kalau anda pergi Berjaya Times Square, kedai buku ni dah pun berpindah ke LG.
Dari segi konsep, mungkin dah berubah kot. Dah jadi konsep kedai buku biasa. Nak baca kena beli la. Saya pun dah agak jarang pergi ke Borders.
Cuma yang pasti sekarang ni, kalau nak beli buku yang dijual di Borders, kita boleh beli secara online sahaja.
Betul. Beli secara online, kadang-kadang ada promosi yang menarik, dan buku tersebut akan dihantar terus ke rumah kita. Tak perlu pun susah payah nak kena keluar rumah.
Macam mana nak beli buku dari Borders secara online?
Mudah sahaja. Beli kat laman web ini. Ini adalah pautan ke laman web Lazada.
Sekarang kita dah boleh beli buku kat situ. Ada macam-macam pilihan buku yang menarik dan best ada kat situ. Salah satu yang anda patut beli ialah buku ni.

Saya rasa semua orang patut ada satu buku ni. Kalau tak ada buku ni, at least kena ada buku rujukan lain khusus membincangkan bab solat.
Bukan apa, saya perasan, kadang-kadang orang kita ni ada banyak benda yang dia tak tau, dia jahil, tapi dia malu nak bertanya.
Sudahnya, kita boleh tengok waktu solat berjemaah kat masjid tu ha... ada macam-macam gaya yang pelik-pelik akan keluar bila tengah solat.
Persoalannya, betul ke cara solat awak tu? Tak kan tak nak tahu.
Ok la, buku ni, Formula Solat Sempurna adalah salah satu buku yang boleh dibeli secara online sahaja melalui Borders.
Kalau minat, bolehlah klik sini untuk beli.
Dah baca entri saya tentang iPhone refurbished set? Kalau belum baca, klik sini ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan