Memaparkan catatan dengan label panduan jobdirumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan jobdirumah. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2016

Tips buat para pembeli Panduan Jobdirumah: Setiap wang yang dibelanjakan adalah bernilai


Memandangkan keadaan ekonomi kita di Malaysia ni agak unik, saya melihat hampir setiap orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kerja dalam satu-satu masa. 


Pekerjaan yang pertama adalah kerja hakiki kita. 


Manakala pekerjaan yang kedua pula adalah suatu kerja yang boleh kita lakukan dimasa terluang dan kita dibayar untuk melakukan kerja-kerja tersebut.


Pilihan yang cukup popular? 


Jobdirumah.


Pihak Jobdirumah sebenarnya tidak menawarkan sebarang peluang pekerjaan. Sebaliknya, modus operandi mereka adalah menghasilkan panduan untuk rakyat Malaysia yang ingin mempelajari bagaimana caranya untuk bekerja hanya dari rumah.


Sekiranya anda lebih berminat nak bekerja untuk pihak Jobdirumah, anda perlu mendaftar sebagai ejen affiliate. Kerjanya mudah sahaja, iaitu menjalankan pemasaran dan mendapatkan jualan bagi panduan Jobdirumah ini. 


Kalau anda memang berbakat dalam hal-hal berkaitan jualan, maka saya percaya kerja ini memang sesuai untuk orang seperti anda. 


Baca juga: Jawatan kosong pegawai pemasaran online Jobdirumah.com 


Dalam post kali ini saya nak kongsikan beberapa tips buat para pembeli panduan ini.


1. Sila ambil masa sekurang-kurangnya 48 jam untuk study panduan ini. Apabila saya kata 48 jam, saya bukannya maksudkan dua hari. Walaupun dua hari bersamaan dengan 48 jam, namun bukan itu maksud saya. 


Katakanlah hari ini anda menonton panduan dalam bentuk video yang anda perolehi apabila membeli Panduan Jobdirumah selama 1 jam, bermakna selepas selesai menonton video tersebut, anda masih lagi berbaki 47 jam. 


Itu cara perkiraan jam yang sebenarnya. 


Bukannya ikut masa berapa hari anda dah beli panduan tersebut, sebaliknya berapa jam masa yang anda dah peruntukkan untuk mendalami info-info yang terkandung dalam panduan tersebut. 


2. Dah habis belajar ke? Terus mula dengan kerja-kerja yang mudah. Ada satu laman web yang anda boleh apply kerja-kerja yang mudah. Ia ada dinyatakan dalam Panduan Jobdirumah dalam kategori Mikro Jobs.

 


Buat yang tu dulu, untuk biasakan diri dengan cara kerja dan supaya anda boleh lihat wang masuk dalam akaun anda. 


3. Puas hati dengan panduan ini? Apa kata anda ceritakan dengan kawan-kawan anda apa komen, pandangan ataupun kritikan yang anda ada tentang panduan ini. Pastikan, semasa anda berbuat demikian anda telah pun mendaftar sebagai ejen affiliate.


Sebab mana tahu, ada antara rakan-rakan anda yang berminat untuk beli panduan tersebut menerusi link affiliate anda. Kalau ada yang beli, anda dapat komisyen dengan begitu mudah. 


4. Terus appy kerja-kerja yang anda yakin untuk siapkan. Tak ada siapa yang kata kerja yang ada adalah kerja-kerja yang senang. Namun, jika anda mempunyai kemahiran untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut, anda patut segera memohon pekerjaan tersebut.  


5. Terus belajar skil yang baru. Adakalanya skil yang diperlukan untuk melayakkan anda untuk mendapat sesuatu job, anda tak milikinya. So what? Anda boleh belajar skil tersebut kemudian. 


Contohnya macam skil untuk membina artikel advertorial. Ini adalah satu skil yang boleh dipelajari. Ya, ia mungkin akan ambil masa namun selepas anda kuasai skil advertorial ini, ada banyak job yang anda boleh dapat selepas itu. 

 

Semoga anda dapat memanfaatkan panduan Jobdirumah yang anda telah beli sebelum ini. Semoga anda berjaya mengumpul dollar anda yang pertama. 


Tolong jangan simpan sahaja panduan ini buat perkasam. Anda dah beli, kini masa untuk anda dapat hasil berganda daripada pembelian tersebut. 




    

Sabtu, 26 Julai 2014

Tambah Duit Tanpa Modal

Saya tahu ramai yang nak cari duit lebih.

Ramai yang dah mula rasa, pendapatan sedia ada, tak mampu nak menampung kos perbelanjaan yang perlu ditanggung sekarang. 

Sebenarnya... bukan tak mampu langsung nak tampung, mampu. Cuma, nak hidup senang, dan selesa, mungkin masih lagi belum mencukupi. 

Kita ditekan dari kiri dan kanan. 

Bank, institusi perbankan. 

Bil-bil, internet, dan lain-lain lagi. 

Sana sini memerlukan duit. Banyak sangat perkara yang mengempiskan poket anda. 

Anda nak tambah duit, dan pada masa yang sama, anda tak mahu keluar modal langsung. 

Agak sukar permintaan sedemikian, namun ia bukan mustahil. 

Apa yang mustahil ialah, anda nak tambah duit, nak tingkatkan ekonomi keluarga, namun anda tak mahu usaha. 

Itu melampau. 

Macam mana nak tingkatkan pendapatan tanpa perlu keluarkan walau sesen modal pun?

Salah satu daripada idea yang saya pernah catatkan dalam entri berikut, mungkin berguna untuk anda. 

Klik: Bagaimana cara jana pendapatan tanpa modal pada tahun 2014 

Saya, masih lagi suka luangkan masa untuk bekerja dari rumah dan juga sertai program affiliate.

Program affiliate ini, kalau betul cara promosi yang kita buat, setakat nak dapat 2 - 3 sales dalam sehari bukan suatu yang mustahil.

Semua ini tanpa modal. 

Bukannya tanpa usaha. 

Anda jangan salah faham, tanpa modal dengan tanpa usaha tu, dua perkara yang berbeza tau. 
 

 

Adakah Saya Sentiasa Berjaya Buat Duit Dengan Jobdirumah?

Semua orang sukakan kejayaan. 

Tak ada orang yang memilih untuk gagal, apabila diberikan pilihan sama ada nak berjaya, atau nak gagal.

Seboleh-bolehnya, kita akan pilih jugak untuk berjaya. Bila saya sertai program jobdirumah, dan membayar RM50 untuk mendapatkan panduan jobdirumah, maka pada ketika itu... 


Saya memilih untuk berjaya buat duit dengan jobdirumah.

Bekerja dari rumah, bukanlah sesuatu yang asing bagi saya.

Sebelum-sebelum ini, saya memang dah dapat pendedahan untuk bekerja dari rumah. 

Kerja-kerja seperti menaip, data entry, dan menghasilkan artikel atau report, sudah menjadi suatu yang tak asing bagi saya. 

Tetapi, tak pernah lagi saya buat kerja-kerja ini semua sebagai suatu kerja tetap ataupun pekerjaan yang berkala. 

Data entry misalnya, kalau ada kawan-kawan atau kenalan yang perlukan khidmat dari saya, barulah saya akan buat. 

Tak terlintas pulak difikiran saya, untuk jadikan ia sebagai suatu karier. 

Kemudian, satu hari entah macam mana, saya terperasan, kewujudan sebuah laman web yang menawarkan panduan bagaimana untuk bekerja dari rumah dengan lebih effisien. 

Maka, selepas saya kaji-kaji dan pertimbangkan baik buruknya, saya terus dapatkan satu. 

Sebabnya... saya nak berjaya buat duit dengan jobdirumah. 

Untuk tahap pengetahuan saya sekarang, saya boleh buat duit hanya dengan bekerja sendiri dari rumah. Namun, untuk menuju ke tahap seterusnya yang lebih baik, dan mengecapi tahap pendapatan yang lebih selesa, saya perlukan ilmu, teknik, dan strategi yang lebih baik.

Mungkin saya perlu perbaiki cara kerja saya sendiri. 

... dan setelah saya baca panduan jobdirumah... telahan saya tepat sekali. Ada banyak perkara sebenarnya yang saya masih tak tau, tetapi telah pun diterangkan di dalam panduan ini. 

Sebab tu, sekarang ini, saya tak rasa menyesal dan bersyukur kerana satu masa dulu, saya diizinkan untuk memiliki dan membaca panduan buat duit dari rumah ini. 

[klik sini untuk dapatkan panduan jobdirumah]  

Buat Duit Online Dengan Jobdirumah

Sambungan artikel sebelum ini, iaitu cara buat duit dengan jobdirumah. Pertama sekali, saya nak tegaskan, sebenarnya tak mustahil untuk anda berjaya hasilkan pendapatan menerusi program yang diperkenalkan oleh syarikat Kliks Solution ini. 

Mungkin anda tak akan jadi kaya. 

Namun tak bermakna anda tak akan dapat jana sebarang income.

Bekerja dari rumah, tak sama dengan berniaga dari rumah. Dalam program jobdirumah ini, anda dikehendaki untuk bekerja. 

Tak jauh beza dengan anda perlu bekerja dengan bos anda di pejabat. Yang memberi kelainan hanyalah dari segi lokasi dimana anda akan melakukan kerja-kerja anda. 

Sekarang dah canggih. 

Untuk kerja-kerja kerani, key in borang, data entry dan sebagainya, sebenarnya anda hanya perlukan komputer dan sambungan internet sahaja untuk buat kerja-kerja tu. 

Komputer di perlukan untuk anda selesaikan kerja. 

Manakala internet diperlukan sewaktu anda nak submit hasil kerja anda tu nanti. 

Jadi, anda sebenarnya boleh bekerja dari mana-mana lokasi yang anda suka. Asalkan anda ada dua peralatan yang diperlukan ni.

Sama ada nak bekerja di cyber cafe, di library dan sebagainya. Untungnya, bila anda bekerja dari rumah, menerusi program jobdirumah, anda boleh bekerja dengan beribu-ribu majikan dalam satu-satu masa.

Tak terhad hanya pada satu majikan.

Ini semua bukan sesuatu yang mustahil menerusi program jobdirumah

Jika anda tak gemar dengan cara kerja majikan A, anda boleh PECAT majikan tersebut. 

Ah... satu down, ada beribu-ribu lagi majikan yang sentiasa bersedia nak beri anda kerja. 

Cuba bandingkan dengan suasana bekerja yang anda perlu lalui bila bekerja di ofis. Kalau anda tak suka dengan bos atau orang atasan, apa pilihan yang anda ada?

Kadang-kadang tu... tak ada pilihan. 

Anda perlu bersabar, bersabar dan terus bersabar. 

Situasi ini, dah tentu jauh beza jika anda bekerja hanya dari rumah. 

Tanpa pengawasan dan arahan dari pihak atasan, anda bebas untuk bekerja sendiri, dan anda juga bebas nak bekerja sambil berniaga

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...