Jumaat, 29 April 2016
Cara Mudah menyediakan Kertas kerja perniagaan
"Berapa ramai pembaca dan pelawat blog ni yang tau macam mana cara-cara nak tulis kertas kerja perniagaan sendiri?"
Ada tak?
Kalau saya dapat tugasan untuk tulis kertas kerja perniagaan dari ZERO, memang saya terpaksa surrender. Saya menyerah kalah je la. Ingat senang ke nak sediakan kertas kerja yang lengkap, padat, mantap dan mempunyai semua info-info yang diperlukan didalamnya.
Saya sendiri, kalau tak ada contoh-contoh kertas kerja dari perniagaan terdahulu, memang garu kepala. Tak tau apa nak tulis.
Saya pernah dapat tugasan untuk menulis kertas kerja tentang bisnes kolam ikan atau bisnes penternakan ikan, tetapi contoh kertas kerja yang ada kat tangan saya, adalah kertas kerja tentang bisnes pembekalan susu di restoran-restoran.
Pernah juga pada satu masa tu, saya perlu sediakan kertas kerja tentang perniagaan yang syarikat sedang jalankan, which is dalam bidang training and consultancy, tetapi saya tak ada contoh yang sesuai untuk saya kaji.
Memang susah la. Garu kepala, garu peha, habis semua tempat yang tak gatal terpaksa digaru. Saja nak buang masa punya hal...
Bisnes berasaskan training ni dah tentu ia sedikit berbeza. Dari segi keperluan perniagaan, bahan mentah (eh ada ke kena ada bahan mentah) dan sebagainya sangat berbeza. Lebih-lebih lagi pada waktu tu, syarikat training yang saya bekerja dulu memang tak ada sebarang ruang pejabat untuk dijalankan training.
Konsep kita dulu lebih kepada orang tengah.
Bila ada klien, masa tu la baru kita cari tempat (biasanya tempat latihan dijalankan di tempat klien sendiri), buku-buku rujukan, file dan sebagainya. Itu pun kos ini diambil daripada yuran penyertaan yang dikutip siap-siap. Punyalah tak ada duit company tu.
Company baru kot... memang faham-faham je la kalau tak ada duit.
Sebab tu, pada satu tahap, bila pihak majikan ingin besarkan lagi operasi, macam mana pun kita perlu yakinkan pembiaya untuk suntik modal dalam perniagaan syarikat.
Maka pada waktu tu, kita perlu ada Pelan Perniagaan, atau Kertas Kerja Perniagaan. Fungsinya adalah untuk menceritakan secara menyeluruh, lengkap dan komprehensif mengenai apa perniagaan yang kami sedang jalankan.
Bukan itu sahaja, kertas kerja tersebut juga perlulah menyakinkan supaya pihak yang membaca berminat untuk tanam modal.
Ha... nampak kan, betapa besarnya fungsi yang dimainkan oleh kertas kerja ni. Bukannya remeh-temeh punya tau.
Sebelum anda fikir nak upah someone untuk buatkan kertas kerja perniagaan untuk anda, baik anda tengok dulu laman web ni.
Laman web ni pastinya akan menjimatkan beratus-ratus RM duit anda. Sebabnya kat situ ada bermacam-macam perniagaan yang anda boleh jadikan contoh, jika anda perlu sediakan kertas kerja.
Cakap je anda perlukan kertas kerja untuk bisnes apa. Semuanya ada kat situ. Oh mungkin kalau bisnes anda dalam bidang oil and gas, ia tak ada kat situ ho ho
Tapi kalau untuk bisnes yang common, saya rasa anda mesti dapat cari bidang anda kat laman web ini.
Kalau ada yang berkenan, tunggu apa lagi? Download la... oh dalam kes ni anda mungkin tak boleh nak download, tapi anda boleh dapatkan CD yang mengandungi kertas kerja peniagaan tu dari pihak admin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan