Jumaat, 16 Mei 2014

Buat Duit Tanpa Modal Dengan 8Share

Sebenarnya ramai yang dah tahu tentang laman web 8share dan potensinya untuk bantu kita jana pendapatan yang lumayan setiap bulan... 

Tapi sayang... 

Berapa kerat sangat yang nak buat dengan serius. 

Ada pun buat acuh tak acuh. 

Saya pun macam tu jugak.

Semalam masa saya login, tengok-tengok dah ada RM30.20 earning dalam akaun 8share. 


Tinggal beberapa ringgit je lagi nak bagi cukup RM50 sebagai syarat minimum untuk cash out. 

In Shaa Allah, saya cuba untuk pulun dalam masa beberapa hari ni untuk cuba target. 

Sebenarnya saya pun tak ada pengalaman cash out lagi 8share ni. 

Kalau ikutkan, earning tu pun saya dah kumpul dari tahun lepas. Kemudian berhenti promot sekejap.

Berhenti pun sebab ada kekeliruan dengan sistem 8share. 

Sekarang ni dah mula faham dan dah boleh back on track. Kalau anda masih lagi berbelah bahagi dan masih lagi tak tau nak buat apa untuk buat duit tanpa modal, jom join 8share.

Buat perlahan-lahan pun tak apa. 

Tak perlu nak rushing. 

Kadang-kadang ni, kita kena rileks bila buat duit online. Tak perlu nak ada tekanan yang tak perlu ni. 

Enjoy the game, enjoy the result. 

  

Pentingnya Ejaan Nama Yang Betul Pada Tiket Air Asia

Pernah naik flight Air Asia?

Kalau anda pernah naik flight Air Asia, anda mesti tahu yang Air Asia ini tidak mengeluarkan sebarang tiket penerbangan.

Konsep Air Asia ialah ticketless Airlines. 

Anda boleh check in hanya dengan menggunakan passport ataupun kad pengenalan untuk penerbangan domestik. 

Apa yang anda perlu lakukan setelah berjaya membuat tempahan penerbangan bersama Air Asia adalah untuk mencetak boarding pass.

Pada boarding pass ini lah akan tercatat nama anda dan maklumat penerbangan anda. 

Semuanya anda boleh buat sendiri. 

Kalau anda tertinggal boarding pass pun tak ada masalah. Asalkan anda ingat nombor tempahan, itupun dah cukup baik. 

Jadi, macam mana cara pihak pengurusan Air Asia mengenal pasti sama ada anda adalah penumpang sebenar untuk penerbangan tertentu? 

Jawapannya ialah menerusi maklumat yang tertera pada kad pengenalan atau dokumen perjalanan anda. 

Paling utama ialah nama. 

Anda perlu pastikan nama anda sama, dari segi ejaan, dan susunan seperti yang tertera dalam dokumen perjalanan anda dan juga pada boarding pass

Kalau tak sama? 

Anda akan ada masalah. Kalau ejaan tak sama, bermakna anda akan dikira sebagai orang yang berbeza... melainkan anda dapat buktikan yang kelainan tersebut berpunca daripada kesalahan ejaan dan sebagainya. 

Hati-hati. 

Semasa saya bekerja sebagai customer support dulu, ada beberapa kes, pelanggan terpaksa beli tiket baru, disebabkan oleh kesalahan ejaan

Adakalanya kesalahan ejaan tersebut dah jatuh dalam kategori melampau dan tak masuk akal. 

Sebagai contoh, mereka masukkan nama samaran, (alias) ataupun nama glamor. 

Sedangkan dalam terma dan syarat Air Asia itu sendiri dah pun dimaklumkan bahawa untuk nama perlu tulis dengan nama sebenar dan pastikan sama dengan nama yang tertera pada passport

Tapi tetap ada kes-kes terpencil yang tak nak dengar cakap... 

Bila tiket dah kena reject, nak gaduh pun tak guna. 

Nak tak nak, terpaksa la anda beli baru. 

Namun sebelum anda beli baru, apa kata anda cuba langkah-langkah berikut untuk tukar nama dan ejaan pada tempahan asal anda. 

Langkah pertama, baca entri ni dulu panduan melakukan pembetulan ejaan nama pada tiket penerbangan Air Asia

Langkah kedua, isikan e-form dan nyatakan bahawa anda ingin buat pembetulan ejaan. 

Pastikan anda attach dokumen sekongan seperti kad pengenalan untuk penerbangan domestik dan juga kad pengenalan bagi penerbangan antarabangsa. 

Langkah ketiga, selepas anda tekan butang send, hubungi pihak pengurusan sama ada menerusi FB, twitter ataupun live chat. Pastikan mereka ada respons dan maklum bahawa anda ada hantar request menerusi eform. 

Kalau nak puas hati, buat semua sekali. 

Kemudian tunggu lah mereka buat kerja mereka. 

Penting untuk selalu follow up. 

Manalah tahu tiba-tiba tak dibenarkan buat pembetulan ejaan, dan anda terpaksa buat tempahan yang baru. 

At least anda tahu, dan ada masa untuk buat tempahan lain. 

So lepas ni, hati-hati semasa buat tempahan dan jangan sampai tersalah eja nama semasa buat tempahan. 


  

 

Kadar Panggilan dan SMS Rangkaian Tone Excel

Saya merupakan pengguna simkad tone excel. 

Sekarang ni saya ada dua nombor. Satu untuk kegunaan bisnes, manakala satu lagi untuk kegunaan personal. 

Yang untuk kegunaan bisnes, saya masukkan dengan simkad tone excel. 

Bisnes online ni kadang-kadang ada customer yang lebih suka call/sms. 

Jadi nak tak nak memang kena beri nombor telefon. Almaklumlah, setengah customer ni dia tak biasa berurusniaga dengan kita. 

Bila yang tak biasa ni, sebelum mereka betul-betul yakin nak beri duit pada kita, dia nak beramah mesra terlebih dahulu.

Nak kenal-kenal, nak tanya itu ini. Kadang-kadang bukan mereka tak tau jawapan untuk soalan yang ditanyakan tu, tapi lebih kepada nak tengok macam mana cara kita jawab soalan yang ditanyakan. 

Kadar panggilan untuk pengguna rangkaian tone excel ialah RM0.28 atau 28 sen untuk seminit. 

Manakala untuk sms, cajnya ialah RM0.10

Caj tersebut adalah sama ke seluruh rangkaian. 

Maklumat lanjut tentang kos penggunaan boleh rujuk laman web ini. 

Tone excel tak menawarkan kos penggunaan paling rendah.

Jika anda pilih tone excel sebab nak murah, anda silap. Anda tak akan dapat servis yang murah-murah macam yang anda harapkan. 

Tetapi, kalau anda inginkan kelebihan lain daripada yang lain, maka tone excel boleh sediakan untuk anda. 

Contohnya macam dari segi topup. 

Bila anda topup RM30, anda akan dapat free airtime RM10. 

Manakala bila anda topup RM50, anda akan dapat percuma kredit bernilai RM20. 

Ya

Memang caj penggunaan tone excel sedikit mahal berbanding telco lain. Namun sebagai ganti, mereka beri kredit percuma lebih banyak. 

Jika kita ambil kira faktor kredit percuma ini, jadinya ia tak banyak beza dengan lain-lain telco yang ada di pasaran.

Ini semua marketing style. 

Mana mungkin semua telco mesti kena ikut corak pemasaran dan pattern yang sama. 

Download ebook tentang buat duit dengan Tune Talk Tone Excel disini.


 

 

Belajar Tentang Kebersihan Mulut Bersama Lisa Surihani

Sejauh mana bersihnya mulut anda?

Nak dapatkan jawapan segera tanpa baca keseluruhan artikel ini? Buat semakan di pautan ini.

Jika kerjaya anda sehari-harian memerlukan anda banyak bercakap, sebagai contoh kerjaya sebagai seorang guru atau pendidik, maka kebersihan mulut ini adalah antara perkara yang anda perlu beri tekanan yang lebih. 

Apabila mulut anda bersih, maka anda akan terhindar daripada bau-bauan yang kurang menyenangkan. 



bau yang macam mana... anda sendiri tau. 

Bukan sahaja anda bakal buatkan orang disekeliling anda rasa tak selesa, malahan, anda sendiri akan rasa tak selesa. 

Mulut yang berbau adalah salah satu tanda ada masalah kebersihan. 

Mungkin ada sisa makanan yang terlekat dicelah-celah gigi. 

Proses pencernaan makanan berlaku kali pertama adalah di mulut. 

Air liur kita bertindak sebagai agen pencernaan makanan tersebut kepada bentuk yang lebih ringkas dan mudah dihadam oleh perut untuk dijadikan tenaga. 

Proses pencernaan tersebut membebaskan gas yang sedikit berbau. 

Bukan agen pencernaan sahaja yang berada di mulut. Bakteria pun ada juga. 

Boleh lihat iklan ubat gigi yang banyak di TV. 

Bakteria dalam mulut juga akan bertindak untuk mencernakan sisa makanan, yang mengakibatkan nafas berbau. 

Jadi, apa kata anda ikuti tips di pautan ini untuk mengetahui apa solusi bagi masalah tersebut. 

Klik sini untuk belajar dari Lisa Surihani  


Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Sumber pendapatan selepas bersara... ini merupakan salah satu topik yang jadi perbualan antara saya dan kawan-kawan.

Agak-agak lepas dah bersara nanti, mana nak dapat income ya. 

Memanglah orang kata, bila kita dah bersara ni, keperluan untuk perbelanjaan kita dah makin berkurang, ada banyak komitmen kewangan sebelum ini yang kita tak perlu nak bayar lagi sebab kita dah bersara. 

Antara yang dapat kita relate iailah seperti belanja untuk tujuan travel, contohnya macam tol, petrol dan parking. 

Kemudian belanja untuk makan di luar.

...dan banyak lagi. 

Untuk setengah orang, bila kita kata selepas bersara, apa yang terlintas di fikiran ialah pada waktu tu kita dah tua. Usia sekitar 55 tahun keatas. 

Hmm tak semestinya macam tu ya kawan. 

Saya nak tanyalah... anda tak teringin ke nak bersara awal? Kenapa mesti nak kena tunggu usia dah lanjut, baru nak bersara? 

Why not kita plan untuk bersara lebih awal berbanding usia yang diwajibkan untuk bersara

Itu yang kita nak bincangkan.

Jika kita bersara awal dari alam pekerjaan, apa dan dari mana agaknya kita akan dapatkan sumber pendapatan kita tu nanti?

Salah satu sumber yang boleh dijadikan punca pendapatan pada pandangan saya ialah menerusi program buat duit dari rumah Jobdirumah.

Program ini bukanlah sesuatu yang baru. 

Saya pasti anda pasti pernah dengar tentang program ini di mana-mana. 

Kita akan jadi seorang freelancer menerusi program ini. 

Buat kerja-kerja mudah seperti menaip dokumen, data entry, kerja-kerja penterjemahan, customer servis dan banyak lagi. 

Anda boleh lihat sendiri laman web jobdirumah untuk meneliti senarai kekosongan kerja yang ditawarkan.

Selain dari itu, selepas bersara, eloklah kiranya anda ceburkan diri dalam bidang perniagaan. 

Bidang perniagaan memang ada risikonya yang tersendiri. Namun, anda boleh pilih untuk cuba berniaga dalam perniagaan yang menawarkan risiko kerugian yang minimum. 

Sebagai contoh menerusi kaedah dropship. 

Kaedah dropship ni kan... bila difikirkan semula, sebenarnya ia tak banyak beza dengan kaedah orang-orang dulu berniaga. 

Satu masa dulu, orang berniaga hanya dengan berbekalkan katalog semata-mata. Bila bakal pembeli dah confirm nak beli produk tu, barulah si promoter tu tadi akan buat tempahan. 

Itu pun tempahan hanya dilakukan setelah bakal pembeli dan beri duit untuk bayaran. 

Selagi bayaran tak dibuat, selagi itu tak akan buat tempahan lagi. 

Cuma sekarang, mekanisme dan carta alir untuk perniagaan ini ada sedikit perubahan. 

Ada beberapa perkara yang nampaknya sedikit berbeza, namun ia tidaklah jauh beza. 

Jadi, untuk simpulkan topik perbincangan ini, selepas bersara nanti, anda bolehlah pertimbangkan untuk jadi freelancer yang bekerja hanya dari rumah dan sambil-sambil tu, boleh juga buat marketing menerusi kaedah dropship

Dua-dua ini merupakan proven sistem yang boleh hasilkan pendapatan dari rumah selepas anda bersara kelak.    

 

RM30.20 earning dari 8share

Salah satu daripada aktiviti harian yang kerap kali jugak saya terlepas pandang. 

Nak share iklan daripada 8share

Walaupun kerja dia mudah, tetapi bayaran dia agak lumayan. 

Ok ok ok.. 

RM0.20 untuk setiap klik yang disahkan oleh pihak 8share. 

Kira lumayan ke tidak korang rasa? Bagi saya, kalau nak bandingkan dengan kerja yang kita kena buat, semudah klik share je, itu dah cukup baik. 

Sekarang dah kumpul RM30.20 hasil daripada main share-share iklan. 



Ada lagi RM19.20 untuk genapkan jadi RM50... lepas tu dah boleh cash out. 

Oh bukan mudah rupenye nak dapatkan duit ni hhe

Mungkin sebab saya memang tak berapa hebat bermain dengan 8share ni. nampak gayanya ada banyak lagi skil bermain dengan iklan 8share yang saya masih tak tau. 

Dalam satu-satu masa, ada sekurang-kurangnya 5 - 7 kempen yang berjalan serentak. 

Sebenarnya kalau betul-betul terer, boleh dapat at least dalam RM50 ke RM70 dalam masa sehari je. 

Cis

Sama ada sekarang ni saya masih ada benda yang tak tau, ataupun strategi yang saya pakai ni tak cukup hebat. Nampak sangat nak kena buat post morterm lain lepas ni.  

Kalau korang terbaca post ni dan pada masa yang sama korang masih lagi belum join, meh la join. 

Tak kena bayar apa-apa pun, cuma lepas korang dah join tu kena lah rajin sikit, main share iklan. 

Korang yang akan dibayar nanti

Klik sini ---> untuk join sebagai ahli VIP 8 Share  

Hidup Bebas Hutang Sebagai Penulis Bebas

Perkataan bebas sememangnya beri makna yang sangat besar pada diri saya. 

Ya

Saya nak hidup bebas. 

Saya nak hidup bebas hutang. Saya nak kebebasan kewangan. Saya nak jadi penulis bebas. Saya nak jadi penceramah bebas. Saya nak jadi motivator dan fasilitator bebas. 

... dan banyak lagi. 

Apa-apa yang berkaitan dengan kebebasan, saya nak jadi. 

Selagi mana ia masih lagi dalam batas-batasan hidup beragama. Islam agamaku, dan ianya sudah tentu. 

Tak mustahil untuk hidup bebas daripada hutang hanya dengan menjadi seorang penulis. 

Satu cabaran yang masuk akal. Walaupun kelihatan agak sukar, namun tak mustahil untuk dilakukan.

Saya pernah bincangkan tentang rancangan ini sebelum ini diblog saya, iaitu dalam artikel berjudul hidup bebas hutang menerusi jalan penulisan.

Peluang untuk capai cita-cita tu ada. 

Semakin banyak saya menulis, semakin dekat saya dengan cita-cita tersebut. 

Moga-moga sentiasa diberi kekuatan untuk gapai. 

  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...