Memaparkan catatan dengan label buat duit tanpa modal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat duit tanpa modal. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Julai 2014

Tambah Duit Tanpa Modal

Saya tahu ramai yang nak cari duit lebih.

Ramai yang dah mula rasa, pendapatan sedia ada, tak mampu nak menampung kos perbelanjaan yang perlu ditanggung sekarang. 

Sebenarnya... bukan tak mampu langsung nak tampung, mampu. Cuma, nak hidup senang, dan selesa, mungkin masih lagi belum mencukupi. 

Kita ditekan dari kiri dan kanan. 

Bank, institusi perbankan. 

Bil-bil, internet, dan lain-lain lagi. 

Sana sini memerlukan duit. Banyak sangat perkara yang mengempiskan poket anda. 

Anda nak tambah duit, dan pada masa yang sama, anda tak mahu keluar modal langsung. 

Agak sukar permintaan sedemikian, namun ia bukan mustahil. 

Apa yang mustahil ialah, anda nak tambah duit, nak tingkatkan ekonomi keluarga, namun anda tak mahu usaha. 

Itu melampau. 

Macam mana nak tingkatkan pendapatan tanpa perlu keluarkan walau sesen modal pun?

Salah satu daripada idea yang saya pernah catatkan dalam entri berikut, mungkin berguna untuk anda. 

Klik: Bagaimana cara jana pendapatan tanpa modal pada tahun 2014 

Saya, masih lagi suka luangkan masa untuk bekerja dari rumah dan juga sertai program affiliate.

Program affiliate ini, kalau betul cara promosi yang kita buat, setakat nak dapat 2 - 3 sales dalam sehari bukan suatu yang mustahil.

Semua ini tanpa modal. 

Bukannya tanpa usaha. 

Anda jangan salah faham, tanpa modal dengan tanpa usaha tu, dua perkara yang berbeza tau. 
 

 

Jumaat, 16 Mei 2014

Buat Duit Tanpa Modal Dengan 8Share

Sebenarnya ramai yang dah tahu tentang laman web 8share dan potensinya untuk bantu kita jana pendapatan yang lumayan setiap bulan... 

Tapi sayang... 

Berapa kerat sangat yang nak buat dengan serius. 

Ada pun buat acuh tak acuh. 

Saya pun macam tu jugak.

Semalam masa saya login, tengok-tengok dah ada RM30.20 earning dalam akaun 8share. 


Tinggal beberapa ringgit je lagi nak bagi cukup RM50 sebagai syarat minimum untuk cash out. 

In Shaa Allah, saya cuba untuk pulun dalam masa beberapa hari ni untuk cuba target. 

Sebenarnya saya pun tak ada pengalaman cash out lagi 8share ni. 

Kalau ikutkan, earning tu pun saya dah kumpul dari tahun lepas. Kemudian berhenti promot sekejap.

Berhenti pun sebab ada kekeliruan dengan sistem 8share. 

Sekarang ni dah mula faham dan dah boleh back on track. Kalau anda masih lagi berbelah bahagi dan masih lagi tak tau nak buat apa untuk buat duit tanpa modal, jom join 8share.

Buat perlahan-lahan pun tak apa. 

Tak perlu nak rushing. 

Kadang-kadang ni, kita kena rileks bila buat duit online. Tak perlu nak ada tekanan yang tak perlu ni. 

Enjoy the game, enjoy the result. 

  

Sabtu, 26 April 2014

Serius ke nak buat duit tanpa modal?

Nak buat duit tanpa modal? 

Serius ke? Masih ramai lagi yang percaya benda-benda macam ni wujud ye rupanya. 

Kata salah seorang guru pemasaran saya, modal tak sepatutnya dilihat semata-mata dalam bentuk wang ringgit sahaja. 

Kerana modal itu juga dalam bentuk 

1. Masa

2. Kesihatan 

3. Kenalan

4. Kemahiran 

5. Personaliti 

6. Karekter 

7. Lokasi 

8. Jenama/nama 

...dan ada beberapa perkara lagi yang sendiri dah tak ingat. 

Jika anda ada ramai kenalan... mungkin dalam lingkungan 100,000 - 200,000 orang, amat mustahil untuk anda gagal menjualkan sesuatu kepada mereka. 

Daripada 200,000 orang yang kenal anda, pasti akan ada seorang atau dua yang berminat untuk membeli produk anda. 

Or at least produk yang anda promosikan.  

Jadi, bila kita kata pasal modal ini, jangan sempitkan konteks ia sekadar wang ringgit semata-mata. 

Andai anda rasa nak kumpul wang ringgit sebagai modal permulaan itu payah, mustahil dan susah, anda tukar fokus. 

Kali ini anda fokus untuk dapatkan ramai kenalan. 

Itupun satu modal yang baik. 

Bila anda ramai kenalan, maka akan lagi mudah anda dapat pelanggan. 

Anda kenal saya kan?

Minat tak nak pakai jam tangan flash RPM Speedometer? Klik link kat sebelah ni untuk lihat laman blog saya ya. 

Saya ada kongsikan tentang jam tangan FLASH RPM SPEEDOMETER tu. 

  

Isnin, 21 April 2014

Kesan Positif Daripada Aktiviti Backlinking

Nama je dah lama tulis blog... tapi benda ni, saya cukup malas nak buat. 

Benda yang saya maksudkan ini ialah backlinking sesama blog. 

Ye la... kalau nak harapkan orang lain yang bagi backlinking, bukan senang. Susah wooo

Artikel yang kita buat tu wajib menepati piawaian yang berbeza mengikut citarasa penulis blog yang berbeza tu jugak. 

Kadang kita rasa artikel yang kita buat tu macam bagus je, macam best je, tapi hampeh... 

Tak ada seorang pun yang nak link dengan artikel yang kita buat tu. 

Kalau nak tunggu jugak memang boleh, bukannya tak boleh... 

TETAPI... 

Nak tunggu sampai bila? 

Jadi, cara yang lebih mudah adalah kita buat backlinking sendiri. 

(dengan penuh hati-hati dan waspada) 

Jangan nampak sangatlah tujuannya tak lain dan tak bukan semata-mata nak buat back linking semata-mata. 

Alhamdulilah...

Ada dah kesannya. Saya dah nampak kesan positif hasil daripada backlinking sesama blog kepunyaan sendiri. 

Apehal entah dulu tak nampak. 

Cis 


See...

Saya dapat tarik 4 trafik

Hehe 

Mula-mula 4, mana tau lama-lama jadi 4,000. 

Oh ya, trafik dari blog ini, saya hantarkan ke blog satu lagi khusus buat mereka-mereka yang mencari peluang untuk buat duit tanpa modal pada tahun 2014 ini. 

Ada beberapa artikel yang sangat saya sarankan untuk kalian baca, iaitu 

1. Bagaimana cara jana pendapatan tanpa modal pada tahun 2014 

2. Review laman web EdyBiz- Easy do your business 

3. Review program buat duit menerusi laman web EdyClick

Tiga artikel ini menceritakan panduan dan bagaimana anda juga dapat buat duit tanpa perlu keluarkan modal walau sesen pun. 

Selamat mencuba ya... 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...