Memaparkan catatan dengan label salah ejaan pada tiket air asia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salah ejaan pada tiket air asia. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mei 2014

Pentingnya Ejaan Nama Yang Betul Pada Tiket Air Asia

Pernah naik flight Air Asia?

Kalau anda pernah naik flight Air Asia, anda mesti tahu yang Air Asia ini tidak mengeluarkan sebarang tiket penerbangan.

Konsep Air Asia ialah ticketless Airlines. 

Anda boleh check in hanya dengan menggunakan passport ataupun kad pengenalan untuk penerbangan domestik. 

Apa yang anda perlu lakukan setelah berjaya membuat tempahan penerbangan bersama Air Asia adalah untuk mencetak boarding pass.

Pada boarding pass ini lah akan tercatat nama anda dan maklumat penerbangan anda. 

Semuanya anda boleh buat sendiri. 

Kalau anda tertinggal boarding pass pun tak ada masalah. Asalkan anda ingat nombor tempahan, itupun dah cukup baik. 

Jadi, macam mana cara pihak pengurusan Air Asia mengenal pasti sama ada anda adalah penumpang sebenar untuk penerbangan tertentu? 

Jawapannya ialah menerusi maklumat yang tertera pada kad pengenalan atau dokumen perjalanan anda. 

Paling utama ialah nama. 

Anda perlu pastikan nama anda sama, dari segi ejaan, dan susunan seperti yang tertera dalam dokumen perjalanan anda dan juga pada boarding pass. 

Kalau tak sama? 

Anda akan ada masalah. Kalau ejaan tak sama, bermakna anda akan dikira sebagai orang yang berbeza... melainkan anda dapat buktikan yang kelainan tersebut berpunca daripada kesalahan ejaan dan sebagainya. 

Hati-hati. 

Semasa saya bekerja sebagai customer support dulu, ada beberapa kes, pelanggan terpaksa beli tiket baru, disebabkan oleh kesalahan ejaan. 

Adakalanya kesalahan ejaan tersebut dah jatuh dalam kategori melampau dan tak masuk akal. 

Sebagai contoh, mereka masukkan nama samaran, (alias) ataupun nama glamor. 

Sedangkan dalam terma dan syarat Air Asia itu sendiri dah pun dimaklumkan bahawa untuk nama perlu tulis dengan nama sebenar dan pastikan sama dengan nama yang tertera pada passport. 

Tapi tetap ada kes-kes terpencil yang tak nak dengar cakap... 

Bila tiket dah kena reject, nak gaduh pun tak guna. 

Nak tak nak, terpaksa la anda beli baru. 

Namun sebelum anda beli baru, apa kata anda cuba langkah-langkah berikut untuk tukar nama dan ejaan pada tempahan asal anda. 

Langkah pertama, baca entri ni dulu panduan melakukan pembetulan ejaan nama pada tiket penerbangan Air Asia. 

Langkah kedua, isikan e-form dan nyatakan bahawa anda ingin buat pembetulan ejaan. 

Pastikan anda attach dokumen sekongan seperti kad pengenalan untuk penerbangan domestik dan juga kad pengenalan bagi penerbangan antarabangsa. 

Langkah ketiga, selepas anda tekan butang send, hubungi pihak pengurusan sama ada menerusi FB, twitter ataupun live chat. Pastikan mereka ada respons dan maklum bahawa anda ada hantar request menerusi eform. 

Kalau nak puas hati, buat semua sekali. 

Kemudian tunggu lah mereka buat kerja mereka. 

Penting untuk selalu follow up. 

Manalah tahu tiba-tiba tak dibenarkan buat pembetulan ejaan, dan anda terpaksa buat tempahan yang baru. 

At least anda tahu, dan ada masa untuk buat tempahan lain. 

So lepas ni, hati-hati semasa buat tempahan dan jangan sampai tersalah eja nama semasa buat tempahan. 


  

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...