Isnin, 7 Mei 2018

Pelbagai contoh kedai online dan penerangan ringkas


Dalam kepala ni, ada macam-macam plan dan idea untuk buat duit online. Antara projek nak buat duit online, yang saya pernah buat dan terbukti mampu untuk sumbangkan pendapatan adalah projek kedai online.


Bila sebut tentang kedai online ni pulak, kita ada beberapa konsep yang boleh digunakan. Antaranya 


Kedai online di Media Sosial 

Saya rasa, ini mungkin kedai online yang paling ringkas dan yang paling senang nak buat. Kita hanya perlu cipta satu album gambar di media sosial milik kita, dan lepas tu hanya perlu upload gambar-gambar produk yang kita nak jual tu. 


Katakanlah dalam banyak-banyak produk yang boleh dijual tu, anda pilih nak menjual tudung. Mungkin sebab kawan-kawan ramai yang bertudung, dan lepas anda buat survey, ramai yang berminat nak support bisnes anda kalau anda jual produk yang memang mereka pakai. 


Sambil-sambil update status di media sosial tu, bolehlah selitkan sama upload gambar produk yang anda jual. Manalah tahu, daripada tugasan dan kerja-kerja yang mudah tu, ada rezeki, ada yang beli dari anda. 

Isnin, 30 April 2018

Panduan jadi Jutawan untuk pengusaha Bisnes Homestay. Download segera!


Ada berita baik buat para pemilik bisnes homestay dan juga mereka yang bercita-cita nak mulakan bisnes homestay mereka sendiri. 


Pihak klikjer, telahpun menerbitkan ebook yang anda boleh jadikan panduan, yang diberi nama Jutawan Homestay. 




Panduan ini ditulis oleh seorang pengusaha bisnes homestay yang telah berpengalaman luas dalam bidang perniagaan homestay ini. 


Bagi yang berminat nak baca panduan ni, bolehlah pergi ke halaman ini untuk muat turun sekarang.


Buat duit dengan menyertai program hosting Airbnb 

Menariknya, dalam panduan ini, penulis juga ada kongsikan tentang kaedah untuk buat duit dengan Airbnb.

Selasa, 17 April 2018

Bagus ke bercuti menggunakan Travel Credit dari Airbnb?


Dalam posting lepas, saya ada cerita serba sedikit tentang percutian saya di Port Dickson.


Alhamdulillah, ada duit lebih sikit, beranilah pergi bercuti. Sambil-sambil tu, dapatlah saya peluang untuk dapatkan konten untuk dimuatkan dalam blog saya, yang saya bina khusus untuk cerita tentang topik percutian. 


Kalau ada yang terasa minat nak baca, boleh baca disini. 

Klik untuk baca

1. Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson 

2. Pantai Cahaya Negeri - Pantai POPULAR dan menjadi tumpuan pengunjung


Sebelum-sebelum ini, kalau nak pergi Port Dickson, biasanya saya hanya akan balik hari. Pergi awal pagi, kemudian sebelum gelap dah bertolak balik ke rumah. 


Perjalanan pun tak begitu lama, lebih kurang 1 - 2 jam, bergantung kepada traffic condition. 


Bila berpiknik di Port Dickson pula, memang tak pilih tempat lain. Selalunya akan cari port di Pantai Teluk Kemang. 


Kenapa pilih pantai tu? 


Dah tu je satu-satunya pantai yang saya tahu. Waktu dulu, memang langsung tak ada inisiatif nak buat kerja-kerja eksplorasi ni. 


Bila nampak tempat tu macam ramai orang, nampak macam ok... terus pilih je la tempat tu. No question ask. 


Walhal, ada banyak lagi pantai-pantai menarik yang terdapat di Port Dickson.   



Contoh macam kat atas ni. Ini di Pantai Cahaya Negeri. Airnya jernih. 


Kalau nak bandingkan dengan pantai-pantai lain, yang terdapat di Selangor misalnya, pantai Cahaya Negeri ini berkali ganda lebih jernih airnya. 


Khamis, 5 April 2018

Seronok ke bercuti 3 hari 2 malam ke Port Dickson


Saya rasa, salah satu kelebihan tinggal di Kuala Lumpur ni ialah, dari segi kedudukannya yang strategik dan tak begitu jauh dari tempat-tempat peranginan yang banyak terdapat di Malaysia. 


Bagi yang sukakan kawasan rekreasi macam sungai dan air terjun, ada banyak tempat sedemikian di sekitar Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Tak susah kalau nak cari tempat-tempat seperti itu. 

Baca juga: Pengalaman camping tepi sungai di Hutan Lipur Sungai Tua, Taman Negeri Selangor


Kemudian, kalau nak cerita tentang tempat peranginan yang ada pantai, pun banyak pilihan yang kita boleh pergi. 


Kalau sebelum ini, saya lebih kerap pergi beriadah di Pantai Morib. Namun kali ini, oleh sebab saya dah mula jatuh hati dengan Pantai Port Dickson, saya rancang untuk explore lebih banyak tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Port Dickson. 

 

Memandu dari KL ke PD tak lama mana. 


Kalau bertolak awal pagi, selepas subuh terus keluar rumah, trafik memang sangat lancar. 


Dalam masa lebih kurang satu jam atau kurang dari itu, dah boleh sampai di PD. 


Selasa, 3 April 2018

Apa yang saya belajar dari buku Tip Jana Wang Dari Rumah


Tahun 2018 ni, saya mula perasan yang saya mula dihinggapi dengan penyakit "writer's block". 


Sebelum ni, pun biasa ada penyakit ni. Tapi, rasanya tahun ni makin menjadi-jadi pulak rasanya. 


Saya ingatkan, kalau saya pilih bidang kerja yang memang saya suka nak buat, saya akan jadi lebih rajin dan produktif. Tapi rupanya, hakikatnya tak macam tu. 


Boleh je terjadi, walaupun kerja yang kita pilih tu, memang benda yang kita minat, sampai satu masa, kita akan kehilangan jiwa untuk buat benda tu. 


Baru-baru ni, saya baca sebuah buku yang tajuknya Tip Jana Wang Dari Rumah yang ditulis oleh Rizal Abdul Rashid.


Saya rasa, lepas baca buku ni, saya mula dapat satu pengajaran yang baru. Lazimnya, kita memilih sesuatu pekerjaan, ataupun membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan tertentu, sebab kita minat dengan benda tu. 


Tapi minat semata-mata masih tak cukup. 


Rabu, 3 Januari 2018

Tahun baru 2018 dan apa benda BARU yang menarik?


Selamat tahun baru 2018! 


Artikel ni merupakan catatan saya yang pertama dalam blog ini bagi tahun 2018. Fuh, kejap je masa berlalu. 


Terasa macam baru semalam mendaftar masuk ke darjah satu. Tak sangka, rupa-rupanya dah hampir 23 tahun peristiwa tersebut berlaku. 


Awal-awal tahun baru, macam biasalah... kita akan dihujani dengan macam-macam berita tentang adik-adik kita yang baru nak mula melangkah ke alam persekolahan. 


Saya rasa, berita tentang kaki tersepit dalam mangkuk tandas ni, antara berita yang paling kerap saya baca. 


Sumber berita adalah dari laman sesawang berita harian


Saya yang baca ni pun rasa... macam mana boleh jadi macam ni?

Khamis, 9 November 2017

Kedai bukak tak hari ni?


Kadang-kadang, saya rasa agak susah nak berurusan dengan bisnes yang taukenya orang melayu. Nak tau susah dari segi apa? 


Susah sebab kita tak tau, sama ada hari tu, kedai dia bukak atau tak... 


Mujurlah sekarang ni, ada teknologi. Sebelum nak terus terjah datang ke kedai dia, kita boleh telefon dulu. Tak pun hantar mesej dulu. Tak kiralah sama ada nak whatsapp ke, SMS ke atau PM kat FB dulu. 


Kalau ada dapat jawapan, yang dia memang bukak pada hari tu... ok... baru boleh pergi kedai dia. 


Mungkin ramai yang tak tau, inilah dia sebenarnya cabaran apabila berniaga sendiri. Tak kiralah sama ada berniaga kedai runcit, bukak kedai gunting rambut, buat bisnes dobi dan sebagainya. 

"Minat nak download contoh kertas kerja bisnes dobi, kedai runcit dan salun kecantikkan? Sila klik sini sekarang untuk muat turun"


Bisnes yang ada kedai untuk beroperasi manalah sama dengan bisnes yang kita boleh jalankan secara online sahaja.


Kalau bisnes online, kita boleh tinggal-tinggalkan. Lagipun kita tau, bisnes online ni sentiasa bukak 24 jam setiap hari. Cuma kena pastikan, laman web kita tak down. 


Ini salah satu kedai online saya. Anda boleh klik sini untuk lihat kedai online saya. 


Dengan adanya kedai online macam saya tu, sedikit sebanyak saya rasa tak begitu bimbang kalau nak ambil cuti lama. Saya percaya, setiap hari pasti akan ada orang yang akan datang ke kedai online tersebut dan beli sesuatu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...