Selasa, 17 April 2018
Bagus ke bercuti menggunakan Travel Credit dari Airbnb?
Dalam posting lepas, saya ada cerita serba sedikit tentang percutian saya di Port Dickson.
Alhamdulillah, ada duit lebih sikit, beranilah pergi bercuti. Sambil-sambil tu, dapatlah saya peluang untuk dapatkan konten untuk dimuatkan dalam blog saya, yang saya bina khusus untuk cerita tentang topik percutian.
Kalau ada yang terasa minat nak baca, boleh baca disini.
Klik untuk baca
1. Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson
2. Pantai Cahaya Negeri - Pantai POPULAR dan menjadi tumpuan pengunjung
Sebelum-sebelum ini, kalau nak pergi Port Dickson, biasanya saya hanya akan balik hari. Pergi awal pagi, kemudian sebelum gelap dah bertolak balik ke rumah.
Perjalanan pun tak begitu lama, lebih kurang 1 - 2 jam, bergantung kepada traffic condition.
Bila berpiknik di Port Dickson pula, memang tak pilih tempat lain. Selalunya akan cari port di Pantai Teluk Kemang.
Kenapa pilih pantai tu?
Dah tu je satu-satunya pantai yang saya tahu. Waktu dulu, memang langsung tak ada inisiatif nak buat kerja-kerja eksplorasi ni.
Bila nampak tempat tu macam ramai orang, nampak macam ok... terus pilih je la tempat tu. No question ask.
Walhal, ada banyak lagi pantai-pantai menarik yang terdapat di Port Dickson.
Contoh macam kat atas ni. Ini di Pantai Cahaya Negeri. Airnya jernih.
Kalau nak bandingkan dengan pantai-pantai lain, yang terdapat di Selangor misalnya, pantai Cahaya Negeri ini berkali ganda lebih jernih airnya.
No wonder dekat Port Dickson ini, ada lebih banyak resort dan hotel yang dibina.
Dulu, saya tak berani nak check in dekat hotel atau resort, sebab bimbang kosnya akan jadi sangat mahal. Sedikit sebanyak, terasa sayang nak keluar duit, untuk dihabiskan begitu sahaja.
Dalam kepala masih duk fikir, alah rumah tak jauh mana... daripada habiskan untuk bayar hotel, baik tidur kat rumah je.
Sekarang ni, persepsi saya mula berubah.
Selepas saya dah pandai guna laman web Airbnb ni, dan buat tempahan menggunakan Travel Credit Airbnb, saya lebih suka kalau dapat bermalam dekat mana-mana tempat percutian yang saya kunjungi. Anda boleh dapatkan Travel Credit Airbnb disini.
Lagi satu, sekarang ni saya dah mula develop satu tabiat baru.
Kalau boleh, bila nak pergi bercuti tu, saya nak luangkan masa at least 2 malam dekat tempat tu. Itu sebabnya, bila saya ada peluang pergi bercuti ke Cameron Highland sebelum ni, saya pilih untuk menginap dua malam di situ.
Sebelum ni, bukannya tak pernah bercuti kat tempat tu, memang pernah.
Boleh je stay cuma satu malam.
Cuma sekarang ni je, saya lebih suka kalau dapat duduk situ at least dua malam.
Agaknya inilah salah satu petanda yang saya ni makin tua dah. Dulu memang tak kisah sangat kalau kena drive lama-lama, tapi sekarang ni... saya akui... memang terasa penatnya.
Bayangkan situasi ni.
Hari pertama, drive lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Cameron. Lepas tu check in.
Hari kedua, lepas bangun tidur tu, kena bergegas dan kemas apa-apa yang patut untuk pergi melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highland.
Dah penat, kena sambung pulak drive 4 jam untuk balik.
Bukan tak larat, cuma kalau boleh, saya tak nak lalui lagi pengalaman macam tu. Bila pergi bercuti, saya nak betul-betul rileks.
Tak nak tergesa-gesa. Bila ada dua malam, at least, hari kedua tu, lepas bangun dari tidur, masih boleh bermalas-malasan ataupun rehat-rehat di homestay, guesthouse ataupun hotel.
Cakap tentang Travel Credit dari Airbnb ni, sebenarnya sekarang ni, ada banyak homestay, guesthouse, resort dan juga hotel yang boleh disewa menerusi sistem Airbnb.
Bila ada banyak pilihan, harga pun jadi lebih kompetitif. Ada yang mahal dan ada yang murah. Terpulang pada pilihan dan keperluan masing-masing.
Kalau anda rasa harganya macam mahal sangat, boleh gunakan sahaja Travel Credit. Ia boleh berfungsi seperti diskaun voucher yang akan menjadikan tempahan anda jadi lebih murah.
Jadi, bagus ke tak kalau dapat guna Travel Credit ni? Pada saya, ianya SANGAT BAGUS.
Bagi yang masih belum pernah dapat Travel Credit ni, anda boleh redeem menerusi pautan ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan