Isnin, 7 Mei 2018
Pelbagai contoh kedai online dan penerangan ringkas
Dalam kepala ni, ada macam-macam plan dan idea untuk buat duit online. Antara projek nak buat duit online, yang saya pernah buat dan terbukti mampu untuk sumbangkan pendapatan adalah projek kedai online.
Bila sebut tentang kedai online ni pulak, kita ada beberapa konsep yang boleh digunakan. Antaranya
Kedai online di Media Sosial
Saya rasa, ini mungkin kedai online yang paling ringkas dan yang paling senang nak buat. Kita hanya perlu cipta satu album gambar di media sosial milik kita, dan lepas tu hanya perlu upload gambar-gambar produk yang kita nak jual tu.
Katakanlah dalam banyak-banyak produk yang boleh dijual tu, anda pilih nak menjual tudung. Mungkin sebab kawan-kawan ramai yang bertudung, dan lepas anda buat survey, ramai yang berminat nak support bisnes anda kalau anda jual produk yang memang mereka pakai.
Sambil-sambil update status di media sosial tu, bolehlah selitkan sama upload gambar produk yang anda jual. Manalah tahu, daripada tugasan dan kerja-kerja yang mudah tu, ada rezeki, ada yang beli dari anda.
Alang-alang dah sebut pasal bisnes tudung ni, mungkin anda minat nak ketahui dengan lebih lanjut. Justeru bolehlah terus ke halaman ini. Ada banyak rahsia-rahsia tentang bisnes tudung yang anda boleh pelajari disitu.
Kedai online menggunakan laman web ecommerce
Kalau anda tak tau, macam mana rupa laman web ecommerce ni, anda boleh lihat contoh laman web Lazada Malaysia.
Kalau dalam konsep ecommerce ni, kita boleh lihat dalam satu laman web ada macam-macam produk yang dijual. Muka ada beratus-ratus produk dan boleh jadi jumlahnya boleh sampai beribu-ribu produk.
Ada ke yang sanggup kira, dekat Lazada tu ada berapa ribu produk?
Cuba bayangkan, kalau anda ada laman web ecommerce macam lazada, lepas tu ada beribu-ribu produk pulak tu. Kemudian setiap hari, sekurang-kurangnya mesti terjual lebih 1,000 produk! Wah... kaya... kaya... kaya...
Kedai online menggunakan blog membentuk blogshop
Blogshop pun ok. Malahan, dalam sedar tak sedar, rupa-rupanya saya dah menggunakan kaedah blogshop sejak dari dulu lagi.
Dalam kaedah blogshop ni, kita tulis je blog macam biasa. Sambil-sambil tu, kita selit sikit review, pandangan, atau mungkin cerita serba sedikit tentang produk yang kita nak promosikan tu.
Bila blog ada pembaca, dan ada rezeki, pasti akan ada dalam ramai-ramai pembaca blog kita tu yang akan beli produk yang kita promosikan.
Kedai online dalam bentuk minisite
Kedai online yang menggunakan minisite ni, lebih sesuai kalau anda hanya menjual satu produk sahaja. Biasanya, kalau apa yang saya perhatikan kat Malaysia ni la kan, orang yang guna minisite adalah terdiri daripada mereka yang jual ebook.
Saya ambil contoh ebook Panduan jadi jutawan untuk Pengusaha Bisnes Homestay.
Bila cuma jual satu produk, dan memang pemilik laman web ni nak jual produk ni sahaja, maka konsep minisite lebih sesuai digunakan.
Keseluruhan kandungan website tu juga, fokusnya adalah semata-mata untuk jual ebook itu sahaja. Setiap ayat disusun dengan sebaik mungkin bagi menyakinkan pembaca untuk bertindak lalu membeli ebook yang dijual.
Kalau anda pemilik bisnes homestay, juga boleh dapatkan panduan tersebut. Linknya ada disini.
Baiklah, itu yang saya dapat kongsikan tentang pelbagai konsep kedai online. Ada yang saya sebutkan tu, langsung tak memerlukan anda untuk keluar modal.
Justeru, apa lagi yang menghalang anda untuk bertindak dan memiliki kedai online anda sendiri?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan