Saya rasa, salah satu kelebihan tinggal di Kuala Lumpur ni ialah, dari segi kedudukannya yang strategik dan tak begitu jauh dari tempat-tempat peranginan yang banyak terdapat di Malaysia.
Bagi yang sukakan kawasan rekreasi macam sungai dan air terjun, ada banyak tempat sedemikian di sekitar Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Tak susah kalau nak cari tempat-tempat seperti itu.
Baca juga: Pengalaman camping tepi sungai di Hutan Lipur Sungai Tua, Taman Negeri Selangor
Kemudian, kalau nak cerita tentang tempat peranginan yang ada pantai, pun banyak pilihan yang kita boleh pergi.
Kalau sebelum ini, saya lebih kerap pergi beriadah di Pantai Morib. Namun kali ini, oleh sebab saya dah mula jatuh hati dengan Pantai Port Dickson, saya rancang untuk explore lebih banyak tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Port Dickson.

Memandu dari KL ke PD tak lama mana.
Kalau bertolak awal pagi, selepas subuh terus keluar rumah, trafik memang sangat lancar.
Dalam masa lebih kurang satu jam atau kurang dari itu, dah boleh sampai di PD.
Sebenarnya, bagi mereka yang tinggal di KL macam saya, kalau setakat nak beriadah atau piknik di Port Dickson, kalau nak balik hari pun tak ada masalah.
Cuma sejak akhir-akhir ini, bila saya tahu yang kita boleh guna travel credit Airbnb untuk buat tempahan tempat penginapan, saya lebih suka kalau dapat lepak lama-lama di sesuatu tempat.
Kalau masih belum pernah dengar tentang Airbnb, saya syorkan anda pergi ke halaman ini dan dapatkan Travel Credit anda sekarang.
Saya selalu juga buka laman web Airbnb.
Kadang-kadang tu saja-saja buka, nak tengok tempat-tempat penginapan yang menarik yang ada di sesuatu tempat.
Oleh sebab kita tengah bercerita tentang Port Dickson sekarang ni, saya nak share pasal Port Dickson sahaja dulu.
Cuba tengok screenshot kat bawah ni dulu.

Setakat ini, ada 815 tempat yang anda boleh pilih untuk menginap. Dari kesemua 815 tempat penginapan yang ada di Port Dickson ni, bukannya semua mahal.
Ada juga yang murah.
Murah tu memang subjektif. Tapi bagi saya, kalau kos untuk menginap adalah sekitar RM100 - RM200, itu masih boleh dikira murah lagi.
Lagipun, kan ada travel credit yang anda juga boleh gunakan untuk buat tempahan.
Macam yang saya cerita tadilah... sebenarnya kalau nak balik hari ni, memang boleh je.
Tapi tu la... sekarang ni, kalau saya ada peluang untuk pergi bercuti, saya lebih suka kalau dapat rileks-rileks dekat tempat tersebut.
Bercuti 2 hari 1 malam di Port Dickson memang dah ok.
Tapi, kalau dapat lebih 2 malam itu lagi seronok. Semuanya rasa tenang je. Kalau satu hari tu, nak lepak-lepak tepi pantai, tak buat apa-apa, just lelapkan mata bawah pokok pun ok.
Ataupun, kalau anda dapat sewa guest house atau chalet yang memang dekat dengan pantai, pun seronok.
Macam pengalaman saya menginap di Lexis Water Chalet sebelum ini. Chalet ini memang dibina atas air.

Sesekali boleh dengar bunyi ombak, walaupun tak kuat mana. Dekat sini, saya hanya menginap satu malam sahaja.
Serius, ada rasa nak datang ke sini lagi.
For me, bercuti di Port Dickson, walaupun tak jauh mana, ianya dah dikira sangat seronok. Lagi-lagi bila kita dapat pergi dengan orang-orang yang kita sayang.
Ya, dengan famili kita sendiri.
Kadang-kadang tu, kalau boleh memanglah kita nak pergi lebih jauh dan ke tempat-tempat yang lebih eksklusif.
Tapi kita kena ambil kira juga faktor-faktor seperti kewangan, cuti bekerja yang tak sama, urusan peribadi masing-masing.
Sudahnya, memang susah kalau nak dapatkan satu hari yang semua orang dapat kumpul bersama.
Tapi kalau ada peluang, bawalah keluarga pergi bercuti. Hargai mereka selagi mereka masih ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan