Pernah tak anda rasa seperti kehidupan anda akan berubah jadi lebih baik jika anda lebih tinggi dari sekarang? Cubalah fikirkan apa agaknya perkara baru yang akan berlaku pada anda.
Mungkin kawan-kawan anda dah tak akan panggil anda dengan nama "Si Pendek" atau "Si Ketot" lagi. Mula-mula dengar memang agak lucu. Tapi lama-kelamaan? Benda ni boleh buatkan hubungan antara kawan-kawan jadi renggang.
Saya masih ingat lagi, waktu saya masih lagi sekolah dulu. Saya rasa pada waktu tu, saya tergolong antara orang yang pendek dalam sekolah. Untuk usia saya (16 tahun), dan ketinggian saya pada ketika itu, saya rasakan macam saya banyak kekurangan!
Masa umur saya 16 tahun saya terpilih untuk menyertai pasukan bola tampar untuk mewakili sekolah dalam sukan peringkat daerah. Tapi masalahnya ialah saya ni tak cukup tinggi, atau dalam kata lain, agak rendah!
Sudah tentu, position sebagai spiker sangat tak sesuai untuk saya. Jadi, coach berikan saya kedudukan yang kononnya istimewa untuk orang-orang yang tinggi macam saya ni, iaitu sebagai libero.
Fungsi libero ni lebih kepada benteng pertahanan untuk pasukan bola tampar. Siapa yang main bola tampar ni mungkin tau la kot apa yang saya cuba sampaikan.
Masa tu, saya ada ada ambil supplement dari Jenama Appeton. Kalau ikut iklan produk tu, produk tu boleh tambahkan ketinggian badan. Saya habiskan kesemua lebih kurang 60 tablet dengan harapan ketinggian saya akan bertambah.
Adakah selepas habis 60 tablet tu ketinggian saya bertambah? Saya tak perasan. Mungkin langsung tak bertambah, mungkin ada pertambahan, tapi saya langsung tak perasan.
Baru-baru ni, saya jumpa satu lagi produk tambah ketinggian badan yang menggunakan teknologi Korea yang kononnya mampu membuatkan pengambilnya boleh tambahkan ketinggian badan.
Produk ini diberi nama nama Height Up. Menurut iklan produk ini, (yang kebanyakkannya saya jumpa secara online sahaja) claims yang produk ini 100% Terbukti Berkesan.
Adakah ianya benar? [boleh klik sini untuk lihat produk ini]
Saya agak skeptikal dengan produk-produk macam ni. Kalau anda masih ingat lagi, saya ada ceritakan tentang pengalaman saya ambil supplement dari Appeton masa saya sekolah dulu. Pada saya, produk tersebut tidak memberikan kesan yang betul-betul signifikan.
Jadi, bila ada produk baru yang dikatakan mampu untuk tambahkan ketinggian, saya jadi berminat. Bukan minat apa.. minat nak tau dengan lebih lanjut.
Sebenarnya, salah satu sebab yang buatkan saya tertarik dengan produk ni ialah sebab saya mengikuti perkongsian oleh laman FB Fanpage Pseudoscience Watch.

Kalau rujuk pada fanpage ini, pihak PW dengan tegas mengatakan produk Height Up ni tipu sahaja. Berikut adalah penerangan yang mereka berikan.
Ulang kaji produk pseudoscience
Produk ke-2: Ubat supplement sebagai penambah ketinggian
Senang cerita produk tambah ketinggian ini merupakan produk yang menipu pelanggan.
Penjelasan: Perlu diketahui bahawa ketinggian manusia bertambah disebabkan adanya 'epiphyseal plate' also known as 'growth plate' yang terdapat pada tulang-tulang kita. Di sinilah terdapat sel-sel yang menghasilkan tisu untuk memanjangkan tulang-tulang yang akhirnya menyebabkan ketinggian kita pun bertambah juga. Tanpa epiphyseal plate, maka panjang tulang akan berada dalam keadaan statik dan ketinggian tidak akan berubah.
Kanak-kanak dan remaja mempunyai epiphyseal plate dan ketinggian mereka akan bertambah sehinggalah mereka sudah dewasa. Apabila kita dewasa maka growth plate akan berhenti berfungsi dan bertukar menjadi tulang biasa. Oleh itu, tiada epiphyseal plate pada tulang orang dewasa dan ketinggian sepatutnya tidak akan bertambah.
Bagi perempuan epiphyseal plate akan berhenti berfungsi pada julat umur 13 -15 tahun dan bagi lelaki pula pada umur 15-17.
So, orang yang lebih daripada umur tersebut dan tidak mempunyai epiphyseal plate, tidak akan bertambah ketinggiannya. Ko makan lah apa sekali pun, ianya tidak akan menambahkan ketinggian anda
--DM--
Kebanyakkan produk kesihatan yang penerangannya mengandungi istilah saintifik, saya akan rujuk pada page PW ini.
Bukanlah bermakna saya PERCAYA 100% apa yang ditulis oleh admin page tersebut. Namun, saya suka untuk tau PENDAPAT KEDUA atau SECOND OPINION dari pengamal perubatan dan dari mereka yang tidak mempunyai sebarang kepentingan.
Kalau tanya kepada penjual atau stokis produk ni, dah tentu-tentu yang kita akan dapat adalah semata-mata jawapan yang bagus-bagus semata-mata.
Kita pun FAHAM yang mereka nak jual produk ni.
Memetik jawapan yang diberikan oleh pihak PW, ayatnya berbunyi "... Bagi lelaki epiphyseal plate akan berhenti berfungsi pada julat umur 15 -17 tahun.
Saya makan supplement dari Appeton masa umur saya 16 tahun. MUNGKIN pada waktu itu, saya sudah tidak mempunyai epiphyseal plate. Maka sebab itu tidak nampak sebarang pertambahan pada ketinggian.
Adakah produk Height Up ini berkesan? Saya tak ada jawapannya. Namun, jika anda nak cuba sendiri, (mungkin sebab anda ada banyak duit dan tak kesah nak mencuba) bolehlah cuba pesan satu di sini.
Kalau ikut pendapat PW, produk macam ni hanya tipu sahaja. Anda mungkin ada pendapat lain dan mungkin nak cuba sendiri. Betul?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan