Pernah tak anda rasa seperti kehidupan anda akan berubah jadi lebih baik jika anda lebih tinggi dari sekarang? Cubalah fikirkan apa agaknya perkara baru yang akan berlaku pada anda.
Mungkin kawan-kawan anda dah tak akan panggil anda dengan nama "Si Pendek" atau "Si Ketot" lagi. Mula-mula dengar memang agak lucu. Tapi lama-kelamaan? Benda ni boleh buatkan hubungan antara kawan-kawan jadi renggang.
Saya masih ingat lagi, waktu saya masih lagi sekolah dulu. Saya rasa pada waktu tu, saya tergolong antara orang yang pendek dalam sekolah. Untuk usia saya (16 tahun), dan ketinggian saya pada ketika itu, saya rasakan macam saya banyak kekurangan!
Masa umur saya 16 tahun saya terpilih untuk menyertai pasukan bola tampar untuk mewakili sekolah dalam sukan peringkat daerah. Tapi masalahnya ialah saya ni tak cukup tinggi, atau dalam kata lain, agak rendah!
Sudah tentu, position sebagai spiker sangat tak sesuai untuk saya. Jadi, coach berikan saya kedudukan yang kononnya istimewa untuk orang-orang yang tinggi macam saya ni, iaitu sebagai libero.
Fungsi libero ni lebih kepada benteng pertahanan untuk pasukan bola tampar. Siapa yang main bola tampar ni mungkin tau la kot apa yang saya cuba sampaikan.
Masa tu, saya ada ada ambil supplement dari Jenama Appeton. Kalau ikut iklan produk tu, produk tu boleh tambahkan ketinggian badan. Saya habiskan kesemua lebih kurang 60 tablet dengan harapan ketinggian saya akan bertambah.
Adakah selepas habis 60 tablet tu ketinggian saya bertambah? Saya tak perasan. Mungkin langsung tak bertambah, mungkin ada pertambahan, tapi saya langsung tak perasan.
Baru-baru ni, saya jumpa satu lagi produk tambah ketinggian badan yang menggunakan teknologi Korea yang kononnya mampu membuatkan pengambilnya boleh tambahkan ketinggian badan.
Produk ini diberi nama nama Height Up. Menurut iklan produk ini, (yang kebanyakkannya saya jumpa secara online sahaja) claims yang produk ini 100% Terbukti Berkesan.
Adakah ianya benar? [boleh klik sini untuk lihat produk ini]
Saya agak skeptikal dengan produk-produk macam ni. Kalau anda masih ingat lagi, saya ada ceritakan tentang pengalaman saya ambil supplement dari Appeton masa saya sekolah dulu. Pada saya, produk tersebut tidak memberikan kesan yang betul-betul signifikan.
Jadi, bila ada produk baru yang dikatakan mampu untuk tambahkan ketinggian, saya jadi berminat. Bukan minat apa.. minat nak tau dengan lebih lanjut.


