Selasa, 3 Januari 2017

Bina Perniagaan Online Yang Menguntungkan dengan tips ini


Bagaimana cara untuk bina perniagaan online yang menguntungkan? Kita hidup dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar. Tahun 2017 diramalkan sebagai tahun yang sangat mencabar.

kedudukan-masalah-ekonomi-tahun-2017

Malahan, kalau kita baca laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Januari 2017, Kos sara hidup 2017 dijangka meningkat. Ya, ini bukanlah berita baik dan bukannya satu topik yang menarik untuk mulakan tahun 2017.


Hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan semata-mata pastinya tak cukup. Bagi yang bekerja, sama ada yang bekerja makan gaji mahupun bekerja sendiri, perlu fikirkan cara lain untuk tambah pendapatan.


Jika anda merancang untuk mulakan bisnes online anda sendiri, sekarang adalah masa yang tepat. Jadi kat sini, saya ingin kongsikan kepada anda beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk membina perniagaan online anda yang pertama.  



1. Mulakan dengan memilih konsep bisnes online yang anda ingin bangunkan. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada banyak juga konsep bisnes yang anda boleh mulakan.


Antaranya yang anda perlu tahu ialah.

i. Content Based 
Konsep "content based" sama macam konsep blog. Anda perlu tulis artikel dan penuhkan laman web anda dengan konten yang bermanfaat. Selain tulis artikel, konten laman web anda juga boleh dalam bentuk video, atau imej. 

ii. Blogshop 
Konsep blogshop ialah anda menjual produk menggunakan blog. Setiap blog post terbaru adalah tentang produk yang anda jual. Itu sahaja. [Panduan bina BlogShop]

iii. Discount Coupon
Konsep laman web discount coupon ni ialah anda akan berikan kupon diskaun kepada bakal pembeli. Laman web ini akan menyenaraikan semua jenis kupon diskaun untuk pelbagai merchant yang berbeza. 

iv. Cash Back 
Dalam konsep Cash Back ni, anda akan mengajak bakal pelanggan untuk buat pembelian di laman web anda. Pelanggan yang membuat belian seterusnya akan menerima cash back (seperti rebate) kerana membeli menerusi laman web anda.

Nak terangkan memang agak susah. Saya bagi anda contoh, laman web ShopBack ini. 

v. Affiliate Network
Anda akan merekrut orang lain sebagai ejen untuk anda. Contohnya macam laman web Involve Asia

vi. e-Commerce
Jika anda jual banyak produk dalam satu-satu masa, memang sesuai untuk mulakan laman web ecommerce anda sendiri. Contohnya adalah macam laman web Lazada

vii. Minisite
Laman web jenis minisite adalah sesuai untuk mereka yang bakal menjalankan bisnes online tetapi mereka ingin fokus pada satu jenis produk sahaja. Contohnya macam laman web ini. Ia fokus untuk jual satu jenis ebook sahaja.


Sebagai permulaan, anda pilih dulu apa dia konsep bisnes yang anda berminat untuk buat.


2. Pasang sistem yang sesuai untuk bisnes online anda. 

Ini bermakna, kalau konsep bisnes pilihan anda ialah content based, maka anda boleh mula pasang atau bina laman blog anda.

Jika bisnes yang anda pilih adalah jenis e-commerce, maka anda boleh mula bina laman web anda sekarang.


3. Pasang sistem follow up automatik untuk kekal berhubung dengan bakal pelanggan anda. 

sistem-autoresponder-percuma-emelmatik 

Sistem ini dinamakan sebagai sistem autoresponder emelmatik. Fungsi sistem autoresponder ini adalah untuk kekal berhubung dengan prospek dan pelanggan. 

Daftar autoresponder PERCUMA disini.


4. Software bina laman web jualan untuk menerima tempahan dan bayaran dari pelanggan 

Ya, anda masih lagi perlu ada laman web khas yang fungsinya untuk menerima dan memproses bayaran dari pelanggan. 


Kalau anda menjual satu produk sahaja, boleh bina laman web menggunakan software Minisite Mudah.

Kalau anda menjual pelbagai produk, boleh bina laman web berkonsepkan ecommerce.

Kalau anda tak ada bajet atau baru nak bermula dan ingin jimat, boleh guna konsep Blogshop.

Kalau anda minat menulis, boleh bina laman web berkonsepkan blog.


5. Sistem pemasaran untuk mendapatkan jualan 

Bisnes online sangat bergantung kepada usaha pemasaran. Anda mungkin akan dapati, masa anda akan banyak dihabiskan untuk buat kerja-kerja pemasaran. Lagi banyak dan lagi kerap anda buat pemasaran, maka lagi tinggi peluang untuk jana pendapatan.


Baiklah, saya akan berhenti sampai di sini dulu. 


Secara asasnya, 5 perkara ini adalah perkara yang penting untuk dilakukan bagi membina perniagaan online yang menguntungkan. Selamat mencuba dan semoga anda juga akan berjaya.  




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...