Anda nak buat bisnes ais krim tetapi tak tau macam mana nak mula? Anda nak belajar buat bisnes ais krim tapi tak ada masa nak pergi ke mana-mana kursus buat aiskrim?

Siapa kata kalau nak belajar buat aiskrim mesti kena datang kursus buat aiskrim? Sebenarnya tak semestinya. Untuk orang yang memang ada masa, kurang sibuk bolehlah ikut jadual kursus yang mungkin tak kena dengan jadual kita.
Kadang-kadang kursus buat ais krim ni dijalankan pada hari biasa. Kalau hari biasa, nak tak nak kita kena ambik cuti pulak.
Kalau kursus buat aiskrim yang dijalankan pada hujung minggu, kita pun belum tentu ada masa. Biasanya pada hujung minggu ni la akan ada banyak majlis kenduri, bercuti bersama keluarga dan sebagainya.
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, saya betul-betul teringin nak belajar macam mana cara nak buat bisnes secara online. Saya follow beberapa orang tenaga pengajar yang juga internet marketer. Saya tahu mereka ada buat bengkel dan juga kursus online marketing yang saya boleh join.
Masalahnya...
Waktu tu, sekitar tahun 2009 - 2010 saya masih lagi belajar di UiTM Shah Alam. Jadual kursus memang tak kena dengan masa saya sebagai seorang pelajar. Waktu tu, saya juga aktif dalam aktiviti dan persatuan. Jadi memang sibuk.
Kemudian, bila ada masa untuk pergi kursus saya sedar satu perkara. Kos atau Yuran untuk sertai kursus AGAK TINGGI. Saya manalah ada duit.
Maka nak tak nak, saya perlu cari alternatif.
Pada waktu tu, satu-satunya sumber untuk saya belajar adalah dengan merujuk panduan dan juga E-Book yang dihasilkan mengenai topik yang saya nak belajar tu.
Dulu kebanyakkan e-book yang ada dipasaran berkisarkan tentang panduan nak buat duit online sahaja. Sama ada panduan nak buat duit dengan affiliate, panduan buat duit dengan blog, dan sebagainya.
Tapi hari ini, ada macam-macam ebook yang dihasilkan.
Even chef pun dah mula tulis ebook. Dengan ebook yang ditulis oleh seorang chef bernama Afiq Dato' Rusly ni kita boleh belajar macam mana nak mula buat bisnes aiskrim yang boleh untung RM5,000 sebulan tanpa perlu susah payah nak pergi kursus.
Dengan merujuk pada panduan ni, ramai sebenarnya yang dah berjaya mulakan bisnes sendiri. Macam tak percaya? Ya, saya pun pada asalnya rasa susah juga nak percaya. Tapi bila lihat sendiri respons dan juga feedback mereka-mereka yang dah pernah rujuk panduan ini, saya rasa ianya tak mustahil.
Feedback 1 - Letak je tong aiskrim terus budak-budak sekolah datang serbu
"Assalamualaikum Chef, nak kongsi kegembiraan sikit. Mula-mula letak tong aiskrim tu risau je tak dapat sambutan sangat. Tapi rupanya meleset. Budak-budak terus serbu ais krim dulu dari makanan lain. Terharu rasa bila mudir sekolah anak pun gembira tahun ni ada ais krim yang dapat menggembirakan budak-budak."
Siapa yang memang ada tender meniaga di kantin, mungkin sangat sesuai untuk jual ais krim macam ni.
Feedback 2 - Dapat job kedua dan pelanggan nak tempah 2,000 kon ais krim
"... bakal customer tengah deal dengan wife katanya nak 2,000 kon."
Feedback 3 - Dapat tempahan 1,000 kon untuk majlis kenduri
"...hari Sabtu ada kenduri kahwin. Order 1,000 kon tak sampai 1 jam 700 kon langsai..."
Panduan ni memang lain dari yang lain. Ia bukan semata-mata cerita tentang cara-cara nak buat ais krim yang sedap, sebaliknya turut diajar cara macam mana nak jual ais krim tu.
Itu yang penting.
Kalau tau buat ais krim tapi tak pandai nak jual, macam mana nak dapat pendapatan sampai RM5,000 betul tak?
So memang tak sia-sia muat turun panduan buat bisnes ais krim ni. Boleh klik pada link tersebut untuk lihat info pernuh tentang panduan ini.
In Shaa Allah, nanti saya akan cerita lagi tentang bisnes aiskrim.
Masa saya tengah online, saya terjumpa satu mesin untuk buat aiskrim. Kalau anda juga cari mesin untuk buat aiskrim, boleh tengok mesin yang saya jumpa tu kat sini. Tengoklah dulu. Mana tau sesuai untuk anda gunakan untuk buat ais krim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan