Anda nak buat bisnes ais krim tetapi tak tau macam mana nak mula? Anda nak belajar buat bisnes ais krim tapi tak ada masa nak pergi ke mana-mana kursus buat aiskrim?
Siapa kata kalau nak belajar buat aiskrim mesti kena datang kursus buat aiskrim? Sebenarnya tak semestinya. Untuk orang yang memang ada masa, kurang sibuk bolehlah ikut jadual kursus yang mungkin tak kena dengan jadual kita.
Kadang-kadang kursus buat ais krim ni dijalankan pada hari biasa. Kalau hari biasa, nak tak nak kita kena ambik cuti pulak.
Kalau kursus buat aiskrim yang dijalankan pada hujung minggu, kita pun belum tentu ada masa. Biasanya pada hujung minggu ni la akan ada banyak majlis kenduri, bercuti bersama keluarga dan sebagainya.
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, saya betul-betul teringin nak belajar macam mana cara nak buat bisnes secara online. Saya follow beberapa orang tenaga pengajar yang juga internet marketer. Saya tahu mereka ada buat bengkel dan juga kursus online marketing yang saya boleh join.
Masalahnya...
Waktu tu, sekitar tahun 2009 - 2010 saya masih lagi belajar di UiTM Shah Alam. Jadual kursus memang tak kena dengan masa saya sebagai seorang pelajar. Waktu tu, saya juga aktif dalam aktiviti dan persatuan. Jadi memang sibuk.
Kemudian, bila ada masa untuk pergi kursus saya sedar satu perkara. Kos atau Yuran untuk sertai kursus AGAK TINGGI. Saya manalah ada duit.
Maka nak tak nak, saya perlu cari alternatif.
Pada waktu tu, satu-satunya sumber untuk saya belajar adalah dengan merujuk panduan dan juga E-Book yang dihasilkan mengenai topik yang saya nak belajar tu.
Dulu kebanyakkan e-book yang ada dipasaran berkisarkan tentang panduan nak buat duit online sahaja. Sama ada panduan nak buat duit dengan affiliate, panduan buat duit dengan blog, dan sebagainya.


