Sabtu, 2 Oktober 2010

Jana Wang Dengan Banner Affiliate Program

Salah satu cara yang aku pernah buat untuk dapatkan income yang lebih melalui blog adalah dengan menggunakan program affiliate. Biasanya aku akan daftar mana-mana program affiliate, dan kemudian aku akan siarkan je iklan ataupun banner yang terlibat dekat blog aku.

Nak buat review.. urgh malas giler. Lets the banner do the talking, sebab pasaran Malaysia bukan lah luas mana.

Kadang tu korang lagi expert dari aku. Aku iye-iye je la nak story pasal satu-satu produk tu, rupenye korang dah tau dulu. Ish termalu sudah.

So kalau blog korang ni dah popular, and ada banyak sangat space.. ape kata letak banner-banner untuk program affiliate, mana tau ada antaranya yang berjaya menghasilkan conversion. Kan duit percuma tu.

klik la ecover ni, tak mau beli pun tak pe hehehe (gelak jahat)



Nak Kena Ambik Exam PMR 5hb Ni

Dengar sini baik-baik nasihat cikgu nih, tak lama lagi korang semua nak exam dah. Dah tak lama lagi dah. Korang semua ada lagi dalam 3 hari je lagi untuk bersedia.

Ingat murid-murid semua, apa yang cikgu dah pernah ajar, rujuk balik nota-nota penting.. mana-mana rumus tu kalau boleh hafal cuba hafal, insya allah nanti time exam akan lagi mudah.

Belajar tu belajar jugak, tapi jangan teruk sangat. Study jangan sampai jauh-jauh malam. Cikgu tak nak ada pulak nanti yang demam. Jaga kesihatan, minum air masak banyak-banyak, dan kalau boleh jangan lupa ambik multivitamin ye. Ni untuk tambah tenaga dan supaya kamu semua ada kekuatan nak jawab exam.

Lagi satu, belajar tu belajar jugak. Jangan lupa pada tuhan tau. Sembahyang yang wajib jangan tinggal, tambah-tambah sikit dengan amalan sunat. Doa jangan lupa. Mintak pada tuhan supaya di saat akhir-akhir ni Allah bukakkan pintu hati kita supaya bila tiba masa kita nak kena jawab exam nanti mudah kita nak jawab.

Apa-apa pun tawakal. Tuhan tu tau apa yang terbaik untuk kita, kalau kejayaan itu adalah yang terbaik buat kita, maka itu lah yang kita akan dapat.. dan kalau sebaliknya maka ketentuan Allah itu lah yang paling utama...

Ustazah masih lagi pot pet pot pet kat depan. Serius aku cakap, satu apa pun aku rasa tak masuk dalam kepala otak aku.

Dalam hati aku dup dap dup dap... cemas. Aku betul-betul tengah cemas ni. Mati la.. macam mana aku nak jawab exam tu nanti, dah la aku tak pernah study langsung. Err bukan tak pernah langsung, tapi dah lama gila aku tak bukak buku langsung nih macam mane ni..

Peluh makin banyak menitis dah masa tu.. ye la.. mana nak study Bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, agama, sejarah, geografi, sains, kemahiran hidup, dengan bahasa arabnye lagi. Subjek yang nak kena hafal fakta argh... Tidak!! mau bungkus aku exam kali nih.

Aku memang takut sangat-sangat kalau aku tak boleh nak score A dalam PMR ni

Dari jauh aku tengok one of the classmate buat muka berlagak tenang. Entah ye atau memang cuma perasaan aku je, sesekali aku lihat dia macam sengih mengejek dekat aku. Hampeh kau, nak makan penumbuk ke

Tengah aku dalam keadaan yang masih lagi tak keruan dek kerana banyak nye nak kena study.. tiba-tiba aku terdengar pulak suara bonda ku.

Bangun la, nak maghrib ni. Dah tau dah petang pegi tido tu buat apa?!

Aku cuba bukak mata.. a'a la.. memang mak aku, dan aku pun memang ada dekat rumah. tertido pulak dekat depan laptop..

Bila teringat balik... PMR... ish ish perkara tu aku lalui 7 tahun lepas.. Alhamdulilah, berkat doa mak dan guru.. dapat 8A 1C ( oh kenapa ada C? Baik korang jangan tanya ha hah)

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kena Kick Dari 100Penulis

Hari ni baru aku perasan, aku dah tak boleh nak akses editor page untuk 100 penulis.

Sorry ye admin, bukan aku tak minat nak join, tapi bila aku baca-baca mana-mana part yang patut, aku jadi pening, aku jadi rasa annoying.. Aiya.. macam banyak sangat la pulak aku nak kena buat.

Nak kena lapor diri la, nak kena posting secara berkala (yang ni tak ada masalah). Aku baca dua part nih, lepas tu bila aku nak buat apa yang sepatutnya, aku jadi blur-blur pulak. Eh dekat mana aku nak kena lapor diri nih.

This is my fault la sebenarnya, aku baca sepintas lalu, lepas tu terus blah. Tak ada pun nak baca sebijik-sebijik. Normal la kot untuk aku buat macam tu, aku bukan nak tulis dalam satu blog je. Aku sendiri ada a few blog yang aku masih lagi menulis secara aktif. By the way, amount dia telah aku kurangkan untuk memberi tumpuan yang lebih dan berharap dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik.

Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak admin 100penulis sebab pernah menawarkan peluang untuk menjadikan aku editor, cuma aku je yang tak manfaatkan dengan sebaik-baiknya peluang yang ada.

Tapi tak apa, aku punya gaya dan teknik penulisan pun masih belum bagus, dan tak cukup bagus lagi pun :p aku pasti korang akan dapat editor yang berganda-ganda lagi baik dari aku.

By the way, aku doakan dari tepi semoga 100penulis akan terus sukses.

Suasana solat jumaat

Jumaat... diwajibkan keatas kaum lelaki untuk menunaikan fardhu Jumaat secara berjemaah di Masjid. Solat zohor yang empat rakaat digantikan dengan solat fardhu Jumaat yang dua rakaat dan disertakan sekali 2 khutbah.

Hari ni aku datang masjid lambat lagi sekali.. Semua gara-gara nak kena tunggu anak buah aku bersiap. Bagero betul. Dah tau hari jumaat, cepat-cepat la sikit stand by nak pergi Masjid. Ni duk baring-baring, main pondok-pondok.

Bila aku dah panggil baru la kelam kabut nak carik baju, nak carik songkok nak pakai pergi masjid. Nasib baik aku masih lagi diberikan kesempatan untuk sembahyang berjemaah. Kalau tak, alamat aku kena solat zohor je la gamaknya.

Ish memandangkan aku dah lambat, aku tak dapat saf yang cun. Terpaksa ambik apa yang ada je, kena campur dekat kanak-kanak. Ceh dah sekolah menengah pun masih kanak-kanak lagi. Bongok betul.

Aku tak faham diorang ni semua, bukan nak sembahyang betul-betul. Ade ke boleh main tolak-tolak, cakap-cakap, mencarut-mencarut pun ade. Sembahyang + mencarut!

Apa punya manusia ni. Dulu aku pun pernah jadi kanak-kanak jugak. Tapi aku tak ada pulak nak buat macam tu. Happy tak kena pada tempat.

Buat yang ada anak, adik lelaki.. tahniah sebab diorang rajin nak pergi masjid. Tapi itu belum menentukan yang mereka betul-betul solat.

So.. please please please.. nasihatkan lah anak masing-masing supaya hormat pada jemaah lain. Jangan nak buat perangai dekat masjid. Buat malu.. dan buat semak je la perangai macam tu.

Is it Good To Have Multiple Blog Registered Under Nuffnang?

Dulu masa mula-mula aku join Nuffnang.. selalu aku anggap yang Nuffnang ni sebenarnya lebih kurang je dengan syarikat pengiklanan yang lain-lain. I mean macam google adsense, macam bidvertiser, i mean tak ada something yang special lah.

By the way, after a while, i start to think.. No way. It suppose to have something different between all those ads company. And it is for real.

Memang Nuffnang lain sikit dengan yang lain-lain ads company. Paling nyata sekali ialah bila part buffered earning tu. Bukan semua ada.. well, mungkin ada tapi nama tak sama la.

Baru je aku keluarkan blog-blog yang banyak-banyak yang aku ada yang ada siarkan iklan nuffnang tu. Oh.. rasa macam kurang berbaloi la nak letak iklan nuffnang dekat banyak-banyak blog. Nak kata semua blog tu traffik ok.. tak jugak.

So, aku pun decide nak keluarkan je blog-blog tu semua dari senarai nuffnang.

So, what is your opinion?

Is it good or bad to have multiple blog registered under Nuffnang. Care to share?

Khamis, 30 September 2010

Korang Nak Bertahan Lama Dalam Blogging? Ini Caranya...

Selamat pagi guys, sekarang ni dah jam 3.30 pagi dan.. Ya aku masih belum tido lagi. Mata masih belum rasa mengantuk dan tiba-tiba pulak aku dapat idea nak share sesuatu dalam blog ni.

Baiklah kawan-kawan blogger sekalian, sebenarnya aku ada beberapa blog, quite a few. Aku harap jugak kalau korang boleh spent some times jugak untuk visit blog aku yang lain. Tu pun kalau tak menjadi keberatan. Apa-apa pun, i don't have any hard feeling. Tak visit pun tak pe :p

Puas aku memikirkan cara, macam mana la agaknya untuk seseorang blogger tu boleh bertahan lama dalam industry blogging ini. Macam aku jugak, yang boleh dikira masih hijau lagi dalam blogging, dengan pendapatan pasif yang aku telah hasilkan yang tak seberapa.. aku mulai tertanya-tanya how to achieve high income through blog?

Rata-rata yang buat blog, mereka menulis hal-hal peribadi. So, tak hairan kalau income tak segempak mana. Kalau boleh dapat income besar sekalipun.. entah-entah cuma sebab bertukar-tukar klik dengan nuffnanger yang lain... ish ish tak baik tau. Ni namanya sabotaj syarikat. Kena pecat dengan boss nanti baru tau.

Ok la... Malas nak cit chat terlalu panjang, so untuk tips yang aku nak kongsikan kali ni, bagaimana caranya untuk kita mampu untuk bertahan lama dalam industry blogging ni. Jeng jeng jeng

Langkah pertama ialah BRANDING.



Rata-rata blog yang aku lihat mampu untuk outperform adalah blog yang ada brand nye yang tersendiri. Branding adalah satu short cut untuk kita menghafal sesuatu benda. Mengingati sesuatu barangan, dan mengecam sesuatu produk.

Kita tau kita bunuh nyamuk dengan racun serangga, tapi kita lebih suka kata sembur je RIDSECT.

Kita selalu nampak ubat gigi atas rak ada macam-macam jenama, tapi selamba je kita kata dekat wife kita "Sayang.. tolong ambik COLGATE kotak warna hijau tu ye. COLGATE dekat rumah dah habis la, abang ingat nak try yang baru pulak", kata anda kepada isteri anda sambil menuding jari kearah sekotak ubat gigi jenama Darlie.

See, macam blogging jugak... ish2 kalau kaler merah dah tentu-tentu akan ingat dekat redmummy. Ish padahal ramai jek yang guna warna ni sebagai tema diorang. Tapi dekat redmummy jugak yang orang senang nak ingat.

So guys, macam mana nak buat branding ni. Ish.. susah kawan.. tak la. Tipu je hhe. Nak buat branding ni tak susah, nak establish dan nak mempopularkan nya yang sakit sebenarnya.

See, korang try datang la mana-mana pasaraya. Tengok satu produk, contoh sabun basuh. Ada banyak sangat jenama, FAB, breeze, kuat harimau, dinamo, daia dan macam-macam lagi. Dah banyak nama-nama besar. Adakah ini bermakna kalau korang perkenalkan produk korang yang bernama 'Suchi' ia tak akan diterima? think think and think.

Penerimaan tu pasti akan ada. Tapi bila? Tunggu la time dia. Masa korang pasti akan tiba. Mungkin lagi 2 tahun, mungkin lagi setahun, mungkin 10 tahun. Yang penting masanya akan tiba.

Dalam tempoh orang masih tak kenal, masih buat endah tak endah tu.. Apa nak buat? Buat tak tau ke? NOOOO.. Korang kena buat tau. Invest dalam industry yang korang ceburi tu sikit, jangan kedekut. Ilmu itu tak akan habis dan tak akan terbatas. Everyday something new will born. Yang lama akan jadi obsolete, dan yang baru akan dominate.

How about blogging? Almost the same. Sometimes it pays for us to learn old tricks in order to master the new one. But make sure you don't take soooo much time doing so.

Kalau korang perasan aku ada sediakan satu panduan promote blog dalam blog ni, korang carik la ye. Aku ada letak. Panduan tu free je, nak ambik tak kena bayar pape. Cumenya aku nak mintak tolong .....sikit je, sebelum download tweet sikit pasal blog aku ni. (eh ada yang takut nak tweet ke ish ish)

To conclude, jangan kedekut untuk invest dalam ilmu. I know most of you bloggers tak kedekut, if not mesti dah berhenti sekolah sampai setakat SPM je dulu. Ni pergi sambung sampai level master, semua buat hape? It shows that you all tak kedekut untuk invest dalam ilmu la.

By the way, I want to stress the importance of branding itself. 1 tahun.

6 bulan pertama untuk carik identiti blog korang lebih menjurus ke genre apa, dan 6 bulan seterusnya untuk korang fokuskan blogging korang ke arah yang korang tetapkan tu.

Seterusnya?

Untuk seterusnya, aku pasti dunia dah penat menunggu kelahiran dan kemunculan selebriti blogger yang baru.

Mungkinkah aku orangnya?

Dan mungkin jugak korang la orang nya.

Wa la~

Rabu, 29 September 2010

Kesan Buffered Earning Ke Atas Traffik Blog

Salam sejahtera buat semua yang datang bertandang.

Hari ni aku cuma nak kongsikan satu screenshot yang menunjukkan prestasi traffik yang agak kelakar berkaitan dengan blog ni. Ok, korang semua tengok gambar dekat bawah ye


26 September adalah permulaan aku dapat Buffered Earning. Tengok traffik yang aku dapat.

Tiba-tiba je jadi 113 unique visitor. What the?

Padahal kalau tengok yang sebelum-sebelum ni, unik visitor hanyalah setakat 20, 3 dan 5 pun ada.

Ha.. ada sapa-sapa nak bagi penjelasan berkenaan perkara ni. Kenapa ia berlaku macam ni. Anyone?

Adakah BE telah menyebabkan traffik datang dengan banyak.. Teka teka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...