Jumaat... diwajibkan keatas kaum lelaki untuk menunaikan fardhu Jumaat secara berjemaah di Masjid. Solat zohor yang empat rakaat digantikan dengan solat fardhu Jumaat yang dua rakaat dan disertakan sekali 2 khutbah.
Hari ni aku datang masjid lambat lagi sekali.. Semua gara-gara nak kena tunggu anak buah aku bersiap. Bagero betul. Dah tau hari jumaat, cepat-cepat la sikit stand by nak pergi Masjid. Ni duk baring-baring, main pondok-pondok.
Bila aku dah panggil baru la kelam kabut nak carik baju, nak carik songkok nak pakai pergi masjid. Nasib baik aku masih lagi diberikan kesempatan untuk sembahyang berjemaah. Kalau tak, alamat aku kena solat zohor je la gamaknya.
Ish memandangkan aku dah lambat, aku tak dapat saf yang cun. Terpaksa ambik apa yang ada je, kena campur dekat kanak-kanak. Ceh dah sekolah menengah pun masih kanak-kanak lagi. Bongok betul.
Aku tak faham diorang ni semua, bukan nak sembahyang betul-betul. Ade ke boleh main tolak-tolak, cakap-cakap, mencarut-mencarut pun ade. Sembahyang + mencarut!
Apa punya manusia ni. Dulu aku pun pernah jadi kanak-kanak jugak. Tapi aku tak ada pulak nak buat macam tu. Happy tak kena pada tempat.
Buat yang ada anak, adik lelaki.. tahniah sebab diorang rajin nak pergi masjid. Tapi itu belum menentukan yang mereka betul-betul solat.
So.. please please please.. nasihatkan lah anak masing-masing supaya hormat pada jemaah lain. Jangan nak buat perangai dekat masjid. Buat malu.. dan buat semak je la perangai macam tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan