Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan

Rabu, 21 Mei 2014

Income Nuffnang Slow dan Tak Konsisten?

Setiap kali saya terpandang iklan nuffnang yang berkelip-kelip yang tersiar di blog utama saya, hati saya pasti akan tertarik untuk semak prestasi perjalanan iklan tersebut. 

Ye la.. mesti lah nak tau berapa ringgit dah berjaya diperolehi.

Of course saya tulis blog sebab nak buat duit. 

In fact, nak buat duit merupakan salah satu tujuan saya menulis dan menghasilkan beratus-ratus blog dan menghabiskan berjam-jam masa yang saya ada. 

Kalau apa yang saya buat ni tak ada kena mengena langsung dengan motif nak buat duit, memang tak ada makna saya nak siarkan mana-mana iklan. 

Malahan, kadang-kadang saya juga akan buat review mengenai program affiliate. 

Kan dah nampak sangat tu. 

Gelakkan je orang-orang yang konon-kononnya menulis bukan sebab duit, tapi blog dia lah yang paling banyak iklan. 

Sampai nak baca pun susah. 

Kejap-kejap keluar pop up. Kejap lagi keluar pop under.

Cara nak buat duit dengan nuffnang saya dah pernah cerita sebelum ni. 

Ambik kod iklan, lepas tu tempek je kod tu kat blog kita. Lepas tu biarkan je la.

Saya personally dah pernah cash out earning daripada Nuffnang beberapa kali. 

Walaubagaimanapun income dari Nuffnang ni kurang konsisten. (untuk kes saya ni la... orang lain mungkin lain isu dia) 

Jadi kalau nak buat duit online dan income kita tu pulak memang seratus peratus datangnya dari sumber online, maka kena waspada dan perbanyakkan sumber. 

Saya target income saya dari buat duit online RM10,000 konsisten setiap bulan. 

Masih jauh lagi, mungkin sebab ada banyak lagi yang saya tak tau kot. 

Tak apa la... usaha tangga kejayaan. 

Yang penting kita gerak kena kedepan, walau macam mana banyak halangan sekalipun. 



 

Khamis, 8 Mei 2014

Nak pasang semula iklan Nuffnang?

Blog ini memang dah lama tak dipasang dengan iklan dari Nuffnang. Dulu pernah pasang, tapi sekarang terpaksa keluarkan srip iklan tu dulu.

Maka sekarang ni, satu-satunya blog yang masih lagi dipasang dengan skrip iklan nuffnang ialah blog saya yang ini.

Kalau anda klik, anda akan dibawa ke blogpost saya yang menjual produk kasturi syifa al muafi. 

Terapi ikhtiar untuk merawat pelbagai penyakit seperti gangguan jin dan makhluk halus. 

Dulu saya terpaksa remove iklan nuffnang sebab jumlah trafik yang masuk ke blog ni terlalu sedikit. Tak berbaloi nak siarkan iklan Nuffnang. 

Lepas tu, bila traffic sikit sangat ni pulak, saya perasan, agak susah nak dapatkan buffered earning. Ya ini istilah lama. 

Kalau istilah yang baru, kita panggil ia cpuv earning.   

Jumaat, 1 Oktober 2010

Is it Good To Have Multiple Blog Registered Under Nuffnang?

Dulu masa mula-mula aku join Nuffnang.. selalu aku anggap yang Nuffnang ni sebenarnya lebih kurang je dengan syarikat pengiklanan yang lain-lain. I mean macam google adsense, macam bidvertiser, i mean tak ada something yang special lah.

By the way, after a while, i start to think.. No way. It suppose to have something different between all those ads company. And it is for real.

Memang Nuffnang lain sikit dengan yang lain-lain ads company. Paling nyata sekali ialah bila part buffered earning tu. Bukan semua ada.. well, mungkin ada tapi nama tak sama la.

Baru je aku keluarkan blog-blog yang banyak-banyak yang aku ada yang ada siarkan iklan nuffnang tu. Oh.. rasa macam kurang berbaloi la nak letak iklan nuffnang dekat banyak-banyak blog. Nak kata semua blog tu traffik ok.. tak jugak.

So, aku pun decide nak keluarkan je blog-blog tu semua dari senarai nuffnang.

So, what is your opinion?

Is it good or bad to have multiple blog registered under Nuffnang. Care to share?

Khamis, 30 September 2010

Korang Nak Bertahan Lama Dalam Blogging? Ini Caranya...

Selamat pagi guys, sekarang ni dah jam 3.30 pagi dan.. Ya aku masih belum tido lagi. Mata masih belum rasa mengantuk dan tiba-tiba pulak aku dapat idea nak share sesuatu dalam blog ni.

Baiklah kawan-kawan blogger sekalian, sebenarnya aku ada beberapa blog, quite a few. Aku harap jugak kalau korang boleh spent some times jugak untuk visit blog aku yang lain. Tu pun kalau tak menjadi keberatan. Apa-apa pun, i don't have any hard feeling. Tak visit pun tak pe :p

Puas aku memikirkan cara, macam mana la agaknya untuk seseorang blogger tu boleh bertahan lama dalam industry blogging ini. Macam aku jugak, yang boleh dikira masih hijau lagi dalam blogging, dengan pendapatan pasif yang aku telah hasilkan yang tak seberapa.. aku mulai tertanya-tanya how to achieve high income through blog?

Rata-rata yang buat blog, mereka menulis hal-hal peribadi. So, tak hairan kalau income tak segempak mana. Kalau boleh dapat income besar sekalipun.. entah-entah cuma sebab bertukar-tukar klik dengan nuffnanger yang lain... ish ish tak baik tau. Ni namanya sabotaj syarikat. Kena pecat dengan boss nanti baru tau.

Ok la... Malas nak cit chat terlalu panjang, so untuk tips yang aku nak kongsikan kali ni, bagaimana caranya untuk kita mampu untuk bertahan lama dalam industry blogging ni. Jeng jeng jeng

Langkah pertama ialah BRANDING.



Rata-rata blog yang aku lihat mampu untuk outperform adalah blog yang ada brand nye yang tersendiri. Branding adalah satu short cut untuk kita menghafal sesuatu benda. Mengingati sesuatu barangan, dan mengecam sesuatu produk.

Kita tau kita bunuh nyamuk dengan racun serangga, tapi kita lebih suka kata sembur je RIDSECT.

Kita selalu nampak ubat gigi atas rak ada macam-macam jenama, tapi selamba je kita kata dekat wife kita "Sayang.. tolong ambik COLGATE kotak warna hijau tu ye. COLGATE dekat rumah dah habis la, abang ingat nak try yang baru pulak", kata anda kepada isteri anda sambil menuding jari kearah sekotak ubat gigi jenama Darlie.

See, macam blogging jugak... ish2 kalau kaler merah dah tentu-tentu akan ingat dekat redmummy. Ish padahal ramai jek yang guna warna ni sebagai tema diorang. Tapi dekat redmummy jugak yang orang senang nak ingat.

So guys, macam mana nak buat branding ni. Ish.. susah kawan.. tak la. Tipu je hhe. Nak buat branding ni tak susah, nak establish dan nak mempopularkan nya yang sakit sebenarnya.

See, korang try datang la mana-mana pasaraya. Tengok satu produk, contoh sabun basuh. Ada banyak sangat jenama, FAB, breeze, kuat harimau, dinamo, daia dan macam-macam lagi. Dah banyak nama-nama besar. Adakah ini bermakna kalau korang perkenalkan produk korang yang bernama 'Suchi' ia tak akan diterima? think think and think.

Penerimaan tu pasti akan ada. Tapi bila? Tunggu la time dia. Masa korang pasti akan tiba. Mungkin lagi 2 tahun, mungkin lagi setahun, mungkin 10 tahun. Yang penting masanya akan tiba.

Dalam tempoh orang masih tak kenal, masih buat endah tak endah tu.. Apa nak buat? Buat tak tau ke? NOOOO.. Korang kena buat tau. Invest dalam industry yang korang ceburi tu sikit, jangan kedekut. Ilmu itu tak akan habis dan tak akan terbatas. Everyday something new will born. Yang lama akan jadi obsolete, dan yang baru akan dominate.

How about blogging? Almost the same. Sometimes it pays for us to learn old tricks in order to master the new one. But make sure you don't take soooo much time doing so.

Kalau korang perasan aku ada sediakan satu panduan promote blog dalam blog ni, korang carik la ye. Aku ada letak. Panduan tu free je, nak ambik tak kena bayar pape. Cumenya aku nak mintak tolong .....sikit je, sebelum download tweet sikit pasal blog aku ni. (eh ada yang takut nak tweet ke ish ish)

To conclude, jangan kedekut untuk invest dalam ilmu. I know most of you bloggers tak kedekut, if not mesti dah berhenti sekolah sampai setakat SPM je dulu. Ni pergi sambung sampai level master, semua buat hape? It shows that you all tak kedekut untuk invest dalam ilmu la.

By the way, I want to stress the importance of branding itself. 1 tahun.

6 bulan pertama untuk carik identiti blog korang lebih menjurus ke genre apa, dan 6 bulan seterusnya untuk korang fokuskan blogging korang ke arah yang korang tetapkan tu.

Seterusnya?

Untuk seterusnya, aku pasti dunia dah penat menunggu kelahiran dan kemunculan selebriti blogger yang baru.

Mungkinkah aku orangnya?

Dan mungkin jugak korang la orang nya.

Wa la~

Rabu, 29 September 2010

Kesan Buffered Earning Ke Atas Traffik Blog

Salam sejahtera buat semua yang datang bertandang.

Hari ni aku cuma nak kongsikan satu screenshot yang menunjukkan prestasi traffik yang agak kelakar berkaitan dengan blog ni. Ok, korang semua tengok gambar dekat bawah ye


26 September adalah permulaan aku dapat Buffered Earning. Tengok traffik yang aku dapat.

Tiba-tiba je jadi 113 unique visitor. What the?

Padahal kalau tengok yang sebelum-sebelum ni, unik visitor hanyalah setakat 20, 3 dan 5 pun ada.

Ha.. ada sapa-sapa nak bagi penjelasan berkenaan perkara ni. Kenapa ia berlaku macam ni. Anyone?

Adakah BE telah menyebabkan traffik datang dengan banyak.. Teka teka

Selasa, 28 September 2010

I Need Cash And Nuffnang Give Me The Cheque



Seriously, I am envy to some blogger who managed to make a lot of income using nuffnang. I know, blogging is about passion, and how deep you enjoy this blogging activities.

But you know, when there is a reward such as the earning from Nuffnang, it makes my blogging activities become so much fun. After all, who wants to give you the easy money? You don't need to worry about the ads, nothing. Just focus on what articles that you want to share with the other blogger out there.

Last three days, I decide to cash out my earning. I collect it from the beginning i sign up with nuffnang. I thought that I want to use that money for something else, maybe to buy a new car.. and maybe for wedding ceremony hehe.. But the luck is against me. I am desperately need to use money in a very short while.

I need fast cash amounting RM700.00. Well, i am not that wealthy to easily obtain that sum of money. I need to work for it. No.. I need to work hard for it. There is no such thing that i can ask around asking my family members. It is not going to happen in my case.


Luckily, there is some amount of money at my disposal in my Nuffnang account. Although it is not that much, but i believe that it is more than enough to save me from my little financial problem. I had to cash out my earning, and now i need to wait for the cheque.

This blog, although it is actually a free blog, a service provided by google, it actually help me a lot in the past. It provide me with a good prospect to some of my so called business.

When you combining the income from Nuffnang, plus the income from selling things and affiliate program, sure it can hits RM1,000.00

Owh.. again.. What do you call it if it is not an easy money? Do you have another way generating easy money?

Why not you share with the rest of us.

~empowering bloggers~

Isnin, 27 September 2010

3 Reasons Why Chinese Blogger Doesn't Nangs Malay Blog

Dalam entry aku yang sebelum ni, aku pernah promise untuk siarkan pulak pandangan aku berkaitan kenapa chinese blogger tak nangs blog bahasa melayu. Masih ingat lagi dalam entry yang mana?

Kalau tak berapa ingat entry yang mana, biar aku bagi tau ye. Entry tersebut adalah entry yang bertajuk 5 Proven Technics To Make Your Blogpost A Featured Post On Innit.

Boleh la tengok-tengok sekejap kalau korang ada rasa macam berminat nak baca ye.

Baik, bagi blogger-blogger yang menyiarkan iklan Nuffnang, innit adalah antara tempat wajib untuk dapatkan trafik. Walaupun sebenarnya banyak tempat lain lagi kita boleh jadikan sources of traffic, tapi entah kenapa ramai yang memilih Innit.

Mungkin jugak sebab penggunaannya yang user friendly, ataupun mungkin jugak sebab dah tak tau kat mana lagi boleh dijadikan sumber mendapatkan traffik. Buat yang belum biasa dengan blogging ni, untuk pengetahuan sahaja ye, korang boleh jugak dapatkan traffik yang baik dari Blogged.my. Tapi kena daftar dulu ye. Simple je caranya.

Now, entry ini adalah berbentuk pandangan penulis semata-mata dan bukan berniat untuk menimbulkan rasa kurang senang atau nak wujudkan satu sentimen perkauman. Penulisan adalah berdasarkan temubual dan perbincangan dengan beberapa blogger dari berlainan kaum. Bukan main hentam keromo dan serkap jarang eh.

Pertama sekali, sebab apa tak dapat Nangs. Simple je. Topik yang korang cuba sampaikan langsung tak menarik. Buat apa nak bagi nang kalau topik pun entah hape-hape. Nak baca pun mesti buang masa je. Apa maksud aku dengan topik yang tak menarik?

Topik tak menarik mengikut definisi aku ialah topik berkenaan peribadi seperti apa kita buat, apa perasaan kita sekarang ni, dan apa yang kita nak buat sekejap lagi. Selain itu, topik yang diulang-ulang juga tergolong sebagai topik yang tak menarik. Kata lah ada 100 orang dalam nuffnang, dan 70 orang tulis pasal Kes Kehilangan dan Pembunuhan Datuk Sosilawati. Masih menarik ke cerita dia? Kalau cuma seorang yang tulis, mungkin lah ia akan jadi topik yang hot, tapi bila dah banyak sangat.. apa jadi? Tak kena dang tu pun dah kira cukup baik.

Sebab kedua kenapa mereka tak nangs adalah faktor penggunaan bahasa. Blog melayu bermakna entry pun dalam bahasa melayu jugak la kan. Adakalanya faktor bahasa ni jugak menjadi punca kenapa mereka tak datang beri Nangs.

Serupa dalam entry aku yang sebelum-sebelum ni, aku pernah cakap yang ada antara mereka yang kurang baik bahasa melayunya. Lepas tu blog bahasa Melayu ni pulak banyak yang syok sendiri, pergi guna loghat tempatan la, ada yang guna shortform la, dan tak kurang jugak yang menggunakan ayat-ayat yang susah untuk difahami.

Kesian diorang.. berkerut-kerut dahi diorang nak cuba memahami mesej yang korang cuba nak sampaikan tu.

Kadang-kadang bila aku buat blogwalking, aku terjumpa jugak blog yang bila aku baca aku langsung tak faham apa yang ditulis. Banyak sangat hhe hihi hooho hahah ngeh ngeh. Ok aku faham itu menunjukkan happy mood dan mungkin penulis tengah ketawa waktu tu. Tapi come on la, takkan every sentences must have all those laughing. Soooo annoying.

Aku pernah interview one of the chinese blogger. Aku tanya dia kenapa tak nang blog BM dan kenapa blog BM selalu sangat tak dapat masuk featured post dalam innit.

Nak tau apa my fellow Chinese blogger tu kata?

She/He said that "we are not purposely didn't want to nang Malay post, it is just because my Malay is not that good. That is why i prefer to read english blog only."

"They are just comfortable with English post, that is why they didn't nang malay post"

It has nothing to do with races or what is it. It just the language is the main reason.

Selain 2 sebab ni, ada sebab lain tak kenapa tak dapat nang? Ada..

Headline. Headline langsung tak ada attention grabber. Sebab tu tak dapat Nangs.

So, macam mana dengan pendapat aku? Korang ada pendapat lain, jangan teragak-agak.. sila kongsikan ye.

Solute dengan KenWooi sebab selalu ada dimana-mana. Rajin dia ni terjah blog BM.

**********************************************
Korang dah download ebook Panduan Promosi Blog & Tingkatkan Trafik?
Kalau blum download, sila klik sini


Penulis:

Sabree Hussin
www.mohdsabree.com
www.sabreehussin.com

Ahad, 26 September 2010

5 Proven Technics To Make Your Blog Post A Featured Post On Innit


First and foremost, thank you very much for dropping by and reading my post. In this post, I promise you guys that I will reveal method that I used to be featured on Innit Featured Post. So, stay tune and read until the end.

Now, siapa yang tak nak entry korang tersenarai dalam featured post, korang semua boleh lah berenti baca apa yang aku nak tulis ni, dan segera klik button [x] yang ada dekat browser korang ye.

Mesti korang pelik kan, kenapa la aku ni nak tulis benda-benda yang macam ni. Bagus sangat ke aku ni. Layak ke aku tulis tips-tips yang entah ye entah tak. Ok.. saya mengaku, saya bukan blogger terhebat atau orang paling layak untuk tulis ni semua. Aku bukan pakar.

Tapi setidak-tidaknya tips yang aku nak bagitau ni pernah menjadikan post aku jadi antara top post dekat innit. Itu pun kalau korang pernah terperasan aku la hhe.




Korang semua tau apa kesannya bila jadi featured post dekat innit? Yup.. Traffik. Exposure. Visibility. Sebenarnya kalau entry kita jadi top post pun ia tak mumbuktikan pape pun. Tak ada la nak kata yang dia ni blogger yang terer atau apa-apa sekalipun.

Baik, jadi untuk berkongsi dengan korang semua. Macam mana nak buat post korang tersenarai dalam featured post? Let's get serius.

Pertama, cara ni memang ramai orang buat. Buat satu pakatan antara blogger yang ada akaun nuffnang. Kemudian buat persetujuan untuk nangs entry sesama ahli. Orang kata 'Gang Nangs' lah ni. Tak salah, cuma featured post akan jadi tak natural. Post yang best tak dapat nangs yang banyak, tapi post yang macam sampah jadi featured pulak.

Korang nak guna cara ni, nilaikan sendiri baik atau buruk. Sila fikir long term. Cara ni hanya baik untuk short term. Lama-kelamaan orang pasti akan mula perasan dan akan mula benci korang. Ops.. benci dengan perbuatan korang.

Kedua, jadi seorang blogger yang rajin bersosial dan aktif dalam innit. Chatting, blogwalking, keep posting new articles. All this method. Ini yang aku maksudkan dengan visibility. Setiap kali orang bukak innit je, ada post korang, sampaikan orang dah terbiasa nak baca entry korang. Tak jadi featured pun tak ada masalah.

Cara kedua lagi neutral. Baik untuk long term. Untuk guna cara kedua ni, pastikan beberapa perkara ni korang ambik berat. Pertama sekali ialah trademark, dan kedua adalah brand name korang.

Trademark aku ialah muka aku sendiri, dan brand name aku ialah nama aku iaitu mohdsabree. Sangat-sangat digalakkan untuk guna muka sendiri supaya orang senang nak kenal. Jangan guna thumbnail selain muka korang sendiri. So that, bila orang bukak innit terus nampak muka korang. Orait, nangs kamu satu kali.

Kalau yang guna gambar cartoon atau lain-lain avatar, sangat di syorkan korang tukar ke wajah korang sendiri. Ini cuma pandangan je.

Ketiga, part yang paling crucial sekali nak tarik perhatian pembaca. Tak lain dan tak bukan. HEADLINE. Merujuk entry aku sebelum ni, headline kena sangat catchy. Sekali baca orang tertanya-tanya terus apa cerita ni.

Sebagai contoh, dalam akhbar harian metro bertarikh 25 september 2010, headline dia "Sosilawati Tidak Di Rogol". Perkataan rogol aku merahkan sebab perkataan keramat tu la yang menyebabkan orang tertarik nak baca. Ingat lagikan aku pernah tulis pasal seks, duit dan wanita?

Kalau tak pernah baca, boleh baca. Tajuk dia Buffered Earning ~ What You Don't Know and Must Know About It~

Ketiga, bahagian description. Ramai aku tengok diorang ni cuma copy paste je pendahuluan apa yang ada dalam blog diorang. Bajet orang nak baca sampai habis lah tu kalau terbaca pendahuluan yang belum tentu menarik tu. Sori siket... Sepatutnya korang kena manfaatkan bahagian ni dengan sebaik-baiknya.

Apa patut tulis dalam ruangan description sebenarnya? Jawapan dia ialah ayat-ayat promosi untuk mengajak pembaca baca blog post korang.

Contoh Head line: How to makes more money with Nuffnang
Description : You think that you know all the tricks and tips using Nuffnang? How about if you are not 100% correct. Find out the secret technic that the expert hide all this while.

Macam mana? Boleh terima tak? haha ok nampak macam outrageous and exaggerate sangat, ye tak? tapi tak ape. Boleh ubah ikut kesesuaian korang. Nak buat duit lebih dengan Nuffnang, sape yang tak nak kan? Description pulak macam melambai-lambai nak suruh kita baca. Macam ada benda yang kita tak tau pulak dalam entry tu. Padahal info dalam tu biasa-biasa je. Ceis terkena sudah.

Please alert, make sure jangan terlalu memperbodohkan atau membuat pembaca nampak bodoh kalau tak mau pembaca avoid entry korang.

Ni kalau korang perasan, merangkap teknik keempat yang aku nak persembahkan. Tulis tajuk dan description dalam Bahasa Inggeris.. walaupun blog korang dalam bahasa melayu. Kenapa bahasa inggeris? Sebab ia bahasa universal.

Ok this is the fact, ramai blogger nuffnang yang kurang baik bahasa melayunya. Especially kawan-kawan blogger yang berketuranan cina. Maaf, jarang sangat-sanagt untuk jumpa blogger india. Chinese blogger lebih prefer guna Bahasa Inggeris. Tengok je la blog diorang, mana ada yang tulis Malay.

Ingat, sekarang ni kita nak mereka nangs entry kita. So, tulis tajuk dalam English, dan description pun English. Lepas diorang klik dan dibawak ke blog kita, tengok-tengok kita tulis dalam Malay.. Tak apa la. Yang penting korang dapat 1 Nangs dan dapat jugak satu visitor. Ini tujuan kita diawal-awal lagi pun kan.

Remember, those chinese blogger bukan descriminate blog bahasa melayu. Tapi ada sebab kenapa mereka jarang bukak dan baca blog bahasa melayu. Itu aku akan kupas next entry pulak.

Korang tak berapa bagus dalam english. Come on.. Stop giving excuse. Work for it. After all, it only one simple sentence.

Kelima, this is the most crucial. Ni yang aku maksudkan dengan method yang paling korang kena perhatikan betul-betul. It is called timing. You must know the characteristic and behaviour of the innit. Don't ever post your entry in the wrong time, or else people will not notice your entry.

Ada satu masa terlalu ramai orang post entry serentak. Kalau entry korang tak cukup baik, ditambah pulak saingan yang sangat tingi. Possibility untuk entry korang tenggelam dalam entry-entry blogger lain pun akan jadi sangat lah tinggi.

Jadi, bila masa yang paling sesuai untuk post entry dalam innit. Aku bagi jawapan yang general je. Waktunya ialah bila persaingan korang rendah. Time tu cepat-cepat la post entry korang tu ye.

So, how about my 5 technics ni? Boleh pakai? Setuju? Tak setuju? Tak ape. How about bagi sedikit pandangan dekat ruangan komen ye. See you next entry.

Akan datang aku akan tulis berkenaan kenapa Blogger Chinese Tak Nangs Blog Bahasa Melayu. So, see ya

Penulis:
Sabree Hussin
www.sabreehussin.com
www.mohdsabree.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...