Sabtu, 2 Oktober 2010

Nak Kena Ambik Exam PMR 5hb Ni

Dengar sini baik-baik nasihat cikgu nih, tak lama lagi korang semua nak exam dah. Dah tak lama lagi dah. Korang semua ada lagi dalam 3 hari je lagi untuk bersedia.

Ingat murid-murid semua, apa yang cikgu dah pernah ajar, rujuk balik nota-nota penting.. mana-mana rumus tu kalau boleh hafal cuba hafal, insya allah nanti time exam akan lagi mudah.

Belajar tu belajar jugak, tapi jangan teruk sangat. Study jangan sampai jauh-jauh malam. Cikgu tak nak ada pulak nanti yang demam. Jaga kesihatan, minum air masak banyak-banyak, dan kalau boleh jangan lupa ambik multivitamin ye. Ni untuk tambah tenaga dan supaya kamu semua ada kekuatan nak jawab exam.

Lagi satu, belajar tu belajar jugak. Jangan lupa pada tuhan tau. Sembahyang yang wajib jangan tinggal, tambah-tambah sikit dengan amalan sunat. Doa jangan lupa. Mintak pada tuhan supaya di saat akhir-akhir ni Allah bukakkan pintu hati kita supaya bila tiba masa kita nak kena jawab exam nanti mudah kita nak jawab.

Apa-apa pun tawakal. Tuhan tu tau apa yang terbaik untuk kita, kalau kejayaan itu adalah yang terbaik buat kita, maka itu lah yang kita akan dapat.. dan kalau sebaliknya maka ketentuan Allah itu lah yang paling utama...

Ustazah masih lagi pot pet pot pet kat depan. Serius aku cakap, satu apa pun aku rasa tak masuk dalam kepala otak aku.

Dalam hati aku dup dap dup dap... cemas. Aku betul-betul tengah cemas ni. Mati la.. macam mana aku nak jawab exam tu nanti, dah la aku tak pernah study langsung. Err bukan tak pernah langsung, tapi dah lama gila aku tak bukak buku langsung nih macam mane ni..

Peluh makin banyak menitis dah masa tu.. ye la.. mana nak study Bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, agama, sejarah, geografi, sains, kemahiran hidup, dengan bahasa arabnye lagi. Subjek yang nak kena hafal fakta argh... Tidak!! mau bungkus aku exam kali nih.

Aku memang takut sangat-sangat kalau aku tak boleh nak score A dalam PMR ni

Dari jauh aku tengok one of the classmate buat muka berlagak tenang. Entah ye atau memang cuma perasaan aku je, sesekali aku lihat dia macam sengih mengejek dekat aku. Hampeh kau, nak makan penumbuk ke

Tengah aku dalam keadaan yang masih lagi tak keruan dek kerana banyak nye nak kena study.. tiba-tiba aku terdengar pulak suara bonda ku.

Bangun la, nak maghrib ni. Dah tau dah petang pegi tido tu buat apa?!

Aku cuba bukak mata.. a'a la.. memang mak aku, dan aku pun memang ada dekat rumah. tertido pulak dekat depan laptop..

Bila teringat balik... PMR... ish ish perkara tu aku lalui 7 tahun lepas.. Alhamdulilah, berkat doa mak dan guru.. dapat 8A 1C ( oh kenapa ada C? Baik korang jangan tanya ha hah)

1 ulasan:

  1. soalan yang tak leh tanya tu yang suke nak tanya....nape c...subjek ape ek..jangan marah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...