Memaparkan catatan dengan label homestay dungun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label homestay dungun. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mac 2015

Bisnes servis memang SANGAT MENGUNTUNGKAN! Anda Wajib cuba


Jika anda tanya saya, apakah bisnes yang boleh dimulakan oleh orang baru dan tak memerlukan modal yang terlalu besar, dah tentu saya akan kata bisnes yang berasaskan servis.

Tak faham maksud bisnes servis? 

Bisnes dalam bidang perkhidmatan. Apakah agaknya perkhidmatan yang sesuai untuk anda tawarkan dan yang paling penting mempunyai nilai komersial sehingga boleh dijual dan ada yang berminat untuk beli? 

Baiklah, sebelum saya ulas topik ini dengan lebih panjang, saya nak ceritakan dulu, kat mana tempat yang SESUAI untuk anda JUAL servis yang bakal anda tawarkan sebagai bisnes permulaan anda. 

Saya ingin perkenalkan... Laman web Fiverr



Awas. Jika ini adalah kali pertama anda mendengar tentang Fiverr, saya sarankan anda muat turun juga panduan buat duit di Fiverr dilaman web ini

Ini adalah kerana saya tak akan menerangkan secara details tentang laman web fiver dan bagaimana ia akan jadi satu lubuk emas bagi anda buat duit secara online nanti.

.

..

Kenapa mesti buat bisnes servis? 

Bisnes jenis ini tidak memerlukan modal yang besar.

Adakah saya pernah tawarkan apa-apa servis yang mempunyai nilai yang boleh dikomersialkan? 

Ya. 

Memang ada. Lazimnya, saya lebih gemar untuk tawarkan perkhidmatan menulis artikel review untuk produk yang dijual oleh klien-klien saya. Sama ada produk sendiri, fizikal atau digital, offline mahupun secara online. 

... dan salah satu job penulisan artikel yang saya tawarkan adalah servis menulis artikel tentang servis dan perkhidmatan homestay di Dungun iaitu Homestay Solehah Dungun.

.

..

Adakah anda tahu, berapakah kosnya untuk menghasilkan artikel ini? 

Tiada sebarang kos. Modalnya hanyalah sedikit masa, dan usaha untuk menghasilkan perenggan demi perenggan hinggalah ia lengkap menjadi satu artikel yang sempurna.

Untuk artikel ini, saya akan caj sekitar RM50 (minima) ke RM350. 

Anda bayangkan begini dah cukup. 

Jika saya caj RM50, bermakna saya dah untung kasar sebanyak RM50

...dan jika saya caj RM350, untung kasar saya ialah RM350 juga. Adakah anda dah nampak sekarang ni, potensi dalam bidang perkhidmatan? 

.

..

Sebenarnya, bukan ini sahaja perkhidmatan yang anda boleh tawarkan. Ada banyak lagi. Mungkin anda lebih tahu dan lebih jelas apa kemahiran yang anda miliki yang boleh anda komersialkan.

Apa kata anda jual perkhidmatan anda kepada pasaran LUAR NEGARA? 

Laman web Fiverr ini adalah laman web international. Boleh kata satu dunia akan berkunjung ke web tersebut bagi mencari servis yang bersesuaian dengan kriteria mereka. 

Maka kat sinilah peluang anda. 

Lebih-lebih lagi jika anda sememangnya tak asing lagi dengan kerja-kerja memberi perkhidmatan. 

Jika anda ada kemahiran menterjemah, maka anda boleh tawarkan perkhidmatan tersebut di laman web Fiverr.

Seandainya anda ada kemahiran menghasilkan design seperti logo, ebook ecover, dan sebagainya, ia juga sangat diperlukan di fiverr. Antara servis yang memang hot dan popular di fiverr ialah yang berkaitan dengan design dan art. 

.

..

Ada tak orang yang boleh bantu ajar saya buat duit di laman web fiverr? 

Mungkin ini soalah yang bermain di fikiran anda. 

Tak perlu risau. Memang ADA. 

Dan nama orang yang boleh ajar anda iala Nigel Ong. Ini pula laman web beliau. Boleh klik sini untuk lihat laman web Nigel Ong.

Saya tak tau, sejauh mana serius anda nak buat duit dengan cara ini. 

Saya juga tak tau, adakah anda benar-benar yakin dan pasti anda memang mahukan peluang untuk buat duit menerusi platform fiverr ini.

Apa pun, anda boleh terus hubungi sendiri penulis ebook tersebut. Dia lebih berpengalaman dalam selok belok perniagaan perkhidmatan di laman web fiverr.



Saya dedahkan kaedah untuk sedut USD dengar menawarkan bisnes dalam bidang perkhidmatan. Kat atas ni pula adalah bukti screenshot pendapatan yang diterima bagi mereka yang memang komited untuk menawarkan servis yang terbaik di fiverr.
     

 

 

Sabtu, 28 Mac 2015

Buat duit dengan Nuffnang, Isarus dan Homestay Solehah Dungun


Entri ni saya catatkan pada pagi hari Sabtu. Hmm... ada beberapa perkara yang menarik yang saya nak buat hari ini. 

Antaranya. 

.

..

Saya nak naikkan level dan nak kuatkan karekter Isarus The Phoenix! 

Apa benda ni? 

Ha ha cubalah teka. 



Saya pun tak sangka, rupanya karekter ni sangat kuat. Memang worth it untuk dijadikan salah satu karekter UTAMA untuk dibawa ke crusade dan battle di arena. 

Pengalaman saya sendiri, saya selalu ada masalah nak menang bila berhadapan dengan mana-mana player yang ada karekter Isarus The Phoenix ni dalam arena. 

So after this, bila saya dah ada karekter ni, mudah-mudahan saya tak akan senang-senang kena buli kat Arena lagi. Ha ha

.

..

Buat duit di Nuffnang dah jadi MAKIN BEST

Perasan tak? Sekarang ni Nuffnang dah mula bagi banyak iklan-iklan untuk disiarkan di blog. Tak seperti tahun-tahun yang sudah. 

Kalau nak dapatkan even satu iklan pun bukan main susah lagi. 

Sampaikan satu masa dulu, ramai jugak yang dah mula buang iklan Nuffnang di blog masing-masing. Apa taknya, earning dia ciput sangat. Rasa macam langsung tak berbaloi nak siarkan iklan mereka. Kita susah payah letak iklan, tarik trafik, tapi Nuffnang ni tak bagi sebarang pulangan yang menggembirakan. 

Sekarang? Boleh tengok screenshot kat bawah ni 



Untuk bulan March ni sahaja, saya dah dapat 14 kempen iklan yang berbeza. Semuanya masih on going dan masih lagi memberi hasil kepada saya.

Saya ada tulis beberapa artikel tentang Nuffnang. Boleh klik di sini untuk baca mengenai buat duit dengan Nuffnang.

.

..

Prestasi iklan Advertorial Homestay Solehah Dungun 

Kalau untuk kata kunci "homestay solehah Dungun"  memang artikel advertorial yang saya hasilkan dah pun berjaya masuk ke muka surat pertama google. 

Tetapi, untuk kata kunci "homestay Dungun" itu satu cerita yang berbeza. 

Ia tak semudah yang disangkakan. 

Banyak juga laman web yang saya perlu bersaing untuk dapat masuk ke page pertama. Status sekarang ni masih lagi ding dong sama ada di page keempat mahupun di page kelima google. 

Nampak sangat ada banyak sangat perkara yang saya kena buat untuk pastikan artikel tersebut boleh dapat kedudukan yang TERBAIK di page laman carian google.

Apapun, selamat bercuti saya ucapkan kepada anda yang sedang bercuti hari Sabtu seperti sekarang ni. 

Perjuangan masih belum berakhir. Yeah!

   
 

Jumaat, 13 Mac 2015

Pembongkaran Kata Kunci TERBUKTI Boleh Buat Duit

Buat pengamal kaedah pemasaran SEO atau Search Engine Optimization, lazimnya mereka tak akan bocorkan apakah keyword EMAS yang membantu mereka untuk buat duit online secara konsisten.

Sebabnya SEO ni leceh. 

... dan tak ramai yang mampu dan sanggup nak bersabar dalam menerapkan teknik-teknik SEO dalam penulisan dan pembinaan laman web mereka. 

Bukan sahaja SEO ni leceh, malahan ada ketikanya ia makan masa yang sangat lama untuk menampakkan hasilnya. 

Ok... 

Untuk tujuan penerangan dan pembelajaran, kali ini saya akan dedah satu kata kunci yang saya sasarkan untuk buat duit at least RM70 - RM100 setiap bulan dari satu program di internet ni. 

Nama program tersebut ialah Program Referral ToneXpress.

Alhamdulilah, program ni telah pun menjadi salah satu sumber pendapatan yang konsisten sejak penghujung bulan Disember 2014 lagi. 

.

..

Dan baru-baru ni, saya terima lagi bayaran daripada program ni. 



.

..

Kali ini saya terima bayaran sebanyak RM98 pula. 

Alhamdulilah, syukur. Cukup untuk renew domain ataupun kalau nak beli simkad boleh dapat dua keping dengan duit sebanyak ni. 

Simkad apa? 

Jeng jeng jeng 

Simkad BestMobile la. Kalau simkad Tone Excel memang tak cukuplah nak dapat sampai dua keping.

.

..

Apa dia kata kunci untuk buat duit dengan ToneXpress ni? 

Sebenarnya ada banyak kata kunci yang sangat berpotensi untuk buat duit dengan ToneXpress ni. Namun, untuk peringkat permulaan, sejak dari bulan Disember hari tu, saya hanya fokuskan pada kata kunci "komisyen ToneXpress".

Itu sahaja. 

Sasarannya ialah para pengguna internet yang masih lagi tak faham dengan program dan yang ingin tahu lebih lanjut bagaimana komisyen ToneXPress dikira. 

Sejak saya fokus pada kata kunci tersebut, ini kesannya


Apa yang anda sedang lihat sebenarnya ialah hasil carian google di muka surat pertama bagi kata kunci Komisyen ToneXpress.

Kebanyakkan laman web yang dipaparkan adalah milik saya. 

.

..

Inilah yang saya katakan teknik Takluk Search Engine Google. 

BEST kan?

Jika anda nak sasarkan kata kunci yang sama, mungkin agak susah sikit. Jadi, nasihat saya, anda target kata kunci lain dan mula menulis. Mana tahu, lepas ni giliran anda pula berpeluang buat duit secara autopilot macam ni. 

Ok, sekarang ni saya nak fokus rank kata kunci "homestay Dungun" pulak. Hmm... yang kali ini cabaran dia memang agak besar. Tapi tak apa la... saya cuba jugak.
 

 

Isnin, 2 Februari 2015

Bisnes Homestay Memang Lumayan Bro...

Betul ke bisnes homestay ni lumayan?

Agak-agak, kenapa ya pemilik harta tanah lebih memilih untuk jadikan properties yang dimiliki tu sebagai homestay berbanding rumah sewa biasa? 

Bukan ke lebih senang macam tu? Beli satu rumah, kemudian sewakan kepada satu penyewa. Kalau penyewa tu duduk rumah tu selama 6 tahun, dah tentu-tentu pemilik rumah tu akan dapat cash flow yang konsisten selama 6 tahun tu jugak. 

... dah tak perlu pening-pening nak cari pelanggan atau penyewa baru setiap hari. 

The mystery is... WHY HOMESTAY CONCEPT?

.

..

Dalam misi pencarian saya untuk kenal pasti lokasi homestay di Dungun, saya menemui ramai sebenarnya pemilik homestay di Dungun yang menggunakan perkhidmatan Google Adwords untuk mengiklankan perniagaan homestay mereka. 


.

..
Modal untuk beriklan di google menggunakan google adwords, mungkin dalam sekitar RM0.50 - RM2.00 per klik.

Manakala bayaran yang dikenakan per customer untuk menginap di Homestay selalunya adalah sekitar RM180 - RM300 untuk satu malam. 

Wow

Dah berapa kali ganda untungnya tu?

Biasanya, hanya pelanggan yang benar-benar nak menyewa sahaja yang akan buat carian macam ni. Kalau tak, dia tak akan susah payah nak google kat mana dia boleh dapatkan homestay kalau di Dungun. 

So, untung ke untung bisnes jenis Homestay ni? 

Ok la... saya pun ada buat cover story tentang salah satu homestay di Dungun. Boleh klik: Homestay Solehah Dungun: Destinasi Penginapan PILIHAN di Dungun

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...