Memaparkan catatan dengan label buat duit dengan blog dan nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat duit dengan blog dan nuffnang. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2014

Iklan Nuffnang Tak Jalan La Pulak...

Buat duit dengan Nuffnang.

Ini salah satu program pengiklanan yang saya gemari. Mungkin sebab saya dengan Nuffnang ada sejarah yang agak panjang. 

Nuffnang ni juga adalah satu-satunya program pengiklanan tempatan yang pernah membayar hasil usaha saya berpenat lelah menulis blog. 

Malahan tak salah untuk saya katakan, Nuffnang adalah salah satu pilihan terbaik untuk saya buat duit online tanpa modal.


Blog ini juga nampaknya dah mula dapat perhatian daripada Nuffnang.

buat_duit_nuffnang


Lama juga saya tunggu-tunggu peluang untuk dapatkan CPUV earning daripada Nuffnang. 

Akhirnya dapat juga. 

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang pelik. 

Earning tak jalan.

Walaupun bila saya semak di dashboard, blog ini menerima kunjungan yang agak ramai. Jadi... salah satu sebab yang saya dapat fikirkan, ia mungkin sebab pelawat yang masuk ke blog ini mungkin bukan manusia.

Kalau bukan manusia... siapa? 

Jawapannya ialah... ROBOT. 

Robot dari search engine. 

Ataupun mungkin software khas yang dibangunkan untuk tujuan autocommenting atau auto surfing ke laman-laman web tertentu. 

Itu pun mungkin sahaja. Satu teori yang saya sendiri tak dapat nak buktikan.

Cuma saya perasan benda ni mungkin betul sebabnya walaupun hits yang masuk ke web ini agak ramai, tetapi tak ada sebarang interaksi. 

Entahlah. 

Ini pun main agak-agak je. 

Apa pun terima kasih Nuffnang sebab beri saya banyak kempen CPUV dan peluang nak buat duit dengan Nuffnang.    

 

Isnin, 6 Oktober 2014

Prestasi Akaun Nuffnang Setakat Oktober 2014

Prestasi akaun Nuffnang khas untuk blog ini. 

Hmm....

Susah nak cakap. 

Nak kata blog ni tak ada trafik sangat, tak jugak.

Cuma apa yang boleh saya katakan, nampaknya program pengiklanan Nuffnang masih belum lagi bersedia nak hadiahkan sebarang kempen CPUV earning kat blog ini. 

Berbanding blog saya yang satu lagi, ada tu sampai 8 CPUV earning Nuffnang dia bagi.

Untuk blog dari blogspot... mungkin inilah cabarannya. 

Lagi-lagi untuk blog yang memang jarang dan tak pernah dipromosikan menerusi kaedah blogwalking. 

Kebanyakkan trafik datang dari search engine ataupun halaman google+

Mungkin juga statistik yang banyak menyumbang kepada pertambahan pelawat ke blog ni sebenarnya bukannya pelawat sebenar. Tetapi hanya bots.

Atau kalau pelawat sebenar sekalipun, mungkin sebenarnya mereka tu ialah orang dari luar negara. 

Bukan daripada South East Asean (SEA)

Terlalu banyak kemungkinan. 

Ah mungkin juga iklan Nuffnang kurang sesuai untuk blog yang tak banyak trafik.

Tak apalah... saya akan terus usaha lagi. 

Mungkin ini petanda yang usaha saya masih belum cukup. Nak kena tambah lagi  

 

Rabu, 21 Mei 2014

Income Nuffnang Slow dan Tak Konsisten?

Setiap kali saya terpandang iklan nuffnang yang berkelip-kelip yang tersiar di blog utama saya, hati saya pasti akan tertarik untuk semak prestasi perjalanan iklan tersebut. 

Ye la.. mesti lah nak tau berapa ringgit dah berjaya diperolehi.

Of course saya tulis blog sebab nak buat duit. 

In fact, nak buat duit merupakan salah satu tujuan saya menulis dan menghasilkan beratus-ratus blog dan menghabiskan berjam-jam masa yang saya ada. 

Kalau apa yang saya buat ni tak ada kena mengena langsung dengan motif nak buat duit, memang tak ada makna saya nak siarkan mana-mana iklan. 

Malahan, kadang-kadang saya juga akan buat review mengenai program affiliate. 

Kan dah nampak sangat tu. 

Gelakkan je orang-orang yang konon-kononnya menulis bukan sebab duit, tapi blog dia lah yang paling banyak iklan. 

Sampai nak baca pun susah. 

Kejap-kejap keluar pop up. Kejap lagi keluar pop under.

Cara nak buat duit dengan nuffnang saya dah pernah cerita sebelum ni. 

Ambik kod iklan, lepas tu tempek je kod tu kat blog kita. Lepas tu biarkan je la.

Saya personally dah pernah cash out earning daripada Nuffnang beberapa kali. 

Walaubagaimanapun income dari Nuffnang ni kurang konsisten. (untuk kes saya ni la... orang lain mungkin lain isu dia) 

Jadi kalau nak buat duit online dan income kita tu pulak memang seratus peratus datangnya dari sumber online, maka kena waspada dan perbanyakkan sumber. 

Saya target income saya dari buat duit online RM10,000 konsisten setiap bulan. 

Masih jauh lagi, mungkin sebab ada banyak lagi yang saya tak tau kot. 

Tak apa la... usaha tangga kejayaan. 

Yang penting kita gerak kena kedepan, walau macam mana banyak halangan sekalipun. 



 

Khamis, 8 Mei 2014

Nak pasang semula iklan Nuffnang?

Blog ini memang dah lama tak dipasang dengan iklan dari Nuffnang. Dulu pernah pasang, tapi sekarang terpaksa keluarkan srip iklan tu dulu.

Maka sekarang ni, satu-satunya blog yang masih lagi dipasang dengan skrip iklan nuffnang ialah blog saya yang ini.

Kalau anda klik, anda akan dibawa ke blogpost saya yang menjual produk kasturi syifa al muafi. 

Terapi ikhtiar untuk merawat pelbagai penyakit seperti gangguan jin dan makhluk halus. 

Dulu saya terpaksa remove iklan nuffnang sebab jumlah trafik yang masuk ke blog ni terlalu sedikit. Tak berbaloi nak siarkan iklan Nuffnang. 

Lepas tu, bila traffic sikit sangat ni pulak, saya perasan, agak susah nak dapatkan buffered earning. Ya ini istilah lama. 

Kalau istilah yang baru, kita panggil ia cpuv earning.   

Rabu, 2 Oktober 2013

Buat duit dengan blog, website & Facebook

Blog ni dulu ada siarkan iklan dari Nuffnang, dan kalau kalian rajin untuk tengok-tengok artikel-artikel lama dalam blog ni, pasti kalian akan perasan aku ada sentuh beberapa perkara tentang Nuffnang.

Masalah aku dengan Nuffnang dulu ialah bila aku listkan banyak sangat blog dalam satu akaun, kesannya ialah aku susah nak dapat buffered earing. Sekarang ni dikenali dengan nama CPUV campaign.

Selain dari tu, iklan nuffnang yang cantik-cantik tu pulak biasanya cuma muncul waktu tengah-tengah malam.

Waktu tak ramai orang yang browse internet.

Waktu orang tengah tidur barulah nak muncul iklan-iklan best dalam blog aku.

Ni la salah satu masalah bila kita terlalu bergantung pada ads network, kita kurang keupayaan untuk kawal sepenuhnya bila iklan nak keluar.

Baca lagi kat sini >> Buat duit dengan blog, website & Facebook 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...