Anda tak salah baca.
Kalau dulu, saya banyak bercerita tentang kedai runcit, kali ini saya akan lagi banyak menulis tentang kedai online.
Projek kedai online ni, saya dah mulakan sejak beberapa tahun yang lepas. Awal-awal dulu, saya buat sambil lewa, dan saya tak nampak benda tu sebagai satu usaha untuk mewujudkan sebuah kedai online yang berjaya.
Kemudian saya perhatikan, dari usaha yang tak seberapa tu, ia mula membuahkan hasil.
Ye la... pada mulanya, hasilnya memanglah nampak tak seberapa. Kemudian ia makin meningkat naik dan lepas tu, ia mula konsisten menyumbangkan pendapatan kepada saya.
Benda bila dah memang terbukti, dari pengalaman sendiri pulak tu, yang sistem kedai online ternyata memang boleh menyumbangkan pendapatan, tak kan nak buat ala kadar? Tak kan nak buat main-main kan...
Bila buat main-main tu, maka hasilnya juga akan jadi tak seberapa.
Apa konsep kedai online yang menjadi pilihan saya?
Kalau dalam posting sebelum ni yang berjudul pelbagai contoh kedai online dan penerangan ringkas, saya ada sebutkan tentang jenis-jenis kedai online yang kita boleh lancarkan, kali ini saya nak fokus kepada pilihan utama saya.
Saya lebih cenderung untuk memilih kedai online yang berkonsepkan "content-rich website" berbanding laman web jenis ecommerce untuk kedai online saya.
Membuat jualan menggunakan laman web yang dimuatkan dengan pelbagai jenis artikel, especially blog, pada saya lebih mudah berbanding kalau laman web ecommerce.
Bagi mereka yang masih belum biasa dengan kaedah pemasaran Search Engine Optimization, untuk pengetahuan anda, laman web berkonsepkan blog adalah lagi mudah untuk mendominasi muka surat pertama enjin carian google berbanding lain-lain jenis laman web.
Cubalah anda buat carian, tentang apa-apa jenis perkara, produk atau servis.
Besar kemungkinan, laman web yang akan anda jumpa yang terpapar di muka surat pertama adalah laman web jenis blog atau laman web yang sarat dengan konten.
Oh ya, anda juga mungkin akan jumpa hasil carian dari laman web ecommerce seperti Lazada, dan mungkin akan jumpa Amazon dan sebagainya, namun anda perlu tahu, laman web tersebut berjaya masuk ke page pertama disebabkan oleh reputasi yang dimiliki oleh laman web tersebut.
Sebaliknya, kalau laman web ecommerce anda masih baru, belum ada yang kenal, anda akan dapati cukup susah untuk laman web seperti itu masuk ke page pertama google untuk kata kunci yang ada potensi untuk mendatangkan jualan.
Bawah ini adalah hasil daripada projek kedai online yang saya bina.

Saya ada cerita bagaimana dengan memanfaatkan hobi menulis dalam blog akhirnya berjaya memberikan saya pendapatan pasif seperti diatas ini.
Anda juga boleh dapat hasil yang sama, ataupun mungkin lebih baik daripada apa yang saya perolehi ini, jika anda juga buat apa yang saya buat.
Apa yang penting, nak atau tak nak? Itu sahaja.
Saya membina sebuah laman web yang saya muatkan dengan pelbagai jenis artikel. Setiap artikel fokusnya adalah untuk menyelesaikan masalah pengguna internet dan ada juga yang berperanan untuk beri jawapan kepada persoalan yang dialami oleh pengguna.
Sesetengah masalah yang dibincangkan, boleh diselesaikan melalui pembelian produk atau servis tertentu. Contohnya, anda ada masalah untuk mempromosikan bisnes homestay milik anda.
Masalah ini, saya boleh bantu dengan cara membuat artikel-artikel pemasaran untuk memperkenalkan perniagaan homestay anda kepada seberapa banyak target prospek yang ada diluar sana.
Sekiranya orang tu ada masalah tertentu, dan selepas membaca artikel yang saya siarkan, jika dia merasakan masalah dia boleh selesai setelah ikut apa yang saya cadangkan, maka dia akan buat keputusan untuk beli apa yang saya cadangkan.
Dari situ je, saya boleh dapat pendapatan dari hasil jualan produk itu secara automatik.
Jadi begitulah konsep kedai online yang menjadi pilihan hati saya. Saya suka gabungkan konsep blogshop + artikel + program affiliate.
Sebabnya, satu hari nanti, saya mengharapkan apa yang saya buat ini akan menyumbangkan pendapatan pasif kepada saya dalam satu angka yang lagi besar.
In Shaa Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan