Adakah susah kalau nak buat duit dengan menulis?
Saya rasa, benda ni tak sesukar mana. Mungkin sebab saya memang dah biasa buat duit dengan cara ini.
Ketika saya menulis khusus untuk buat duit, saya cuba untuk tak nak fikirkan sangat tentang sebarang hasil atau pulangan yang mungkin saya akan perolehi.
Saya cuba untuk menulis sebaik mungkin, dan enjoy setiap detik yang saya gunakan untuk menulis.
Dulu, saya pun macam percaya tak percaya, dan selalu juga tertanya-tanya soalan seperti... "betul ke boleh buat duit dengan menulis ni..?"
Tapi sekarang ni, memandangkan yang saya memang dah beberapa kali menerima bayaran, disebabkan oleh kerja-kerja penulisan yang saya lakukan, secara automatik, saya dah mula tak terlalu fikirkan sangat soal bayaran.
Saya hanya akan jadi berkira apabila ada orang minta saya tuliskan tentang bisnes, produk atau servis yang dia jual. Ha... masa tu, baru saya mula fikir pasal duit.
Kalau tak, saya akan cuba menulis secara santai, dan cuba untuk lupakan terus tentang hal-hal penjanaan pendapatan.
Bila kita menulis ni... sudah tentu, fokus utama kita adalah pada pembaca. Kita cuba untuk hasilkan sebuah karya yang menghiburkan dan seronok untuk dibaca.
Kalau karya kita, lebih banyak tentang jual barang, jual servis, asyik suruh beli itu, beli ini... saya rasa lama-lama orang akan rasa bosan juga dengan penulisan kita.
Bila orang dah bosan, maka pada waktu tu, kita akan jadi seorang yang syok sendiri. Entah menulis untuk siapa.
Peluang buat duit dengan menulis di tahun 2018
Agak-agak tahun 2018 ni, masih ada lagi ke peluang nak buat duit dengan menjadi seorang penulis?
Pada saya, peluang tu masih tetap ada. Selagi manusia masih lagi mencari maklumat dengan cara membaca, selagi itu kita sebagai penulis ada peluang untuk buat duit menerusi kaedah penulisan.
Cuma bagaimana kita nak manfaatkan skil menulis hingga mampu jadi duit itu mungkin berbeza.
Mungkin anda nak tulis buku dan terbitkan.
Mungkin juga anda nak tulis dalam bentuk ebook sahaja.
Mungkin anda nak tulis dalam blog.
Mungkin anda nak tawarkan khidmat menulis dalam blog milik orang lain seperti yang di bincangkan dalam buku buat duit dengan freelance blogging.
Semua itu terpulang kepada cara dan keselesaan anda sendiri.
Dalam banyak-banyak kaedah yang saya senaraikan kat atas tu, ini adalah komen ringkas saya.
(1) Buat duit dengan cara menulis buku
Saya rasa kaedah ini agak leceh. Kena cari publisher, editor dan sebagainya. Royalti pun saya rasa tak begitu banyak. Kalau kita ni penulis baru, siapa yang nak jadi penerbit buku kita?
(2) Buat duit dengan menulis ebook
Cara ini saya pernah buat. Tulis ebook tu sekali sahaja, dan lepas tu boleh jual ulang-ulang kali.

Penulis ebook ini, hanya perlu tulis ebook ni sekali sahaja dan seterusnya ebook ini boleh dijual berulang-ulang kali. Tak akan ada isu kehabisan stok, sebabnya benda dalam format digital, mana ada akan ada isu kehabisan stok.
Kadang-kadang saya rasa geli hati juga bila ada penjual ebook yang menggunakan istilah kehabisan stok untuk ebook yang dijual. Kalau dia kata kuota dah habis tu mungkin saya boleh terima lagi... ini tak, ada ke patut dia kata kehabisan stok.
Anda boleh muat turun ebook Jutawan Homestay di halaman ini.
(3) Tulis dalam blog
Ini macam yang saya tengah buat sekarang ni. Saya tulis apa-apa yang terlintas di fikiran saya. Sekali tengok nampak macam membebel sendiri pun ada.
Tak ada sebarang bayaran untuk baca apa yang saya tulis. Semuanya free of charge, namun kalau ada yang tekan klik pada sebarang link yang saya kongsikan lalu dia buat pembelian, maka dari situ saya akan terima sedikit komisen.
(4) Tulis artikel untuk orang lain
Sesetengah pemilik perniagaan, dia memang nampak betapa kaedah pemasaran menggunakan artikel ni memang boleh memberikan impak yang positif untuk perniagaan dia.
Tapi oleh sebab kekangan masa, tak pandai nak tulis artikel yang menarik, dan macam-macam lagi sebab, yang menghalang dia untuk menulis, lalu dia upah orang lain untuk tulis.
Orang macam ni memang wujud. Cuma kita mungkin susah sikit nak jumpa.
Oleh sebab kita mungkin susah nak cari, individu yang akan bagi kita job, maka kita sendiri yang kena buat marketing, supaya mereka ni dapat jumpa kita. Buatlah marketing sebanyak-banyaknya, supaya mereka mudah jumpa kita.
Baiklah, rasanya dah agak panjang ni.
Saya harapkan perkongsian ringkas saya disini, ada yang dapat beroleh manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan