Ahad, 12 September 2010

RM yang Aku Bakal Perlukan!

Kalau diberi pilihanlah kan, agaknya berapa pendapatan sebulan yang korang perlukan. Sila andaikan yang korang boleh pilih apa-apa amaun mengikut sesuka hati korang ye.

So, berapa? RM10K? RM20K? Lebih dari itu?

Wah... Keperluan korang memang sangat besar nampaknye ye.

Kalau aku.. Tak banyak pun, sikit je, dalam ni aku dah pecah-pecahkan amount yang aku perlukan mengikut keperluan sahaja.

Jom tengok berapa yang aku perlukan

Makanan = RM1000
Kereta = RM1000
Rumah = RM1000
Hiburan = RM500
Bil-bil = RM500
Sedekah = RM500
Simpanan & pelaburan = RM1000
Jumlah Keseluruhan = RM5500

Okay... RM5500 sahaja. Tak banyak mana pun kan?

Persoalan dia sekarang, macam mana aku nak dapatkan amount sebanyak tu? Korang ada idea?

Tak lama lagi aku bakal tamat pengajian sebagai seorang degree holder. Kalau ikut harga pasaran, fresh grad akan dibayar sekitar RM1800~RM2000. Itu pun keja macam nak mati dekat private.

Tapi aku masih lagi short RM3500. Mana aku nak carik baki yang masih lagi short ni?

Kalau korang ada idea yang bernas, boleh tolong tunjuk cara dia dekat aku?

2 ulasan:

  1. salam aidilfitri..

    hohoho.buat freelance la bro..dengan kemahiran yg ada.

    BalasPadam
  2. kemahiran yang ada pun belum cukup power, masih lagi mengasah asah sampai jadik tajam...

    owh macam mana pun perlu cecah RM5500 sebulan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...