Rabu, 8 September 2010

Waktu Pagi, Kes Rompak dan Bunuh & Keselamatan

Dekat Malaysia sekarang ni jam sedang menunjukkan 3.33 pagi bersamaan dengan hari Rabu. Waktu entry aku tulis, aku rasa ia agak special. Bukan senang nak hit jam 3.33 pagi tu. Tapi for sure la, bila nak publish nanti, dia jadi lain. Dah tak jam 3.33 pagi lagi dah.

Pagi ni jugak angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa, selain suasana yang agak suram dekat luar, eh sunyi. Bunyi rintik-rintik hujan di awal-awal pagi (setengah orang akan kata waktu malam kot), ouch kalau hari biasa, maksud aku kalau selain bulan ramadhan mesti horror gila.

Yeah, suasana rumah aku dekat sini kadang-kadang tu memang betul lain macam. Boleh membangkitkan rasa takut sesiapa sahaja yang dah memang dilahirkan sebagai penakut. Takut dekat benda yang kita tak nampak lak tu. Orang putih pernah kata, I see, I believe!
Aku je yang kate, I write what I see.

Jadi, memandangkan satu apa pun aku tak nampak, tak dapat la aku nak tulis pape :p

Cakap pasal takut ni, sebenarnya lately, aku perasan yang time-time macam ni adalah waktu kritikal sebenarnya. Merata-rata tempat ramai orang kena bunuh waktu-waktu macam ni. Dalam bulan puasa ni jugak, ramai yang buat kerja tak baik ni, menyamun rumah orang. Dah samun, dia bunuh pulak.
Kenapa bulan puasa yang dipilih?

Aku sure, penyamun tu sendiri pun ada nafsu dan keinginan untuk sambut hari raya pada 1 syawal nanti. Jadi, ini pastinya dah menjawab persoalan yang pertama tu tadi. Kenapa bulan puasa.

Kedua, adalah disebabkan oleh norma orang yang bersahur ni pasti akan bangun malam untuk bersahur.
Kalau hari selain bulan puasa, penyamun pecah masuk rumah, jalan-jalan satu rumah... Satu barang berharga apa pun tak ada. Keluar balik dengan perasaan hampa pulak lepas tu.

Kalau waktu bulan puasa..

Bagi yang duduk dikawasan kampung, bilik air dekat luar itu standard. Bila dah keluar rumah, pintu terbiar tak kunci sekejap. Normal la, dalam rumah ada orang lagi, kunci lambat sikit pun tak ape.

Penyamun dapat masuk rumah dengan mudah, ada orang yang berjaga dan siap boleh paksa jadi penunjuk arah lagi. Risiko... mangsa akan nampak muka suspek. Kalau mangsa kenal suspek, nak tak nak suspek terpaksa bunuh mangsa.

Nauzubillah...

Semoga perihal macam ni dijauhkan daripada berlaku pada keluarga aku.


Perihal menjaga keselamatan peribadi sangat-sangat la penting. Jangan la diambik mudah perkara ni semua.

Pesanan khidmat masyarakat oleh :

Sabree Hussin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...