Rabu, 15 September 2010

Nuffnang Server Down lah pulak

1.59 pagi waktu Ampang, Pandan Indah. Innit dan Nuffnang is totally out due to their site maintenance thingy. Tak banyak yang aku dapat buat.

Kalau waktu-waktu biasa aku akan lepak je dekat innit, tapi nampaknya kali ni tak ada peluang nak buat macam tu.

This is only a short update. Messy sungguh blog ini sejak akhir-akhir ini.

Isnin, 13 September 2010

Aku Tunggu Barang ni!

Betul la orang kata selama ni, penantian tu satu penyeksaan. Aku dah tunggu dengan sangat lama, sejak 2 hari yang lepas. Tapi barang yang aku pesan masih belum sampai-sampai lagi dalam inbox email aku.

Walaupun sebenarnya 2 hari tu tak adalah lama mana, tapi itu dah cukup untuk buat aku serba tak kena.

Aku pesan barang ni hari tu.

Korang boleh klik sini kalau nak tau apa barang yang aku maksudkan..

Bila la dia nak sampai dekat aku.

Ahad, 12 September 2010

Ini Bukan Pantun

Tepuk dahi la nampaknya ibu bapa semua bila anak-anak makin meningkat dewasa makin tak mahu nak dengar kata. Semua dah mula pandai nak tunjuk keras kepala. Berlagak hebat terutama sekali bila tengah sibuk beraya dirumah jiran tetangga.

Lagi di diamkan lagi naik kepala. Nasib tuan rumah bagi muka. Walaupun dalam hati entah apa yang dia kata. Salah sapa kalau anak-anak berkelakuan macam celaka? Nak kata salah ibu bapa? Atau tak habis-habis pengaruh rakan sebaya.

Suka sangat tuding jari ke orang lain punya muka. Sudah nya masalah tetap ada depan mata. Tak boleh tutup mata macam orang buta. Sudahnya.. esok lusa kita jugak yang akan kena.

Tahap Kejujuran Korang ~JusFor Fun~

Kesemua penulisan macam orang yang pemalas aku akan longgokkan dalam blog ni. Aku buat blog macam satu senaman ringan atau sebagai warming up untuk aku mula menulis dalam blog utama aku iaitu mohdsabree dot com. Dalam blog ini memang sengaja aku tulis artikel-artikel yang biasa, yang berkenaan dengan aku. Topik-topik setakat yang ringan-ringan je.

Rasa macam tak sesuai nak tulis sesuatu yang berat dalam blog ni..

This is just for fun blog.. So tak perlulah nak tulis benda-benda berat dalam ni. Sekarang ni, bila tengok kebarangkalian untuk aku update blog ni pun nampak agak kerap. Masa dah banyak sangat terluang sejak akhir-akhir ini.

Well... walaupun banyak yang bullshit je aku tulis dalam ni, tapi sebenarnya ini adalah satu experiment aku je. Sebab aku nak buktikan sama ada teori yang aku develop ni betul atau silap.

Tema untuk entry aku kali ni pun sebenarnya adalah berkenaan dengan Just For Fun. Jadi bersempena dengan tema ni, aku dah pun sediakan satu kuiz trivia dekat facebook just for fun untuk korang.

Korang boleh try kuiz ni untuk tau tahap kejujuran dalam diri korang. Hhe ready to face the truth?

Click here ok

wuahhh...

Blogging is actually fun

Jangan lupa untuk try eh

Percubaan SPAM Innit Hampir Berjaya

Beberapa hari yang lepas, sejak hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, aku rasa aku ni tak ubah macam seorang spammer, yang tak henti-henti spam innit. Masa tu, kalau korang semua bernasib baik, dapatlah korang tengok yang aku ni tak henti-henti buat new post dekat innit.

Nak kata aku ni banyak sangat idea nak menulis pun tak jugak, tapi ada la beberapa entry yang aku tulis dari blog-blog yang berlainan. Masa tu masih lagi hot orang sambut hari raya, so aku rasa it is just natural untuk innit tu jadi tak berapa ramai orang.

Belum pun sempat satu-satu entry tu bertahan lama dekat front page innit, aku dah hantar satu lagi entry...

Sian entry tu, aku dah potong line. Sampai ada satu masa, hampir setiap kategori ada entry aku. Gile betul, aku ni macam sengaja nak buat orang meluat dengan entry-entry yang aku tulis pun ada.

By the way, masa tu innit memang sangat sunyi. Entah kemana la semua orang da pergi. oh pergi beraya la, mana lagi kan..

Tak lama lagi akan ada christmas, tak tau adakah benda yang sama akan turut berlaku dalam innit. Tibe2 je jadi senyap sunyi.

RM yang Aku Bakal Perlukan!

Kalau diberi pilihanlah kan, agaknya berapa pendapatan sebulan yang korang perlukan. Sila andaikan yang korang boleh pilih apa-apa amaun mengikut sesuka hati korang ye.

So, berapa? RM10K? RM20K? Lebih dari itu?

Wah... Keperluan korang memang sangat besar nampaknye ye.

Kalau aku.. Tak banyak pun, sikit je, dalam ni aku dah pecah-pecahkan amount yang aku perlukan mengikut keperluan sahaja.

Jom tengok berapa yang aku perlukan

Makanan = RM1000
Kereta = RM1000
Rumah = RM1000
Hiburan = RM500
Bil-bil = RM500
Sedekah = RM500
Simpanan & pelaburan = RM1000
Jumlah Keseluruhan = RM5500

Okay... RM5500 sahaja. Tak banyak mana pun kan?

Persoalan dia sekarang, macam mana aku nak dapatkan amount sebanyak tu? Korang ada idea?

Tak lama lagi aku bakal tamat pengajian sebagai seorang degree holder. Kalau ikut harga pasaran, fresh grad akan dibayar sekitar RM1800~RM2000. Itu pun keja macam nak mati dekat private.

Tapi aku masih lagi short RM3500. Mana aku nak carik baki yang masih lagi short ni?

Kalau korang ada idea yang bernas, boleh tolong tunjuk cara dia dekat aku?

Diari Syawal 4 ~Puasa 6 Di Bulan Syawal~

Hari tu sebelum nak raya aku rasa betul-betul sayu sebab Ramadhan dah dekat nak habis. Masa tu hari rabu, kalau tak silap aku. Sebab aku pasti, lepas berlalunya ramadhan, semua akan kembali seperti biasa.

Nak kena makan macam biasa, buat dosa macam biasa, alah... pendek kata semuanya akan kembali seperti asal.

Jadi betul lah sebenarnya puasa itu menyelamatkan kita dari terus-terusan melakukan dosa. Sebab itu jugak lah turunnya ramadhan kepada umat islam. Supaya kita semua boleh stop sekejap daripada terus-terusan melakukan dosa, sama ada yang besar mahupun yang kecil.

Dalam bulan syawal ni pulak, akan ada puasa 6. Sape yang berpuasa 6 pada bulan syawal ibaratnya seperti telah berpuasa sepanjang tahun. Besar tu ganjaran dia. Cuma nak buat atau tak nak je la. Almaklumlah, bukan diwajibkan. Padahal bukan susah mana pun nak buat.

Kalau korang nak buat puasa 6 ni, make sure dah ganti sampai habis puasa-puasa korang yang tertunggak tu dulu ye. Jangan nak buat-buat lupa.

Mak aku dah mula puasa sejak 2 syawal lagi. Kalau tahun-tahun sudah dia akan ajak aku puasa sekali. Cuma aku je yang tak nak buat. Tahun ni mak belum ajak lagi, maybe dia tau kot yang aku ni malas nak puasa sunat. Hee... Naluri seorang ibu kot, tau je apa yang anak dia pikir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...