Jumaat, 10 September 2010
Diari Syawal 1~Ambang Syawal~
Jadi malam tu, lepas balik dari Tesco, beli air untuk hari raya, aku lepak je depan laptop. Tak buat apa-apa. Nak lepak surau gi join takbir raya, nampak sangat macam tak kenanya. Ala, bukan apa.. Aku ni bukan jenis yang nak duduk surau. (akan ku perbaiki)
Malam tu aku cume layan Kamen Rider Decade je dekat laptop aku, sampai la dekat-dekat pukul 3 pagi. Banyak jugak episod yang aku tengok. Cerita bukan best sangat pun, lagipun cerita budak-budak.. cuma bezanya dulu masa aku budak-budak lagi, aku tak ada peluang nak tengok.
Tepat jam 3.48 macam tu, aku terkejut sebab mak aku bangun dari tido. Aku ingat dia nak pergi toilet ke ape, rupenya tak..
Aku: Mak nak buat ape?
Mak : Mak nak masak, besok kan dah raya. Pagi nanti anak-anak mak bangun ada makanan.
Aku : (dalam hati je) Ala.. tido je la mak,
Lepas tu aku terus tertido, sambil minda aku terbawak-bawak zaman aku masih kecik-kecik dulu.. Mak selalu macam ni, kalau ambang raya akan tido awal, lepas tu akan bangun awal-awal pagi untuk masak..
Aku nak teman, tapi mata pulak berat bukan main, mintak tido
Rabu, 8 September 2010
Waktu Pagi, Kes Rompak dan Bunuh & Keselamatan
Pagi ni jugak angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa, selain suasana yang agak suram dekat luar, eh sunyi. Bunyi rintik-rintik hujan di awal-awal pagi (setengah orang akan kata waktu malam kot), ouch kalau hari biasa, maksud aku kalau selain bulan ramadhan mesti horror gila.
Yeah, suasana rumah aku dekat sini kadang-kadang tu memang betul lain macam. Boleh membangkitkan rasa takut sesiapa sahaja yang dah memang dilahirkan sebagai penakut. Takut dekat benda yang kita tak nampak lak tu. Orang putih pernah kata, I see, I believe!
Aku je yang kate, I write what I see.
Jadi, memandangkan satu apa pun aku tak nampak, tak dapat la aku nak tulis pape :p
Cakap pasal takut ni, sebenarnya lately, aku perasan yang time-time macam ni adalah waktu kritikal sebenarnya. Merata-rata tempat ramai orang kena bunuh waktu-waktu macam ni. Dalam bulan puasa ni jugak, ramai yang buat kerja tak baik ni, menyamun rumah orang. Dah samun, dia bunuh pulak.
Kenapa bulan puasa yang dipilih?
Aku sure, penyamun tu sendiri pun ada nafsu dan keinginan untuk sambut hari raya pada 1 syawal nanti. Jadi, ini pastinya dah menjawab persoalan yang pertama tu tadi. Kenapa bulan puasa.
Kedua, adalah disebabkan oleh norma orang yang bersahur ni pasti akan bangun malam untuk bersahur.
Kalau hari selain bulan puasa, penyamun pecah masuk rumah, jalan-jalan satu rumah... Satu barang berharga apa pun tak ada. Keluar balik dengan perasaan hampa pulak lepas tu.
Kalau waktu bulan puasa..
Bagi yang duduk dikawasan kampung, bilik air dekat luar itu standard. Bila dah keluar rumah, pintu terbiar tak kunci sekejap. Normal la, dalam rumah ada orang lagi, kunci lambat sikit pun tak ape.
Penyamun dapat masuk rumah dengan mudah, ada orang yang berjaga dan siap boleh paksa jadi penunjuk arah lagi. Risiko... mangsa akan nampak muka suspek. Kalau mangsa kenal suspek, nak tak nak suspek terpaksa bunuh mangsa.
Nauzubillah...
Semoga perihal macam ni dijauhkan daripada berlaku pada keluarga aku.

Perihal menjaga keselamatan peribadi sangat-sangat la penting. Jangan la diambik mudah perkara ni semua.
Pesanan khidmat masyarakat oleh :
Sabree Hussin
Isnin, 6 September 2010
Tips Gerenti Eksiden Waktu Balik Kampung
Aku dah bosan dengan tips untuk elak kemalangan jalan raya, jadi aku nak bagi korang semua tips untuk gerenti eksiden pulak. Sila ikut langkah yang aku berikan ini dengan penuh berhati-hati untuk memastikan keberkesanan tips ini. Sekiranya korang tak ikut dengan baik, dikhuatiri korang tak berjaya untuk mengalami kemalangan jalan raya pulak nanti.
Tips 1 : Jangan Periksa Kenderaan korang sebelum balik kampung
Aku harap korang ambik perhatian yang serius dalam hal ini. Make sure korang buat-buat macam tak pernah dengar apa itu istilah servis kenderaan. Sebelum bertolak tu, jangan nak buang masa nak cek kenderaan okay. Sibuk nak belek-belek brakes la, enjin la. Semua ni buang masa, start je enjin terus balik kampung.
Tips 2 : Kalau boleh lepas je balik kerja tu, terus balik kampung.
Tak payah buang masa nak rehat la, nak tido la. Terus je balik kampung, sampai dekat rumah mak nanti korang tido la puas-puas.
Tips 3 : Drive straight je
Jangan singgah mana-mana R&R. Korang mesti fokus dengan apa yang korang nak capai. Nak balik kampung kan? So, kena fokus. Benda-benda lain yang remeh-temeh tu boleh korang abaikan je. Kalau sakit perut pun sila abaikan, jangan nak ngade2 singgah petrol pump.
Tips 4 : Drive selaju yang mungkin
Kalau nampak sign board suruh drive slow ke, ikut halaju yang ditetapkan ke, buat tak hirau je. Mana ada orang bawak slow tak eksiden.. Bawak laju baru bagus, baru betul. Bila bawak laju ni ha mata baru tak ngantuk.
Tips 5 : Banyak kan buat drift especially dekat selekoh2 berbahaya
Ok... Macam ni la baru macho. Apa barang bawak dengan hati-hati. Biar orang lain tengok... Wah.. Gempak gile kereta ko masok gaung!
Tips 6 : Langgar je kereta dekat depan korang
Tips ni paling penting. Kalau korang ikut, aku jamin korang akan gerenti eksiden.
Jadi akhir kata dari aku, selamat mencuba dan bergembiralah beraya di Hospital di pagi raya. Kalau korang bernasib baik, tunggu la sanak saudara melawat di pusara korang ye.
:p
Antara Mercun dan Ayam
Hari ni berlaku sesuatu yang pelik dekat depan mata aku sendiri. Aku rasa pelik dengan anak buah aku ni, dari pukul 1 petang tadi sampai la sekarang... Masih lagi belum berenti main mercun.
Asik dum dam dum dam.
Tak boring ke bebudak ni main benda alah ni? Dah la bunyi asik sama, tak ada corak-corak, warna apa pun tak ada, lagipun sekarang ni tengahari, memang tak ada nampak apa la.
Flat je.. Tak ada apa-apa yang menarik pun. Langsung tak ada. Tapi aku sendiri tak faham, entah apa yang buat diorang ni semua macam kena gam, dah macam ketagih main mercun. Mercun bola okay..
That is antara mercun yang bahaya dekat Malaysia ni, diorang ni tahu apa. Entah peduli entah tak. Main bedal je, mentang-mentang r bunyi dia kuat. Makin syok la dia bakar benda ni.
Tengok je Buletin Utama, Edisi 7, Berita Nasional, Berita TV9, dan boleh jugak tengok Berita Mandarin kalau faham, masing-masing pernah melaporkan benda yang hampir sama, kes kemalangan akibat mercun.
Mercun meletup, jari pun ikut meletup. How nostalgic.
Tapi nak buat macam mana kan, orang kita ramai yang keras kepala, dalam kepala ada batu. Tak ade nak endah benda-benda ni semua.
Buat ibu bapa tu pulak, come on la...
Nasihat2 la sikit anak-anak tu.
Duit tu yang anak-anak korang bakar, kalau sehari sampai 5 ringgit harga mercun tu... 30 hari dah berapa ringgit dah kena bakar?
.
.
.
Jap aku gi amik kalkulator
.
.
.
.
RM150.00 tu..
Kan dah boleh buat modal untuk beli ayam 8 ekor.. Buat makan time raya nanti.
Hai... apa la nak jadi, kalau bab membazir ni.. memang sangat terer la.
Kuiz UiTM DiHatiku

Cuaca yang tenang dekat kawasan rumah aku betul-betul dah menyebabkan aku salah sangka yang malam tadi adalah malam lailatul qadar. Hari ni cuaca sangat redup, dah tengahari dah pun sekarang ni, tapi masih lagi tak panas.
Sikit cahaya matahari yang biasanya akan memancar tarik sampai menyakitkan mata aku, sedikit pun tak ada. Rahsia tuhan, sapa yang tahu kan. Kita sebagai makhluk hanya mampu meneka, mengagak dan buat cerita.
Sambil aku masih lagi macam orang bingung, keluar pulak idea untuk aku main dengan aplikasi facebook. Dulu masa awal-awal aku bukak akaun facebook, punye la rajin aku main application ni.
Kejap-kejap aku main kuiz, main teka-teki bangang, yang sudahnya aku sendiri yang rasa tak puas hati. Macam tipu je teka-teki ni semua, soalan trivia la apa bagai ni semua.
Sambil aku sibuk-sibuk nak cuba mana-mana kuiz yang mungkin aku bakal suka, aku ternampak pulak satu kuiz ni,
Kuiz UiTM di Hatiku
Kuiz macam ni pun boleh wujud ke dekat Facebook? Macam tak percaya pun ada. Aku ingatkan soalan susah sangat, sama macam soalan-soalan yang aku pernah jawab masa kursus Revolusi Minda beberapa tahun lepas.
Rupanya… ah malas la nak story panjang sangat, tak adil la macam tu. Aku sendiri pun kurang berjaya nak dapat full mark. Hampeh betul, mesti ade yang dah sabotaj aku mase aku dalam proses nak pikir jawapan dia.
UiTM dihatiku?
Korang budak UiTM jugak ke?
Kalau ye, meh klik logo dekat atas tu and boleh la try jawab kuiz-kuiz ni. Satu saat masa untuk mengenang.
Kalau Penat, Tutup Je la Laptop tu
Untuk bagi tau dekat korang semua, aku dah banyak kali delete entry yang aku nak publish ni, mungkin sebab aku dah terlalu penat, dan aku sendiri pun tak tau nak merepek apa lagi dalam ni. Bila siap je entry yang sepatutnya aku nak publishkan, tiba-tiba hati terasa macam entry tu sangat bosan. Delete la nasib entry tu.
Normally, kalau aku dah mula rasa macam dah kurang produktif dalam berblogging ni, aku akan cepat-cpat tutup je laptop. Terus stop tulis pape.
Ye la, no point kan...
Paksa-paksa diri nak tulis, nak siapkan satu entry, yang hasilnya nanti entah ape yang jadi. Menulis dalam keadaan penat dan kurang fokus boleh mengakibatkan kemalangan di Keyboard.
Kesannya untuk jangka masa panjang adalah sangat teruk, korang akan tertulis banyak benda yang tak perlu, dan akan banyak tersalah fakta disamping akan menampakkan diri korang yang tak berbakat tu menulis dengan penuh selekeh.
Tak pasal-pasal pulak nanti orang yang baca blog korang boleh muntah hijau disebabkan oleh kelakuan tak beretika diri korang yang memaksa pembaca memahami bahasa ala-ala sanskrit yang biasanya tak wujud dalam blog korang.
Jadi, untuk mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini seperti yang aku dah sebutkan itu tadi daripada berlaku, jalan paling selamat adalah tutup je laptop tu.
.
.
.
.
.
.
Allahu Akbar Allahu akbar
.
.
.
Akhirnya...
Lagu yang aku rindukan kedengaran jugak, dan dinyanyikan oleh muazin terkenal dekat kampung aku.
Alright, mau buat apa yang sepatutnya.
Will be back later
Rabu, 1 September 2010
Kembali Blogging
Mulai hari ni, aku sekali lagi berpeluang untuk merasai kehidupan seorang blogger sepenuh masa! Sekali lagi.
Sebelum ni masa aku baru lepas habis belaja. 2 bulan duduk dekat rumah, asik main computer je kejenye.
Akhirnya dapat jugak la set up beberapa blog. Ada dalam berbelas-belas blog jugak rasanya. Memang susah nak maintain kesemua blog tu.
Nak maintain yang satu ni pun bukan senang. Tapi syukur, blog-blog tu semua masih lagi berjalan. Kalau nak cakap berkenaan dengan hasil wang ringgit, memang ada.
Dan sampai sekarang masih lagi berjalan.
Pelaburan aku terhadap blog-blog yang ada boleh dikatakan tidak sia-sia. Ada hasilnya. Tapi tahun pertama dan kedua memang slow. Ada macam tak ada je. Sehari cuma dapat beberapa sen je.
Tapi itu semua just permulaan..
Dalam setiap apa bidang pun, semua orang akan bermula dari bawah, akan bermula dengan sedikit. Selepas itu, barulah dengan perlahan-lahan akan naik dan berjaya.


